Monday, April 6, 2015

Simpan Emas

Ilmu Baru

Kadangkala bila menghadap artikel jurnal dalam perjalanan saya sebagai seorang pelajar terlalu lama terasa tepu sekali lebih-lebih lagi bila teori yang dibaca sukar sangat difahami. Ada kalanya sengaja diselang-selikan dengan membaca buku-buku lain untuk membina motivasi selain menambah ilmu-ilmu baru dalam kehidupan.

Riches Man In Babylon

Simpan Emas
Buku Richest Man In Babylon

Sedikit perkongsian pemahaman saya terhadap buku ini adalah penulis buku ini menekankan sekurang-kurangnya simpan 10% daripada sumber pendapatan. Itu asas pengurusan kewangan dan jika ada lebih, duit selebihnya barulah dibuat pelaburan yang lain sama ada melalui saham Initial Public Offering (IPO), hartanah, emas dan lain-lain. Kesilapan yang berlaku, labur semua 'dana kecemasan' sedangkan melabur itu bukanlah merujuk kepada kecemasan.

Dana Kecemasan

Dana kecemasan mahupun dana rizab merujuk kepada perkara yang sama iaitu dana atau sumber yang hanya digunakan untuk kecemasan seperti jatuh sakit, kereta rosak atau apa-apa situasi yang sangat mendesak untuk dana tersebut digunakan. Turut juga dicadangkan dana rizab sebanyak 6 bulan.

Berhati-hati Bila Melabur

Ilmu sangat penting untuk melabur. Risiko paling rendah simpan di Tabung Haji (TH) dan amanah saham yang lain seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB). Jika tidak mahu ASB atas alasan tertentu pilihlah TH. Oleh itu, ilmu penting sebelum kita melabur. Simpanan di TH atau ASB ini merupakan strategi yang paling mudah untuk simpan 'dana kecemasan' dan melabur. Jangan sesekali terikut-ikut atau membuat keputusan tanpa kita benar-benar memahami risiko sesuatu pelaburan. Tujuan melabur adalah untuk menjana lebih keuntungan dan bukannya mengundang lebih banyak kerugian.

7 Langkah Sebelum Melabur

Secara ringkas, terdapat langkah yang boleh saya simpulkan sebelum seseorang membuat sebarang pelaburan.
(1) Pastikan ada wang simpanan untuk dana kecemasan
(2) 'Dana Kecemasan' bukan untuk pelaburan
(3) Duit selain dana kecemasan boleh dibuat pelaburan
(4) Memahami kepentingan takaful (perlindungan)
(5) Ada ilmu dan benar-benar faham sebelum membuat pelaburan
(6) Rujuk kepada mereka yang benar-benar faham (mentor)
(7) Berfikir dan fikir dengan ilmu bukan perasaan sebelum melabur.

Banyak lagi buku-buku dalam versi Bahasa Malaysia yang banyak dipasaran yang boleh dibaca secara santai untuk menambah ilmu pengurusan kewangan. Terasa terpanggil untuk menulis kerana bimbang jika tidak diingatkan duit hasil kerja keras bekas-bekas pelajar saya 'LEBUR' begitu saja. Sayang sekali diusia yang muda terbeban dengan hutang mencecah ratusan ribu ringgit atau sekurang-kurangnya memberikan idea dan turut mengingatkan diri sendiri dalam pengurusan kewangan.

Beli Emas dan Berniaga Emas
Beli Emas dan Berniaga Emas

Peluang dan Simpan Emas

Kini, Public Gold ada menawarkan program Young Entrepreneur Program. Ada di kalangan mereka yang melihat ia adalah peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan juga mendidik diri untuk menyimpan. Simpanan Emas satu pendekatan untuk menjana keuntungan bagi jangka panjang. Simpanlah dengan ilmu dan bukannya kerana terikut-ikut. 

Related Posts

Simpan Emas
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak