Sunday, September 21, 2014

Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun

Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun

SOLAT SUBUH 

Soalan berkaitan solat Subuh dalam kapal terbang pernah ditanya oleh anak-anak. Saya sendiri tertanya-tanya macamana nanti untuk solat Subuh dalam kapal terbang semasa perjalanan dari KLIA ke Narita Airport, Jepun. Yalah, penerbangan saya dari KLIA pada jam 10:50pm dan dijangka sampai di Narita Airport pada jam 7:05am. Semestinya waktu solat Subuh semasa saya masih berada dalam pesawat MH 9118 milik Malaysia Airlines (MAS).

Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Kapal Terbang MAS
Barangkali mereka yang sudah biasa atau pernah mengalami situasi yang sama tidak menjadi masalah. Namun, bagi mereka yang pertama kali dan berazam untuk memastikan anak-anak turut menunaikan solat dalam kapal terbang nanti perlu bersedia dengan soalan-soalan yang boleh ditanya oleh kanak-kanak khususnya anak-anak saya sendiri. Antara soalan yang pernah ditanya:

1.  "Abah, macamana ya solat subuh dalam kapal terbang nanti?"
2.  "Solat subuh tak boleh Jamak dan Qasar ya Abah?"
3.  "Macamana nak solat duduk dalam kapal terbang?"
4.  "Nak mengadap kiblat macamana ya Abah sebab kapal terbang tu bergerak?"
5.   "Kakak nak ambil wuduk macamana ya nanti dalam kapal terbang. Boleh tayammum ke Abah?"

SOLAT DALAM KAPAL TERBANG

Fuh, pelbagai soalan ditanya oleh anak-anak yang sedang belajar sesuatu yang baharu dalam hidup mereka. Tidak dinafikan juga persoalan-persoalan anak ini menjadi asbab untuk saya juga turut perlu belajar benda dan perkara-perkara yang baharu. Sebagai contoh, saya sendiri tidak menafikan bahawa saya sendiri tidak pernah menunaikan solat Subuh dalam kapal terbang apatah lagi untuk mengambil wuduk di dalam kapal terbang. Tak pernah sebelum ini menaiki kapal terbang yang sampai ke destinasi melewati waktu solat Subuh. Inilah anak-anak zaman millenium yang kita juga perlu bersedia untuk menjawab dengan hujah yang baik dan berilmiah. Pencarian ilmu dalam menjawab soalan-soalan ini juga bukan hanya untuk memberi kefahaman kepada anak-anak, malah yang penting kita sendiri sebagai ibu bapa dan individu lebih memahami. Maka, perlaksnaan ibadah akan lebih yakin kerana melaksanakannya dengan ilmu dan bukannnya kerana 'ikut-ikut' sahaja. 

TIADA MASALAH UNTUK SOLAT

Penerbangan ke Sendai akan melibatkan 2 kali penerbangan. Pertama, dari KLIA ke Narita, Airport dan ke dua dari Narita ke Sendai Airport. Dijangkakan perjalanan dari KLIA ke Narita akan mengambil masa 7 jam lebih dan perjalanan dari Narita ke Sendai akan mengambil masa 1 jam lebih. Untuk perjalanan dari Narita ke Sendai tiada masalah untuk solat.
Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun

5 PERSOALAN SOLAT 'ANAK-ANAK'

Soalan 1"Abah, macamana ya solat subuh dalam kapal terbang nanti?"

Bagi soalan ini mudah untuk dijawab. Solat perkara yang wajib bagi setiap Muslim. Tidak kira berada di mana mahupun berada di angkasa lepas pun solat perlu dilaksanakan. Solat itu kan "tiang agama". Solat membezakan orang Islam dengan yang lain. Bagi anak-anak umur 6 - 9 tahun dan khususnya bagi Kakak yang 9 tahun dan Anis yang berumur 7 tahun serta pernah bersekolah agama di SRA Bandar Seri Putra tiada masalah untuk memahami. Maka, solat perlu ditunaikan walaupun kita berada di dalam kapal terbang. Selesai soalan ini.

Soalan 2: "Solat subuh tak boleh Jamak atau Qasar ya Abah?"

Untuk soalan ke 2 ini pun bagi saya untuk menjawab pun tidak menghadapi masalah. Yalah, persoalan solat yang timbul disini adalah melibatkan solat subuh. Cuma yang jadi isu dan persoalan akan datang, adalah kesukaran anak-anak untuk solat Subuh pada jam 4:30am. Kat sini pun, bangun jam 6:00am pun seringkali anak-anak merungut "mengantuk, mengantuk". Lagilah seawal jam 4:30 pagi nak kejut anak-anak ini. Satu yang mencabar bagi ibu bapa bagi memastikan anak-anak terus solat sehinggalah mereka dewasa dan selagi hayat ibu bapa mereka masih ada. Anak-anak telah belajar di sekolah agama bahawa solat Subuh tidak boleh Jamak mahupun Qasar.

Oleh kerana, telah membuat keputusan untuk terus menetap di Sendai selama 3 tahun. Maka, umumnya solat Jamak dan Qasar tidak boleh dipraktikan. Ia hanya boleh dilakukan jika menepati syarat-syarat bagi menunaikan solat Jamak dan Qasar seperti jarak perjalanan melebih 2 marhalah (89 km/ 56 batu).

Soalan 3: "Macamana nak solat duduk dalam kapal terbang?"

Untuk soalan ke 3 ini teringat TV Al-Hijrah akan menunjukkan sekali imbas paramugara yang solat dalam kapal terbang setiap waktu azan. Soalan ini perlu kerja lebih sikit nak bagi anak-anak faham. Perlukan praktikal dan panduan bergambar. Maklumlah, bukan hanya anak-anak, kita yang dewasa ini pun lebih mudah memahami sesuatu yang bergambar. Maklumat dan gambar-gambar berkaitan solat duduk ini pun mudah diperolehi. Malah, ada buku-buku yang boleh dibeli untuk dijadikan panduan. Selain itu, banyak juga panduan solat duduk yang boleh diperolehi di YouTube.

Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Sumber: Utusan Malaysia, 18 Oktober 2013

Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Sumber: http://imasmubarok.blogspot.com/p/gambar.html
Solat Subuh Dalam Perjalanan Ke Jepun
Sumber: http://kerjahaji.blogspot.com/

Banyak panduan boleh didapati daripada internet. Namun, anak-anak perlu ditunjukkan praktikal solat Subuh sebelum mereka menghadapi situasi sebenar. Yelah "Practice Makes Perfect".

Soalan 4: "Nak mengadap kiblat macamana ya Abah sebab kapal terbang tu bergerak?"

Huh, soalan ini penat sikit nak jawab. Soalan macam ini susah nak jawab secara spontan. Ini perlu pencarian maklumat yang lebih. Namun, yang lebih tepat perlu rujuk peta dunia barulah tahu kedudukan sebenar kapal terbang yang dinaiki sama ada mengadap kiblat atau membelakangkan kiblat.

Oleh kerana penerbangan pada kali ini menggunakan kapal terbang MAS rasanya boleh bertanya kepada paramugara mahupun paramugari mengenai arah kiblat yang sebenar dalam perjalanan. Jika arah kiblat 100% di belakang kedudukan tempat duduk kami maka cuba sedaya upaya untuk minta bantuan krew penerbangan MAS untuk memberikan kami ruang yang sesuai untuk solat. Jika kelihatan agak payah juga, terdapat pendapat yang ringan dan memandangkan tempat duduk di dalam kapal terbang yang agak terhad sudah memadai untuk menghalakan sedikit tubuh kita ke sebelah kiri atau belakang sikit dengan niat sepenuhnya menghadap kiblat. Semoga Allah menerima solat Subuh kami nanti. Amin.

Soalan 5: "Kakak nak ambil wuduk macamana ya nanti dalam kapal terbang. Boleh tayammum ke Abah?

Soalan ini boleh dikategorikan soalan 2 dalam 1. Pertama kaedah mengambil wuduk di dalam kapal terbang. Kedua boleh bertayammum atau tidak. Untuk soalan ini seharusnya menjawab soalan yang ke dua dahulu barulah menjawab soalan yang pertama. Jawapannya, Kakak dan adik-adik yang lain tidak boleh bertayammum. Ini kerana di dalam kapal terbang disediakan tandas kecil untuk membuang hajat dan juga bolehlah mengambil wuduk. Cuma bagi memudahkan urusan mengambil wuduk di dalam kapal terbang sebagai langkah berjaga-jaga boleh dibawa sekali cawan kecil bagi memudahkan urusan mengambil wuduk.

Oleh kerana, saya akan ke Sendai sendirian pada 27 September 2014 nanti. Maka, saya boleh melihat dan merasai sendiri situasi yang saya jangkakan dalam tulisan ini. Moga tulisan ini memberikan saya panduan dan perkongsian yang bermanfaat untuk mereka yang lain. Untuk kupasan dan huraian yang lebih baik saya suka membaca tulisan Dr. Zaharuddin yang bertajuk Balik Malaysia & Waktu Buka, Sahur & Solat Dalam Kapal Terbang. Kredit harus diberikan juga kepada Dr. Zaharuddin. Tahniah!

Terdapat juga huraian yang boleh dijadikan panduan dan lebih bersifat ilmiah dengan rujukan-rujukan. Boleh lihat hasil tulisan Hafiz Firdaus Abdullah.  Tulisan saya ini agak ringkas dan akan meminta anak-anak saya membacanya sebagai panduan mereka di kala mereka sibuk bermain tablet.

Thursday, September 18, 2014

Usahawan Asnaf Basmi Miskin Tegar


Sumber: Utusan Malaysia On-Line
Tuesday, May 22, 2007
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Zakat atau al-zakah dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Dari segi bahasa ia bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah baik, damai, sedekah dan terpuji. Malah, ia juga boleh diertikan sebagai membersihkan atau menyucikan seperti termaktub di dalam al-Quran, Kutiplah zakat daripada sebahagian kekayaan mereka, di mana dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka. (at-Taubah: 103)

Menurut istilah syarak pula, zakat ialah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk diserahkan kepada orang yang berhak. Selain itu, ia bererti mengeluarkan jumlah tertentu oleh diri sendiri kerana yang dikeluarkan itu akan menjadi bertambah banyak dan lebih bererti.

Ini bersamaan dengan pandangan Ibnu Taimiyyah yang menyatakan zakat dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan oleh pemberi zakat dan menjauhkan mereka daripada segala kerosakan sebagaimana katanya: “Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi.”

Zakat adalah rukun Islam ketiga yang memberi kesan secara langsung, bukan sahaja kepada hubungan antara manusia dengan Allah sebagai pencipta, malah hubungan manusia dengan sesama manusia. Malah, zakat sering dikaitkan dengan sembahyang seperti firman Allah: Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat ; dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. (al-Baqarah: 110)

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Isma Addi Jumbri, pengagihan zakat pada masa kini telah berkembang. Ia kini menggunakan pendekatan kontemporari dan bukan pengagihan bersifat material semata-mata.

Kini zakat dilihat mampu membangunkan golongan asnaf yang produktif dan berpotensi untuk dijana sebagai peniaga yang dikenali sebagai usahawan asnaf.

“Pendekatan ini diyakini dan bertepatan dengan konsep zakat yang sebenarnya iaitu membantu dan mengeluarkan golongan asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Ini kerana keusahawanan dilihat satu bidang yang terbuka luas khususnya dalam Malaysia menuju ke arah Hab Halal Dunia menjelang 2010 nanti,” jelasnya kepada MEGA baru-baru ini.

MEREALISASIKAN

Menurut Isma Addi, kehadiran usahawan asnaf ini bukan sahaja mengubah kehidupan mereka daripada penerima kepada pembayar zakat, malah turut berupaya merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar tidak ada golongan miskin tegar ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat negara maju.

Kejayaan Malaysia mengurangkan jumlah kemiskinan rakyat daripada 60 peratus kepada lima peratus dalam tempoh kurang 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Malaysia sebagai negara nombor satu dunia dalam usaha membasmi kemiskinan.

Sejarah Islam juga membuktikan pelaksanaan institusi dan sistem pengagihan zakat yang sistematik dan efektif mampu membasmi masalah kemiskinan.

Contohnya, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan pengawai untuk memungut zakat sehingga ke Afrika. Namun, apabila mencari orang fakir untuk dihulurkan bantuan zakat, mereka tidak menemuinya.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan kepada kita bahawa zakat berupaya memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membasmi kemiskinan yang melanda.

Menurut Isma Addi lagi, usahawan asnaf boleh didefinisikan sebagai individu yang melalui satu proses penciptaan usaha niaga, mampu memikul tugas, tanggungjawab dan mencuba sebagai peniaga yang dirangsang dengan dorongan dan bantuan daripada institusi zakat di Malaysia.

“Definisi ini merujuk individu kepada golongan asnaf zakat terutama mereka dalam kategori fakir, miskin dan mualaf yang miskin.

“Proses penciptaan usaha niaga merujuk kepada fasa atau peringkat tertentu yang perlu dilalui sebelum golongan ini menjadi usahawan dengan bantuan, dorongan dan bimbingan daripada institusi zakat negeri masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, kajian dan pemerhatian mendapati terdapat lima fasa yang perlu dilalui oleh seseorang asnaf sebelum mereka layak bergelar usahawan.

Pendekatan ini bagi memastikan golongan yang benar-benar layak, mampu dan berpotensi serta bersedia dipilih dan dijanakan untuk menjadi usahawan.

Katanya, Lima Fasa atau dikenali sebagai Model Pembangunan Usahawan Asnaf (MPUA) ini merangkumi fasa pendedahan, pendidikan, pelaksanaan, pemasaran dan pemantauan.

Tambah Isma Addi, Model MPUA-5P merupakan satu kaedah yang dilihat boleh menjadi panduan kepada institusi zakat dalam atau luar negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan asnaf.

“Menyedari bahawa tugas membangunkan usahawan di kalangan asnaf bukanlah satu tugas yang mudah, ia memerlukan komitmen dan penglibatan semua pihak,” katanya.

PERTAMA: FASA PENDEDAHAN

Fasa ini memberi pendedahan kepada golongan asnaf mengenai aktiviti, peluang keusahawanan yang terbuka luas dan juga motivasi keusahawanan yang berupaya menjana pendapatan golongan ini.

Malah terdapat di antara golongan ini yang telah keluar daripada kumpulan penerima zakat dan kini mampu hidup senang serta berupaya mengeluarkan zakat sama ada zakat pendapatan atau perniagaan.

Golongan asnaf ini perlu diberikan pendedahan bahawa keusahawanan bukan sahaja penyumbang kepada peningkatan per kapita, tetapi bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan sosio-ekonomi.

KEDUA: FASA PENDIDIKAN

Fasa ini menjurus kepada pendidikan keusahawanan. Pendekatan keilmuan dan pendidikan merupakan mekanisme yang paling berkesan bagi menerapkan budaya keusahawanan.

Pendidikan keusahawanan bukan sahaja sekadar proses penciptaan atau melahirkan usahawan, tetapi meliputi pendidikan berhubung dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk membolehkan seseorang individu merancang masa depan serta melengkapkan diri dalam kemahiran penyelesaian masalah.

KETIGA: FASA PELAKSANAAN

Fasa ini paling mencabar bagi golongan asnaf. Semasa mengikuti dan berada di fasa kedua, asnaf yang berpotensi dan produktif akan dikenal pasti untuk dipilih menjadi usahawan ataupun sebaliknya.

Golongan yang mampu menjadi usahawan asnaf, akan diberikan bantuan modal. Bantuan modal atau lebih dikenali sebagai pemberian modal merupakan mekanisme penting dalam merangsang dan menjana ekonomi asnaf ke arah menjadi usahawan dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bantuan kewangan berupa modal atau peralatan diberikan kepada golongan yang layak.

KEEMPAT: FASA PEMASARAN

Fasa yang dianggap penting bagi memastikan usaha membangunkan usahawan tidak terhenti di pertengahan.

Kebanyakan golongan asnaf yang telah dibangunkan berupaya dan mampu menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan setanding dengan yang lain.

KELIMA: FASA PEMANTAUAN

Fasa yang terakhir ini dikenali sebagai Pemantauan. Ia sangat ditekankan bagi memastikan usaha melahirkan lebih ramai usahawan serta mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan menjadi kenyataan.

Pendekatan dan perlaksanaan dalam melahirkan usahawan yang dikenali sebagai usahawan asnaf boleh diibaratkan seperti untuk membantu seseorang, jangan berikan ikan kepadanya, sebaliknya berilah pancing kerana ia lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Tohoku University, Sendai di Mana?

27 SEPTEMBER 2014

Tarikh 27 September 2014 ini akan menjadi tarikh besejarah apabila pertama kali dalam hidup akan menjejakkan kaki ke negara yang dikenali sebagai Negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Tujuan utama adalah untuk menlanjutkan pengajian di peringkat PhD di Tohoku University.

Logo Tohoku University
Logo Tohoku University

SOALAN POPULAR 

Antara soalan yang sering dan popular ditanya adalah berkaitan kedudukan geografi terletaknya Tohoku University. Bila dikatakan universiti ini terletak di Sendai, ramai juga yang seakan masih baru mendengar daerah tersebut berbanding dengan universiti-universiti lain di Jepun seperti Tokyo University, Osaka University dan Nagoya University. Lebih susah lagi bila ada soalan-soalan yang bertanyakan mengenai persekitaran untuk anak-anak bakal bersekolah dan membesar. pastinya akan menimbulkann sedikit kerisauan kerana keputusan yang dibuat untuk melanjutkan pengajian di Jepun melibatkan insan-insan lain yang kita kasihi. Isteri dan 3 orang anak-anak yang masih bersekolah pastinya akan terkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan keputusan yang telah dibuat. 

BAKAL SEKOLAH DI SENDAI

Kakak (Afifah Hasanah), 9 tahun akan berhadapan dengan suasana yang sangat berbeza. Maklumlah, di sini Kakak belajar selama 3 tahun untuk pra sekolah apabila pada usia 4 tahun sudah mula minat bersekolah. Kini bersekolah di SRA Bandar Seri Putra dalam darjah 3. Manakala, anak yang ke-2 Anisah Humairah (Anis) baru darjah satu di sekolah yang sama. Adik (Anisah Humairah), 6 tahun dan kini Pra-Sekolah di sekolah yang sama. Anis dan Humairah tidak menjadi kerisauan sangat kerana Anis ada kawan sebaya dari Terengganu yang akan belajar sama. InsyaAllah akan satu kelas dengan kawan baharu yang telah hampir 2 tahun bersekolah di sana. Adik juga rasanya tiada masalah kerana akan terus bersekolah di sana dalam Tahun 1. Risau sangat dengan Kakak yang sudah biasa dengan sistem persekolah di sini. Sebab itulah, pada 27 September 2014 saya mengambil keputusan untuk pergi sendirian bagi mendapatkan gambaran awal daerah yang bernama Sendai ini. Sempat saya mendapatkan maklumat berkaitan Sendai sebagai maklumat awal mengenai daerah yang bakal saya dan keluarga tinggal selama 3 tahun.

Sendai Tohoku
Samurai Yang Membuka Sendai, Tohoku

SENDAI

Sendai (仙台) atau kota yang lebih dikenali sebagai Mori no miyako, 杜の都 (tempat/ kawasan hijau) adalah kota yang diterokai sekitar 400 tahun lalu. Terdapat catatan sejarah yang menunjukkan pada tahun 1601, Date Masamune telah mendirikan istana di Sendai. Date Masamune 伊達政宗 merupakan seorang samurai (pahlawan) yang terkenal di Tohoku. Pada tahun 1889, Sendai secara rasminya menjadi bandar besar sepertimana kota-kota lain di Jepun. Namun, jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Tokyo, Yokohama, Osaka dan Nogoya dikatakan Sendai menduduki tempat yang ke12 di Jepun. Boleh dikatakan kepadatan penduduk yang agak sederhana. Sendai juga terkenal sebagai pusat pendidikan, pemerintahan dan juga perniagaan.
Tudung kanak-kanak