Friday, April 24, 2015

Zakat Terapi Kekayaan

Zakat Terapi Kekayaan
Zakat Terapi Kekayaan

Semenjak saya berkongsikan 8 STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN GRADUAN MUSLIM dan 5 CARA SIMPANAN TAK 'TERUSIK' ada yang mula berminat kepada emas untuk dijadikan aset kecil dalam simpanan mahupun pelaburan jangka panjang. Ada juga yang bertanyakan kepada saya berkaitan Zakat Emas. Namun, untuk menjawab persoalan berkaitan zakat dan hukum-hakam berkaitan agama suka saya ingatkan diri saya akan Firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara). " an-Nahl: 43

Saya teringkat buku Zakat Terapi Kekayaan yang pernah dibaca. Buku tersebut hasil tulisan Ustaz Hamizul Abdul Hamid yang juga merupakan seorang amil di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau turut menulis beberapa buku lain yang berkaitan dengan zakat malah mempunyai web page berkaitan zakat. Suka saya tengok tagline Ustaz Hamizul Abdul Hamid iaitu 'Portal Zakat Anda'. Anda boleh layari di http://www.hamizul.com/.

Berikut saya ambil penerangan beliau berkaitan 3 persoalan berkaitan Zakat Emas:

SOALAN 1
Saya mendengar sesetengah orang mengatakan bahawa, emas yang dipakai tidak wajib dizakatkan? Adakah ia benar?
Emas yang dipakai wajib dizakatkan. Namun begitu, ia dikira berdasarkan kepada uruf (cara dan corak pemakaian emas setempat). Uruf pemakaian emas di Selangor tidak sama dengan di Kelantan, kerana kaum wanita Kelantan memang terkenal suka memakai banyak barang kemas. Jika emas yang dipakai itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib zakat ke atasnya. Di Selangor, kadar uruf emas ialah 800 gram.
Kita boleh mengira sendiri zakat emas. Ambil semua emas yang dipakai dan timbangkan, kemudian darabkan berat emas itu dengan harga emas semasa bagi mendapatkan jumlah RM keseluruhan emas itu kemudian dibandingkan dengan harga emas berdasarkan berat 800 gram tadi (uruf). Jika ia belebihan dari harga emas 800 gram, maka barulah diwajibkan zakat.
SOALAN 2
Saya menyimpan emas di rumah dalam bentuk jongkong dan ada juga emas perhiasan yang sudah rosak dan tidak dipakai. Apakah emas itu wajib dizakatkan?
Emas yang disimpan dalam bentuk apa sekali pun, adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Caranya, ambil semua emas itu dan timbang kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus bagi mendapatkan nilai zakat.
SOALAN 3
Jika seorang anak perempuan memakai emas perhiasan pada badannya, adakah dia juga wajib dikenakan zakat?
Pertama, pastikan dahulu jumlah emas itu melebihi uruf. Kedua, menurut pandangan ulama’ yang rajih hendaklah dizakatkan emas itu. Iaitu, dizakatkan oleh wali atau penjaganya. Inilah pandangan di sisi Syafie dan Maliki. Bahkan ada hadis yang jelas menyuruh agar penjaga harta anak-anak yatim agar mengembangkan harta-harta itu agar tidak habis dimakan oleh zakat. Seperti mana sabda rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya, maka hendaklah dia berniaga untuknya, dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan oleh zakat,” (Hadis Abdullah bin Umar daripada ad-Daruqutni)

Related Posts

Zakat Terapi Kekayaan
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak