Thursday, September 18, 2014

Tohoku University, Sendai di Mana?

27 SEPTEMBER 2014

Tarikh 27 September 2014 ini akan menjadi tarikh besejarah apabila pertama kali dalam hidup akan menjejakkan kaki ke negara yang dikenali sebagai Negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Tujuan utama adalah untuk menlanjutkan pengajian di peringkat PhD di Tohoku University.

Logo Tohoku University
Logo Tohoku University

SOALAN POPULAR 

Antara soalan yang sering dan popular ditanya adalah berkaitan kedudukan geografi terletaknya Tohoku University. Bila dikatakan universiti ini terletak di Sendai, ramai juga yang seakan masih baru mendengar daerah tersebut berbanding dengan universiti-universiti lain di Jepun seperti Tokyo University, Osaka University dan Nagoya University. Lebih susah lagi bila ada soalan-soalan yang bertanyakan mengenai persekitaran untuk anak-anak bakal bersekolah dan membesar. pastinya akan menimbulkann sedikit kerisauan kerana keputusan yang dibuat untuk melanjutkan pengajian di Jepun melibatkan insan-insan lain yang kita kasihi. Isteri dan 3 orang anak-anak yang masih bersekolah pastinya akan terkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan keputusan yang telah dibuat. 

BAKAL SEKOLAH DI SENDAI

Kakak (Afifah Hasanah), 9 tahun akan berhadapan dengan suasana yang sangat berbeza. Maklumlah, di sini Kakak belajar selama 3 tahun untuk pra sekolah apabila pada usia 4 tahun sudah mula minat bersekolah. Kini bersekolah di SRA Bandar Seri Putra dalam darjah 3. Manakala, anak yang ke-2 Anisah Humairah (Anis) baru darjah satu di sekolah yang sama. Adik (Anisah Humairah), 6 tahun dan kini Pra-Sekolah di sekolah yang sama. Anis dan Humairah tidak menjadi kerisauan sangat kerana Anis ada kawan sebaya dari Terengganu yang akan belajar sama. InsyaAllah akan satu kelas dengan kawan baharu yang telah hampir 2 tahun bersekolah di sana. Adik juga rasanya tiada masalah kerana akan terus bersekolah di sana dalam Tahun 1. Risau sangat dengan Kakak yang sudah biasa dengan sistem persekolah di sini. Sebab itulah, pada 27 September 2014 saya mengambil keputusan untuk pergi sendirian bagi mendapatkan gambaran awal daerah yang bernama Sendai ini. Sempat saya mendapatkan maklumat berkaitan Sendai sebagai maklumat awal mengenai daerah yang bakal saya dan keluarga tinggal selama 3 tahun.

Sendai Tohoku
Samurai Yang Membuka Sendai, Tohoku

SENDAI

Sendai (仙台) atau kota yang lebih dikenali sebagai Mori no miyako, 杜の都 (tempat/ kawasan hijau) adalah kota yang diterokai sekitar 400 tahun lalu. Terdapat catatan sejarah yang menunjukkan pada tahun 1601, Date Masamune telah mendirikan istana di Sendai. Date Masamune 伊達政宗 merupakan seorang samurai (pahlawan) yang terkenal di Tohoku. Pada tahun 1889, Sendai secara rasminya menjadi bandar besar sepertimana kota-kota lain di Jepun. Namun, jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Tokyo, Yokohama, Osaka dan Nogoya dikatakan Sendai menduduki tempat yang ke12 di Jepun. Boleh dikatakan kepadatan penduduk yang agak sederhana. Sendai juga terkenal sebagai pusat pendidikan, pemerintahan dan juga perniagaan.

Related Posts

Tohoku University, Sendai di Mana?
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak