Showing posts with label Simpan Emas. Show all posts
Showing posts with label Simpan Emas. Show all posts

Monday, June 15, 2015

7 Sebab 'Emas' Jadi Pilihan

Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Kepelbagaian Bentuk Pelaburan



PELABURAN DAN SIMPANAN

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam membuat simpanan mahupun pelaburan. Jika seseorang itu 'makan gaji', maka setiap bulan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk pelbagai urusan yang kita mahukan. Seperti biasa, setiap individu bertanggungjawab terhadap gaji yang mereka perolehi. Namun, janganlah kita terjebak dengan 2 SITUASI yang pernah saya kongsikan sebelum ini iaitu:


Suka saya melihat orang-orang dulu di kampung, mereka tidak simpan duit kertas yang banyak tetapi mereka menyimpan harta kekayaan dengan memiliki tanah-tanah kebun, rumah-rumah sewa dan juga emas. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya secara peribadi lebih tertarik dengan pelaburan hartanah untuk jangka masa panjang. Pengalaman dalam lelongan rumah menjadikan saya teruja untuk mendalami dan terlibat lagi dengan pelaburan hartanah. Bagi mengumpul MODAL ke arah pelaburan hartanah, emas boleh dijadikan sebagai pendekatan dalam simpanan. 

7 SEBAB EMAS JADIKAN SIMPANAN

Secara umum, terdapat 7 SEBAB EMAS boleh dijadikan simpanan:

SEBAB #1 - PELBAGAIKAN SIMPANAN 
Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri termasuklah simpanan atau pelaburan emas. Emas merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang.  Sebagai contoh, bagi mengumpul modal untuk pelaburan hartanah duit tunai yang dimiliki boleh juga disimpan dalam bentuk EMAS. Kepelbagaian dalam simpanan mahupun pelaburan akan dapat mengurangkan risiko.

SEBAB #2 - DUIT SIMPANAN TAHAN LAMA
Duit simpanan biasanya lebih tahan lama jika ditukarkan kepada emas. Mereka yang telah memulakan simpanan emas akan mempunyai kecenderungan dan semangat untuk mengumpul harta. Selain itu, ia akan dapat membendung nafsu berbelanja jika duit tunai berada di tangan.

SEBAB #3 - EMAS TAHAN INFLASI
Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Nilai 1 Dinar Emas


Sejak 1400 tahun yang lalu dan sehingga kini, 1 Dinar (emas 4.25 gram) masih mampu untuk membeli seekor kambing (bergantung juga pada saiz). Ini mengambarkan kepada kita bahawa emas tahan inflasi dan simpanan emas mampu mengurangkan kerisauan kita terhadap kenaikan harga barang dalam jangka panjang. Begitu juga dahulu zaman sekolah, saya masih ingat boleh membeli nasi lemak yang berharga RM0.50 sebungkus. Sekarang ini, dengan saiz dan isi nasi lemak yang sama harganya telah mencapai RM1.50 sebungkus. Itu mengambarkan kesan inflasi terhadap duit kertas.

SEBAB #4 - KRISIS KEWANGAN 
Orang yang menyimpan emas akan dapat mengurangkan kerisauan terhadap nilai ringgit yang semakin menurun. Berdasarkan sejarah, emas selamat daripada bencana kewangan kerana kuasa beli emas tetap bertahan walaupun berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik semasa sesebuah negara. Masih ingat lagikah pada tahun 1997, RINGGIT MALAYSIA (RM) pernah mengalami kejatuhan kekal sebanyak 30% berbanding US Dollar. Pada masa itu, jika seseorang mempunyai duit kertas (RM) yang banyak sekalipun, hakikatnya hanya memiliki kertas yang mempunyai nilai yang rendah. Nilai sebenar duit kertas bukan pada kertasnya, tetapi terletak kestabilan ekonomi, politik negara dan juga jaminan daripada kerajaan.

Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Nilai RM1

Sebagai contoh lain, kerajaan Malaysia pernah mengeluarkan duit syiling RM1, namun semenjak 7 Disember 2005 duit syiling tersebut tidak sah dan laku lagi untuk digunakan. Jika mempunyai emas, nilai tersebut akan terus bertahan sehingga kini dan dalam jangka panjang nilai emas lebih stabil.

SEBAB #5 - EMAS JADI MODAL
Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Emas Modal Berniaga

Bagi mereka yang menyimpan emas ditangan, emas tersebut masih boleh digunakan untuk dijadikan modal bagi kegunaan pelaburan lain. Emas boleh dipajak atau dijual bagi mendapatkan tunai. Jika duit tunai di simpan dibank dan diharapkan dividen semata-mata, tidak dinafikan ia selamat tetapi nilai dividen yang diperolehi semakin menurun kesan daripada krisis kewangan yang melanda. Pengalaman saya belajar di Kelantan dahulu, mengingatkan saya makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah yang menjadikan emas perhiasan sebagai modal pusingan mereka untuk berniaga. Bagi mereka, emas lebih bertahan berbanding duit tunai yang mudah 'bocor' atau 'terbelanja'.

SEBAB #6 - HARTA MUDAH ALIH
Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Emas Harta Mudah Alih

Teringat buku The ABC of Gold Investing - How to Protect and Build Your Wealth With Gold yang menceritakan semasa peperangan pada pertengahan 1970-an diantara US dan Vietnam, ramai pelarian Vietnam yang lari meninggalkan negara dan menjadi pelarian. Ada diantara mereka yang menjual segala harta yang dimiliki dan menukarkan harta tersebut kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Semasa peperangan tersebut, duit kertas tidak bernilai lagi dan kepingan-kepingan emas tersebut mereka gunakan untuk memulakan kehidupan baru termasuklah bagi memulakan perniagaan. Ini mengambarkan emas boleh menjadi harta mudah alih untuk kegunaan masa hadapan.

SEBAB #7 - SAYANG UNTUK DIJUAL
Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Emas Sayang Untuk Di Jual

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka yang menyimpan emas mempuyai perasaan 'sayang untuk dijual' emas-emas yang dimiliki. Tidak kiralah sama ada memiliki barang perhiasan emas, syiling emas, kepingan emas mahupun jongkong emas mempuyai perasaan sayang dan ingin terus bertahan menyimpan sehingga benar-benar diperlukan. Ini kerana telah menjadi lumrah, keseronokan EMAS kerana memiliki dan DISIMPAN. Manakala, keseronokan DUIT memperolehi dan DIBELANJAKAN!

Sunday, June 14, 2015

Kenali 8 Ciri 'Perangkap Pelaburan Emas'

Kenali 8 Ciri 'Perangkap Pelaburan Emas'
Kenali 8 Ciri 'Perangkap Pelaburan Emas'


HOBI BARU

Ramai yang berminat untuk memulakan simpanan atau pelaburan emas secara kecil-kecilan bagi memastikan baki duit di tangan tidak terbelanja atau terjebak dengan penyakit 'gatal tangan'. Ada yang melihat simpanan emas boleh dijadikan 'hobi' atau mengumpul koleksi baru yang boleh menjana keuntungan pada masa hadapan. Ramai juga yang menyedari kesan inflasi memerlukan kepelbagaian dalam pelaburan seperti melibatkan diri dalam pelaburan hartanah dan juga emas. Bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam simpanan/pelaburan emas dicadangkan untuk membaca perkongsian saya di 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS.

SYILING DAN KEPINGAN EMAS

Secara peribadi saya melihat mengumpul emas fizikal lebih kepada 'hobi' baru kerana suka melihat syiling dan kepingan emas bertambah dari semasa ke semasa. Sehingga hari ini, saya masih belum membuat sebarang tindakan atau memulakan langkah dalam pelaburan emas daripada emas yang saya miliki. Ini kerana, saya menggunakan EMAS FIZIKAL sebagai salah satu pendekatan SIMPANAN dan menghalang duit lebihan saya terbelanja dengan perkara yang sia-sia. Pada masa hadapan saya berhasrat untuk menukarkan kesemua syiling dan kepingan emas yang saya miliki untuk dijadikan modal bagi pelaburan hartanah pula. Atas sebab itulah, selalu saya ingatkan diri untuk membuat simpanan EMAS FIZIKAL TULEN dan katakan TIDAK kepada mana-mana 'SKIM PELABURAN/CEPAT KAYA EMAS'. Bagi saya, kesemua skim-skim ini bak 'PERANGKAP EMAS' yang menjadikan logam emas pula sebagai 'nilai dagangan' untuk tujuan  pelaburan.  

Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Pastikan Emas Fizikal Baru Beli


8 CIRI 'PERANGKAP EMAS'

Secara umum terdapat 8 CIRI 'PERANGKAP EMAS' yang perlu dijauhi setiap orang bagi mengelakkan duit mereka lebur begitu sahaja. Antaranya:

CIRI #1 - UNTUNG TINGGI
'Perangkap Emas' biasanya akan menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi. Kadang-kala peringkat awal lagi kelihatan tidak logik dengan menjanjikan keuntungan sehingga 35% setahun. Bahkan, boleh turut memberikan jaminan duit pelaburan tidak akan terusik (tiada risiko) kerana pelaburan adalah dijamin oleh pihak syarikat. Perlu disedari dalam mana-mana pelaburan termasuklah emas, tiada siapa yang boleh menjanjikan keuntungan yang tinggi dan tiada risiko!

CIRI #2 - EMAS TIADA DITANGAN
Elakkan pendekatan 'perangkap emas' yang mana pelabur tidak mendapat emas fizikal. Pelabur diberikan alasan, emas yang dibeli akan dilaburkan dalam pasaran emas dunia. Sebagai pulangan, pendapatan bulanan akan diberikan kepada setiap para pelabur. Pastikan juga hanya emas TULEN yang dipegang di tangan.  

CIRI #3 - PULANGAN BERTERUSAN
Kebiasaannya para pelabur bagi skim 'perangkap emas' juga akan dijanjikan pendapatan atau pulangan yang berterusan. Kepercayaan diberikan sepenuhnya kepada syarikat tersebut bagi menjalankan pelaburan emas. Seperti biasa, hasil pulangan akan dimasukkan sama ada setiap bulan, setiap 3 bulan atau setiap 6 bulan secara konsisten. Pada satu masa dan ketika, tiba-tiba syarikat akan mulai menggunakan pelbagai alasan untuk menangguh pemberian pulangan kepada para pelabur atau secara tiba-tiba syarikat 'dibekukan' atau 'ghaib' tanpa khabar berita. 

CIRI #4- SYARIKAT SIMPAN EMAS
Syarikat 'perangkap emas' akan meletakkan syarat untuk mendapat pulangan emas yang berterusan dan tinggi perlu menyerahkan kesemua atau sebahagian emas fizikal yang dimiliki kepada pihak syarikat untuk disimpan atau dilaburkan. Sebaiknya hanya pilihan syarikat yang menawarkan EMAS FUZIKAL TULEN ditangan dan urus niaga emas berdasarkan harga semasa. 

CIRI #5- HARGA EMAS MELAMBUNG TINGGI
Syarikat 'perangkap emas' menjanjikan pelaburan tiada risiko dan pulangan yang berterusan yang tinggi dengan alasan harga emas sentiasa melabung tinggi. Perlu disedari pelaburan emas tetap ada risiko dan harga pasaran emas sesebuah syarikat juga sangat bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Maka jangan mudah terpengaruh dengan istilah 'tiada risiko' dan 'harga emas melambung tinggi'. 

CIRI #6 - LEBIH NILAI EMOSI

Simpan dan Labur Emas di Public Gold
Jauhi Perangkap Emas


Syarikat 'perangkap emas' lebih suka memainkan sentimen atau nilai emosi seperti agama, bangsa dan sebagainya. Sebaiknya syarikat menumpukan lebih kepada MENCERDIKKAN para pelabur dengan ILMU daripada hanya menumpukan lebih kepada NILAI/SENTIMEN EMOSI.  

CIRI #7 - BONUS DAN TAJAAN
Skim 'Perangkap Emas' juga sering menjanjikan bonus bagi mereka yang berjaya menaja atau membawa lebih ramai orang di bawah mereka. Lebih ramai pelabur di bawah seseorang bererti lebih banyak pulangan atau pendapatan bulanan yang bakal diperolehi. Dikhuatiri pendekatan ini merupakan strategi untuk membuat pusingan wang bagi terus memberikan pulangan dan keuntungan kepada setiap pelabur.

CIRI #8 - TIADA PEMBELIAN TERUS
Bagi memastikan 'orang tengah' sentiasa mendapat untung dan pemilik sebenar syarikat yang menawarkan skim 'perangkap emas' ini tidak kenali, syarikat kebiasaannya tidak menawarkan untuk pembelian emas secara terus. Syarikat akan mengenakan syarat untuk membeli emas hanya daripada 'orang tengah' atau 'agen-agen' yang dilantik sahaja. Hasilnya, para pelabur tidak pernah mengenali pemilik sebenar syarikat dan kesemua transaksi hanya melalui 'orang tengah'. Jika pemilik sebenar syarikat 'menghilangkan diri', maka 'orang tengah' yang akan menjadi mangsa dan akan dicari. 

BERHATI-HATI

Akhir kata, perlu disedari dan sentiasa berhati-hati dalam mana-mana Skim Pelaburan/ Cepat Kaya atau saya namakan sebagai 'PERANGKAP EMAS'. Skim-skim ini juga bersifat seperti 'sesumpah' yang boleh berubah mengikut situasi semasa. Mereka boleh menggunakan emas, mata wang, silver, hartanah, dan sebagainya bagi memerangkap bakal pelabur. Semoga perkongsian 8 ciri ini boleh dijadikan panduan untuk tidak terjebak dalam 'PERANGKAP EMAS'.

Friday, June 5, 2015

4 Langkah Beli Emas Melalui 'GAP'

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Beli dan Simpanan Emas


BELI DAN SIMPAN EMAS


Saya pernah kongsikan pengalaman isteri saya membuat pembelian emas melalui konsep Gold Accumulation Program (GAP) yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG) di 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DI LUAR NEGARA. . Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI. Peringkat awal saya agak ragu-ragu dengan pembelian emas melalui GAP kerana saya lebih berminat untuk membuat simpanan emas fizikal. Ini kerana, sebelum ini saya telah membeli emas Public Gold dan akan memastikan emas fizikal berada di tangan. Itu yang saya praktikkan sebelum ini iaitu pembelian mesti mendapat emas fizikal!

Namun, oleh kerana kami kini berada di luar negara satu pendekatan lain perlu difikirkan. Apabila Public Gold memperkenalkan pendekatan pembelian secara GAP dan syarikat ini sudah lama dalam industri emas, maka saya berasa yakin untuk membuat pembelian emas di PG. Bagi mereka yang berada di Malaysia, digalakkan untuk terus mengambil emas fizikal pembelian mereka di mana-mana cawangan Public Gold berhampiran setelah mendapat maklum-balas daripada pihak Public Gold. Sebaiknya, hubungi terlebih dahulu cawangan Public Gold terhampir bagi memberikan mereka masa menyediakan emas yang telah dibeli.

4 LANGKAH PEMBELIAN GAP

Langkah #1 -  Lihat dan Pantau Harga Semasa Emas
Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Contoh harga semasa pada 6 Mei 2015
Sebelum membuat pembelian, harga terkini per gram boleh dilihat dan dipantau melalui laman web Public Gold (http://publicgold.com.my/v1/). Umumnya, harga GAP disemak sehari sekali kerana harga berubah selepas jam 12.00 malam (Waktu Malaysia). Rakan baik saya yang memperkenalkan saya dengan emas iaitu Mohd. Zulkifli Shafie pernah menasihatkan saya agar sebaiknya membayar harga 1 gram dan bukannya mengikut harga RM100. Ini kerana dikhuatiri pembelian mengikut RM100 tidak patuh syariah. Sebagai contoh, jika ingin membuat simpanan 1 gram, 'bank-in' duit genap-genap RM150 dan seterusnya mengikut harga semasa.

Langkah #2 -  'Bank-in' Wang Ke Akuan Public Gold (PG)

Bank in harga 1 gram atau bilangan gram yang yang telah dipersetujui ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) dan pastinya atas nama "PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD".

Langkah #3 -  Email/ WhatsApp/ SMS Maklumat Ke 017-486 6916 (No. Telefon Public Gold)

Untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold, isteri saya hanya menggunakan kaedah email dan WhatsApp. Pendekatan ini lebih mudah dan cepat. Isteri saya hanya menggunakan telefon untuk 'snapshot' bukti bayaran dan menggunakan 'print screen' slip bayaran Maybank untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold.

Maklumat yang diperlukan semasa Email/ WhatsApp

Melalui Email

Norahadiah Binti Badzis (Nama Penuh)
791007-01-XXXX (No. Kad Pengenalan)
013 368 XXXX (No. telefon)
hadiah_7109@yahoo.com (Email)

RM737 (Jumlah pembayaran)
1.5.2015 (Tarikh pembayaran)
10:06AM (Masa pembayaran)

PG053895 Isma Addi Jumbri (Introducer)

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
E-mail isteri saya kepada pihak Public Gold (PG)
Emailkan slip bayaran dan 'print screen' pembayaran tersebut ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada mana-mana introducer yang boleh membantu jika perlukan bantuan atau follow-up dengan pihak Public Gold kelak. Sebagai contoh, isteri saya meletakkan saya sebagai introducer, maka slip bayaran tersebut turut cc ke ismaaddi@gmail.com. 

Melalui WhatsApp

Saya turut mencadangkan isteri saya untuk membuat 'snap shot' bukti pembayaran dan hantar melalui WhatsApp ke nombor telefon Public Gold di 017-486 6916. Berikut contoh yang isteri yang buat untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold melalui WhatsApp.

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Print Screen WhatsApp isteri saya kepada pihak Public Gold (PG) di Malaysia

Langkah #4 -  Simpan Bukti/ Slip Pembayaran dan Penyata GAP

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Resit rasmi pembelian emas daripada pihak Public Gold (PG)
Kebiasaannya dalam tempoh 2 hari bekerja resit rasmi pembelian akan diemailkan kepada para pembeli. Dinasihatkan resit-resit tersebut disimpan baik bagi membuat tuntutan emas fizikal kelak. Kini, isteri saya sudah boleh membuat tambahan bagi pembelian dan simpanan emas di Public Gold melalui 4 langkah mudah. Semoga kaedah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan emas secara kecil-kecilan. Sekarang, tidak kira di mana kita berada sama ada di luar negara pendekatan GAP boleh digunakan  untuk merealisasikan konsep 'beli dan simpan' emas.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan dan pelaburan emas dicadangkan membaca dahulu perkongsian 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS. 
Semoga bermanfaat!

6 Teknik 'Modal Kecil' Membeli Emas

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Simpanan Emas Dengan Modal Kecil



TERCARI-CARI

Semasa saya mula-mula hendak memulakan simpanan emas, saya tercari-cari pendekatan atau teknik yang sesuai dengan kemampuan saya. Ini bagi memastikan duit lebihan dari kesan melunaskan pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan isteri saya lebih awal daripada tempohnya tidak 'terbelanja'. Maka, satu pendekatan atau 'hobi baru' dalam ke arah meningkatkan simpanan/pelaburan perlu diusahakan. Sudah menjadi lumrah apabila ada sahaja 'lebihan duit', maka datanglah penyakit 'gatal tangan'. Berdasarkan pembacaan dan pencarian maklumat, terdapat pelbagai konsep simpanan/ pelaburan yang boleh difikirkan antaranya pelaburan hartanah, amanah saham, Initial Public Offering (IPO), bursa saham, emas, perniagaan dan pelbagai lagi.  

KONSISTEN & 'MODAL KECIL'

Oleh kerana saya berhasrat untuk membuat simpanan/ pelaburan secara konsisten dengan modal yang kecil, maka saya lihat SIMPANAN/ PELABURAN EMAS FIZIKAL boleh dijadikan permulaan. Selain itu, saya juga tertarik dengan pendekatan 'mengumpul koleksi' benda fizikal yang boleh dipegang, maka saya memilih emas untuk dijadikan simpanan/ pelaburan.

6 TEKNIK

Terdapat 6 TEKNIK atau kaedah bagi mereka yang ingin memulakan simpanan/ pelaburan emas dengan 'modal kecil'. Barangkali, salah satu daripada kaedah ini boleh dipertimbangkan. Namun, sebelum ingin membuat simpanan/ pelaburan emas saya cadangkan untuk membaca terlebih dahulu 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS

TEKNIK #1 - AKAUN EMAS 
Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Akaun Emas yang ditawarkan oleh KFH Malaysia


Sebelum ini, pernah saya kongsikan berkaitan '3 Jenis Simpanan/ Pelaburan Emas' di  7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN. Antaranya, pendekatan simpanan/ pelaburan emas melalui Akaun Emas atau juga dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA). Sebagai contoh, KFH Malaysia dan Al-Rajhi Bank turut menawarkan produk seperti ini. Bagi mereka yang berminat dengan pendekatan ini, digalakkan untuk membaca tulisan Ustaz Dr. Zaharrudin dalam ulasan beliau berkaitan Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia. Menurut beliau, kebanyakan akuan pelaburan emas di Malaysia masih belum patuh syariah. Oleh itu, tulisan dan kupasan beliau dilihat sangat baik untuk memberikan kefahaman kepada kita terhadap GIA ini. Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan/ pelaburan emas secara FIZIKAL barangkali Teknik #2 boleh difikirkan.

TEKNIK #2 - DARI PERAK (SILVER) MENJADI EMAS (GOLD)

Bagi mereka yang mempunyai modal kecil dan masih berminat dengan konsep simpanan/ pelaburan emas fizikal, teknik #2 boleh dimulakan dengan modal serendah RM100. Sebagai contoh, harga silver terkini iaitu 2 Jun 2015 (jam 3:14 waktu Malaysia) bagi nilai 10 dirham (1 keping perak) bersamaan RM85.00. Ini bermakna, dengan modal di bawah RM100 anda masih boleh memulakan simpanan/ pelaburan emas dengan menukarkan silver kepada emas (1 gram) pada masa hadapan. Kebiasaannya, bagi membeli 1 gram emas memerlukan di antara RM150 - RM160. Berdasarkan prinsip "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" anda boleh mengumpul sehingga 6 atau 7 keping perak (mengikut harga semasa) dan menukarkan perak (silver) tersebut kepada 1 keping emas (1 dinar).

Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
10 Dirham (1 keping perak)
Walau bagaimanapun, cara ini agak merugikan sedikit kerana spread value bagi perak (silver) agak tinggi dan terdapat caj RM5 yang akan dikenakan bagi setiap keping perak yang dimiliki jika hendak dijual atau ditukar kepada emas di Public Gold (PG) kelak. Kaedah lain, barangkali boleh menjual kepingan perak (silver) tersebut kepada rakan lain bagi mengurangkan kerugian jika terdapat rakan yang berminat untuk turut memulakan simpanan/ pelaburan emas melalui kaedah ini. Situasi 'menang-menang' kerana rakan anda masih untung kerana dapat membeli silver dengan harga yang rendah dan anda pula tidak terlalu rugi apabila menjual semula silver tersebut.

TEKNIK #3 - PENDEKATAN 'GAP' MEMBELI EMAS

Gold Accumulation Program
(GAP) merupakan produk dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG). Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI dan ia juga mirip Akuan Emas (Teknik #1). Melalui kaedah ini seseorang boleh mulakan simpanan/ pelaburan emas fizikal serendah RM150-RM160 bergantung kepada nilai semasa harga emas 1 gram. Bagi memastikan pembelian tersebut mematuhi syariah, sebaiknya pembelian emas berdasarkan nilai 1 gram dan bukannya berdasarkan nilai RM100. Boleh lihat dalam perkongsian saya sebelum ini di 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA.

Mereka yang menggunakan pendekatan GAP untuk membeli emas fizikal boleh mengambil emas tersebut di cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Oleh kerana saya kini berada di luar negara, maka saya lebih selesa menggunakan pendekatan GAP. Saya berhasrat untuk mengambil emas tersebut pada tahun hadapan. Sementara itu, emas tersebut akan di simpan oleh pihak Public Gold dan turut dilindungi insurans secara percuma.

TEKNIK #4 - BELI GOLD BAR 1 GRAM

Bagi mereka yang mempunyai budget yang tinggi sedikit, gold bar 1 gram boleh dijadikan pilihan dalam membuat simpanan/ pelaburan emas. Sebagai contoh, harga gold bar 1 gram yang ditawarkan oleh Public Gold sekarang ini sekitar RM180-RM200. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai emas yang menjual 1 gram (gold bar) atau syarikat-syarikat lain seperti Gold Crest Pavilion (GCP)Gold Silver Resources, Power Gold, Kelantan Gold dan syarikat-syarikat lain. Jika boleh cari syarikat yang tidak mengenakan Good & Service Tax (GST).

Bagi memastikan simpanan/ pelaburan emas fizikal anda berbaloi perbandingan nilai emas semasa (harga jual) dan juga spread value (harga beli) yang ditawarkan serta faktor-faktor lain juga perlu dipertimbangkan. Barangkali perkongsian saya dalam 7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN boleh menambah lagi kefahaman anda sebelum membuat sebarang keputusan.

TEKNIK #5 - SYILING EMAS 1/2 DINAR

Untuk mereka yang budget sekitar RM350-RM400 boleh menggunakan Teknik #5 ini. Seseorang boleh membuat simpanan/ pelaburan emas dengan membeli 1 keping (1/2 Dinar) dengan berat 2.13 gram. Terdapat beberapa buah syarikat yang turut menjual 1/2 dinar dengan merujuk laman web syarikat tersebut. Sebagai perbandingan, harga emas 1/2 dinar bagi produk Public Gold adalah sekitar RM380 berbanding 1 dinar bersamaan RM632. Jika dibandingkan berdasarkan harga kelihatan agak ketara perbezaan harga 1 dinar dan 1/2 dinar (RM632-RM380 = RM252). Ini kerana, bagi item yang kecil harga tersebut merupakan harga runcit (retail price) yang telah ditambah (marked up) harga sebenar. Ia membolehkan pihak Public Gold berkongsi keuntungan dengan dealer-dealer Public Gold yang menjual item-item kecil tersebut. Atas sebab itu bagi pembelian item-item kecil di Public Gold adalah digalakkan untuk membeli melalui kaedah GAP yang pernah saya kongsikan dalam 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA. 

TEKNIK #6 - SYILING EMAS 1 DINAR
Simpan dan labur emas di Public Gold (PG)
Antara Produk Public Gold (PG)
Bagi mereka yang mempunyai budget dalam RM600-RM700 barangkali boleh membuat pengumpulan syiling emas 1 dinar berketulenan 99.99% dan beratnya 4.25 gram. Terdapat banyak pilihan syiling emas 1 dinar di pasaran. Sekali lagi, pastikan harga per gram lebih murah, susut nilai (spread value) juga tidak tinggi dan paling penting ia juga bebas GST! Bagi memudahkan pembelian dan juga penjualan emas tersebut kelak, pastikan juga syarikat tersebut mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Mudah-mudahan, 6 Teknik ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin memulakan pembelian emas bagi dijadikan simpanan/ pelaburan dengan 'modal kecil'. Semoga bermanfaat. 

Tuesday, June 2, 2015

7 Persoalan Sebelum Emas Jadi Simpanan/ Pelaburan

Emas Public Gold
1 Dinar Emas

PELABURAN


Ramai yang ingin menjadikan emas sebagai pelaburan bagi matlamat kewangan pada masa hadapan. Saya secara peribadi menggunakan emas sebagai salah satu pendekatan untuk saya mendapatkan modal bagi pelaburan hartanah. Sebagai contoh, untuk membeli sebuah apartment bagi tujuan pelaburan bernilai RM150,000 - RM200,000 deposit yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 10% daripada nilai hartanah tersebut. Jumlah tunai yang diperlukan ditangan pastinya melebihi 10% kerana kos-kos lain dalam pembelian sesebuah hartanah perlu diambil kira. Sebagai contoh, kos guaman, takaful, duti setem dan penilaian. Tidak termasuk lagi dengan kos untuk membaiki rumah tersebut sebelum bersedia disewakan bagi matlamat menjana 'pendapatan pasif' setiap bulan melalui penyewaan hartanah. Secara umum, pembelian rumah bagi tujuan pelaburan juga masih memerlukan tunai di tangan yang agak banyak sebelum hartanah tersebut bersedia untuk dijadikan pelaburan jangka panjang. 

SYARIKAT MENJUAL EMAS

Terdapat banyak pilihan syarikat yang menawarkan konsep simpanan dan pelaburan emas. Tidak kurang juga, saya yakin ramai juga diantara kita yang pernah menerima promosi-promosi pembelian, simpanan dan pelaburan emas secara peribadi daripada rakan-rakan di media-media sosial. Antara syarikat-syarikat tersebut seperti:

EMAS FIZIKAL, AKAUN EMAS DAN SKIM CEPAT KAYA EMAS

Secara mudah terdapat 3 jenis simpanan/ pelaburan emas:

#1 - Emas Fizikal

Secara ringkas, pelaburan emas fizikal merupakan situasi dimana kita memiliki EMAS FIZIKAL YANG TULEN ditangan. Melalui cara ini seseorang itu simpan sendiri emas tersebut atau dimana-mana tempat yang selamat. Apabila sudah tiba masa dan memerlukan wang tunai bagi keperluan matlamat kewangan yang lain seseorang itu akan menjualnya semula. Emas ditangan, maka mudahlah untuk membuat transaksi penjualan semula dikala tiba masanya. Secara peribadi lebih mengemari kaedah ini kerana saya menguasai sepenuhnya emas tersebut. 

#2 - Akaun Emas

Akaun Emas atau juga dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA). Sebagai contoh, KFH Malaysia dan Al-Rajhi Bank turut menawarkan produk seperti ini. Namun, saya sangat menggalakkan khususnya umat Islam sebelum melibatkan diri dalam akuan emas ini seharusnya membaca tulisan Ustaz Dr. Zaharrudin dalam ulasan beliau berkaitan Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia. Menurut beliau, kebanyakan akuan pelaburan emas di Malaysia masih belum patuh syariah. Oleh itu, tulisan dan kupasan beliau dilihat sangat baik untuk memberikan kefahaman kepada kita terhadap GIA ini. 

#3 - Skim Cepat Kaya Emas

Secara umum Skim Cepat Kaya Emas lebih mirip memberikan pulangan daripada pelaburan emas sama ada secara bulanan, setiap 6 bulan atau setiap tahun. Melalui skim ini, emas tidak berada ditangan tetapi dimaklumkan duit pelaburan di gunakan dalam pelaburan emas. Saya tiada pengalaman dapat skim-skim seperti ini. Namun, saya lebih cenderung menggunakan Emas Fizikal atau Akaun Emas bagi tujuan simpanan/ pelaburan emas. 

7 PERSOALAN UTAMA

Sebelum melibatkan diri dengan mana-mana simpanan/ pelaburan, sebagai panduan boleh membaca perkongsian sebelum ini dalam 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS. Umumnya, terdapat juga 7 persoalan utama yang perlu dijawab sebelum seseorang membuat simpanan/ pelaburan emas di mana-mana syarikat. Persoalan-persoalan ini bagi memastikan seseorang itu benar-benar memahami konsep membuat simpanan/ pelaburan emas.

PERSOALAN #1 - Adakah Syarikat Berdaftar di SSM?

Ini bagi memastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dan menjalankan perniagaan secara sah. Secara mudah boleh layari laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarikat tersebut. Dapatkan juga maklumat berkaitan pemilik syarikat tersebut. Sering berlaku, lokasi dan pemilik sebenar syarikat tidak diketahui dengan jelas. Jika ia meragukan sebaiknya pilihlah syarikat yang benar-benar yakin walaupun syarikat tersebut tidak menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan.  

PERSOALAN #2 - Adakah Syarikat Berpengalaman? 

Sila lihat latar-belakang syarikat, pemilik dan perkembangan syarikat tersebut. Adakah syarikat ini telah lama dalam industri emas ini dan bagaimana penerimaan masyarakat pula terhadap produk-produk yang ditawarkan? Sebagai contoh, kita boleh melihat liputan berita berkaitan syarikat tersebut di akhbar-akhbar, laman web syarikat dan melalui media massa yang lain. Sekurang-kurangnya kita benar-benar mengetahui keupayaan sesebuah syarikat sebelum kita membuat sebarang simpanan/ perlaburan. 

PERSOALAN #3 - Adakah Mempunyai Cawangan Yang Banyak? 

Bagi memudahkan urusan pembelian atau menjual semula emas yang dimiliki, sebaiknya kita mendapatkan maklumat berkaitan cawangan-cawangan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Syarikat yang kukuh umumnya mempunyai banyak cawangan yang bukan hanya di seluruh Malaysia malah lebih baik jika syarikat juga mempunyai cawangan di luar negara. Adakah berbaloi semata-mata untuk membeli emas dan menjual emas kita perlu untuk berjalan atau memandu jauh? 

PERSOALAN #4 - Adakah Harga Ditawarkan Rendah? 

Bagi menjawab persoalan ini, sebaiknya juga dapatkan maklumat terkini harga yang ditawarkan di laman web syarikat. Jika ingin membuat perbandingan dan melihat harga semasa yang ditawarkan oleh kedai emas, anda boleh lihat di Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia (FGJAM). Perlu diingatkan harga yang rendah juga mungkin disebabkan hanya memaparkan harga semasa dan tidak termasuk kos perkhidmatan dan caj upah emas. Pastikan harga yang dipaparkan telah termasuk segala kos-kos lain. 

PERSOALAN #5 - Adakah susut nilai (spread value) rendah?

Pastikan juga susut nilai (spread value) juga tidak tinggi berbanding syarikat lain. Harga emas rendah dan susut nilai yang tinggi akan merugikan pelabur-pelabur emas. Bahasa yang mudah, lagi rendah susut nilai (spread value) semakin baik dan menguntungkan pembeli. Ini memerlukan sedikit pengiraan bagi membuat perbandingan. Sebagai contoh:

Simpanan dan Pelaburan Emas Public Gold
Harga Emas Public Gold (PG) pada 25 Mei 2015 jam 11:00 pagi
Berdasarkan website harga yang PG jual kepada pelanggan mereka adalah RM636. Manakala, harga yang PG beli sekiranya kita menjual semula kepada PG adalah RM585. Ini bermakna susut nilai (spread value) adalah sebanyak RM51 atau bersamaan 8% atas harga PG jual.  Bahasa yang mudah, (spread value) tersebut bermaksud jika harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG masih boleh untung 2% (10%-8%). 

Terdapat syarikat yang mengenakan spread sehingga 10%-15% dan jika pembeli. Jika tidak membuat perbandingan terlebih dahulu, dikhuatiri pembelian 1 Dinar (perbandingan yang sama) tersebut akan mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranya spead value 10% dan harga emas naik 10%, maka langsung tiada untung kepada pembeli. Lagi rendah spread value adalah semakin baik. Ini bermakna, harga emas yang tinggi tidak semestinya menguntungkan pembeli jika spread value juga tinggi.

PERSOALAN #6 - Adakah stok/ pembelian emas terhad? 

Pastikan juga stok/ pembelian bagi emas tersebut tidak terhad dan boleh dibeli secara konsisten. Umumnya, apabila harga emas turun mendadak, ramai pelabur atau mereka yang menyimpan emas akan membeli dalam kuantiti yang banyak. Jika syarikat tidak berupaya menyediakan kuantiti yang banyak dikala pembeli memerlukan, maka ia juga akan merugikan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Pastikan syarikat tersebut kukuh dan mampu untuk menyediakan stok yang banyak pada bila-bila masa.

PERSOALAN #7 - Adakah syarikat memberikan jaminan beli balik yang tidak cerewet?


Emas public gold kemek calar
Keadaan Emas Yang Kemek dan Calar
Terdapat situasi syarikat yang tidak akan membeli semula atau mengenakan spread di antara 20-25% jika emas yang ingin dijual telah dibuka bungkusan (seal), calar, kemek, bergaris atau rosak. Pastikan syarikat tersebut membeli emas tersebut dalam apa jua keadaan emas yang ingin dijual. Terdapat juga situasi dimana pembelian boleh dibuat daripada mana-mana wakil, namun untuk proses menjual semula syarikat menetapkan syarat pembeli perlu berurusan hanya di syarikat induk yang mungkin berada di negeri lain atau jauh dari lokasi pembeli. Ini akan menyukarkan pembeli untuk menjual semula dan transaksi urusan yang cerewet ini kadang-kala menjadikan pembeli seakan 'hilang sabar'.

emas pamp suisse lady fortuna
Plastik bungkusan emas (seal) biasanya dibuka sekiranya digadaikan bagi ujian ketulenan dan proses timbangan
Perlu difahami, kebiasaannya emas yang ingin dipajak sama ada bagi tujuan mendapatkan tunai atau mengoptimumkan strategi pelaburan akan dibuka bungkusan (seal) emas tersebut. Ini bagi memastikan emas tersebut benar-benar tulen dan perlu melalui proses timbangan. Oleh itu, pastikan emas tersebut akan dibeli semula oleh syarikat yang menjual dan spread value yang ditawarkan adalah rendah. 
gold bar LBMA 10 gram
Public Gold (PG) juga mengenakan spread value 10-15% bagi emas yang telah dibuka
Apabila 7 persoalan ini dapat dijawab oleh bakal pembeli, saya yakin keputusan seseorang untuk membuat simpanan/ pelaburan merupakan keputusan yang meyakinkan. Dapatkan juga maklumat dan ILMU simpanan/ pelaburan emas daripada buku-buku dan sumber-sumber lain. Sebab itulah pelaburan yang terbaik adalah PELABURAN ILMU. Sebaiknya dapatkan juga guru atau mentor yang boleh membimbing dan memberikan nasihat berkaitan simpanan/ pelaburan emas ini. 

Sekadar perkongsian dan semoga bermanfaat. Salam hormat. 

Thursday, May 28, 2015

'Bina Hutang' vs 'Bina Keluarga'

'Bina Hutang' vs 'Bina Keluarga'
Doa 'Keluarga Bahagia'

MAJLIS ILMU

Hari ini saya berkesempatan 'terdengar' majlis ilmu bagi golongan ibu-ibu atau isteri-isteri warga Malaysia di Jepun. Majlis ilmu ini merupakan perkongsian kerohanian dalam ke arah saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain khususnya kaum-kaum ibu yang mengikut suami ke Jepun sama ada si suami bekerja atau melanjutkan pengajian di sini. Saya secara peribadi sangat menggalakkan isteri saya untuk melibatkan diri dengan mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan di sini sama ada dalam meningkatkan keupayaan bahasa Jepun (nihongo) dan lebih-lebih lagi majlis-majlis ilmu keagamaan/ kerohanian. Kini, majlis-majlis ilmu seperti ini juga boleh disertai secara dalam talian (online) melalui media-media sosial. 

PENGISIAN BUAT ISTERI

Sebagai contoh, dalam tempoh seminggu jadual isteri saya di sini padat dipenuhi dengan pelbagai majlis ilmu. Seminggu sahaja kelas Nihongo dia hampir 4 hari seminggu, ditambah lagi dengan pengisian ilmu agama hampir 3 hari seminggu dalam selang masa yang berbeza. Hari ini sahaja, dalam perjalanan ke kelas nihongo yang dianjurkan secara percuma di Sendai isteri saya masih boleh mendengar kuliah-kuliah dan pengisian kerohanian yang sangat baik daripada rakan-rakan 'alam maya' dari seluruh Jepun malah ada di antara mereka yang telah pulang ke Malaysia masih mengikuti majlis ini. Kesemua pengisian ini menjadikan kehidupan isteri saya di sini walaupun tidak bekerja penuh dengan pelbagai aktiviti di samping urusan anak-anak dan kerja-kerja di rumah yang pasti tiada hentinya. 

TERSENTAP

Hari ini saya agak 'tersentap' apabila 'terdengar' sesi memperkenalkan diri (taaruf) rakan baru dalam kumpulan (group) tersebut. Rakan baru ini tidak sampai sebulan tiba di Jepun bagi menemani suaminya yang melanjutkan pengajian di salah satu daerah di Jepun. Lebih mengejutkan saya, si suami menyambung pengajian di sini bukan kerana mendapat tajaan daripada mana-mana agensi atau universiti di Malaysia. Ini bermakna, si suami tidak terikat untuk pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian PhD nanti. Saya 'terdengar' kerana kebetulan hari ini saya rajin untuk menghantar isteri saya ke kelas nihongo di bandar dan isteri saya pula terlupa membawa earphone telefon bimbitnya. Jadi saya boleh dikategorikan sebagai 'terdengar' dan bukanlah 'curi dengar' dalam situasi ini.

Semasa sesi perkenalan (taaruf), ada ahli group yang bertanyakan mengenai pekerjaan rakan tersebut sebelum ini dan adakah mengikut suami melalui kemudahan Cuti Tanpa Gaji. Namun, dijelaskan rakan tersebut bahawa beliau membuat keputusan untuk 'berhenti kerja' walaupun sebelum ini beliau merupakan seorang guru yang mengajar subjek kritikal dan terpaksa membuat keputusan tersebut setelah permohonan kelulusan bagi Cuti Tanpa Gaji menemui jalan buntu. 

BERHENTI KERJA

Sejak permulaan apabila saya 'terdengar' cerita dan nada suaranya, saya merasakan seakan-akan rakan baru isteri saya ini masih tersimpan perasaan 'ralat' dengan keputusannya untuk berhenti kerja. Lebih-lebih lagi orang yang paling hampir iaitu keluarga kandung sendiri yang seakan-akan tidak menyokong keputusan dia untuk berhenti kerja. Ditambah lagi dengan 'dimomokkan' dengan pelbagai cerita yang menakutkan apabila isteri berhenti dan tiada kerja. Tidak kurang juga turut 'dimomokkan' dengan kesukaran mendapat pekerjaan selepas pulang ke Malaysia kelak. Maka, bertambahlah risau dan takutlah si isteri dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja. 

Namun, dek kerana amanah sebagai isteri, sayangnya kepada suami dan merasakan tempat isteri adalah disisi suami beliau tetap membuat keputusan untuk berhenti kerja bagi mengikut suami ke Jepun. Rupa-rupanya bukan beliau sahaja yang berada di dalam situasi ini. Hampir majoriti ibu-ibu yang berada dalam group tersebut membuat keputusan yang sama iaitu berhenti kerja kerana mengikut suami ke sini termasuklah isteri saya. Ada di kalangan mereka yang berjawatan tinggi dalam organisasi sebelum ini malah ada juga yang bekerja di sektor kerajaan turut mengambil keputusan yang sama untuk berhenti kerja. Dalam beberapa minit, majlis ilmu sebentar tadi menjadi sesi motivasi bagi ibu-ibu tadi dan mereka saling berkongsi pengalaman serta memberikan semangat buat rakan baru dalam group tersebut. 

PENGORBANAN ISTERI

'Bina Hutang' vs 'Bina Keluarga'
Pengorbanan Isteri

Begitulah pengorbanan isteri yang bukan hanya sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kita malah ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengikut suami mereka berada di di luar negara dalam tempoh beberapa tahun. Oleh itu, saya berpendapat sebagai tanda penghargaan buat si isteri, suami seharusnya memberikan ganjaran berbentuk 'duit' buat si isteri daripada sebahagian gaji atau pendapatan yang diperolehi suami setiap bulan.

Benar dan tidak dinafikan si suami bukan sahaja telah berikan yang terbaik untuk keperluan di rumah dan juga bukan sahaja berjaya membesarkan 'anak-anak' malah juga turut berupaya 'membesarkan' isteri dengan keperluan makanan dan minuman yang sehinggakan kadang kala melebihi 'kadar cukup'. Namun, apalah yang perlu berkira dengan pemberian 'duit' tersebut sebagai menghargai segala pengorbanan si isteri yang tidak ternilai harganya. Pemberian tersebut boleh dianggap seakan 'gaji bulanan' buat si isteri bagi membolehkan dia tetap terus dapat memberikan pemberian bulanan buat ibu/ayahnya atau setidak-tidak berupaya menghulurkan bantuan di kala adik-beradiknya memerlukan bantuan. Pastinya juga si isteri ada keperluan untuk bergaya dan membeli barang peribadinya sebelum ini. Bayangkanlah setelah isteri membuat keputusan berhenti kerja, maka terputuslah punca pendapatan si isteri yang diperolehi mereka sebelum ini. Sekurang-kurangnya pemberian tersebut akan dapat mengurangkan ralat si isteri. 

GANJARAN BUAT ISTERI

Ganjaran 'duit' buat isteri secara konsisten setiap bulan juga mampu mendidik suami untuk HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN. Jika tidak, dikhuatiri si suami 'terbelanja' melebihi daripada kemampuan sebenar. Pengalaman saya memerhatikan rakan-rakan saya yang isterinya membuat keputusan berhenti kerja kerana atas dasar keluarga majoriti mereka tidak hidup melarat. Malah, kehidupan mereka tetap cukup, bahkan lebih sempurna. Tidak kurang juga terdapat situasi si isteri yang sanggup hidup berkejauhan dan tidak sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana suami dan isteri tersebut telah terjebak dalam PERANGKAP HUTANG!

'Bina Hutang' vs 'Bina Keluarga'
Perangkap Hutang


Sebagai contoh, ada mereka yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri telah mengambil pinjaman peribadi (personal loan) setiap orang hanya semata-mata untuk melihat majlis perkahwinan bergermelapan dan berprestij. Atas sebab itu dalam tulisan saya sebelum ini mengajak untuk kita fikirkan supaya AZAMLAH KAHWIN TANPA HUTANG! Ada juga mereka yang sebelum berkahwin, setiap orang telah membeli kereta yang 'PALING MAMPU' hanya kerana merasakan perlunya kereta bagi ke tempat kerja. Barangkali perkongsian PILIHAN 2K (KAHWIN ATAU KERETA) boleh dibaca bagi mereka yang dilema dalam membuat keputusan sama ada berkahwin atau pembelian sebuah kereta.

Selepas berumahtangga pula, pasangan tersebut tanpa berfikir panjang terus membuat keputusan untuk membeli rumah impian yang PALING MAMPU atas alasan harga rumah semakin meningkat saban tahun. Apabila rumah yang PALING MAMPU telah dimiliki, rumah tersebut pula perlu dihiasi dengan kabinet dapur yang paling PALING MAMPU. Maka, diteruskan lagi dengan pinjaman peribadi atas dasar untuk mencantikkan rumah dan memenuhi perabot bagi mengisi kekosongan rumah yang PALING MAMPU tadi. Itu tidak termasuk lagi dengan hutang kad kredit atas alasan MAMPU dan BERKEMAMPUAN. Maka, berterusanlah membina hutang atas dasar beli yang PALING MAMPU dan saya juga BERKEMAMPUAN!

ISTERI BEKERJA

Bagi saya, isteri bekerja merupakan SIMPANAN TAMBAHAN buat isteri. Pemberian 'duit' buat isteri daripada gaji bulanan suami ditambah lagi dengan gaji bulanan isteri yang bekerja akan menjadikan simpanan isteri bertambah setiap bulan dan boleh diibaratkan BONUS bulanan bagi isteri. Ajarlah isteri membuat pelaburan bagi keperluan masa hadapan. Sebagai contoh, simpanan emas fizikal boleh dijadikan permulaan sebelum melangkah ke pelaburan yang lebih besar dan berisiko. Baru-baru ini saya mencadangkan isteri saya untuk membuat simpanan emas dalam tulisan BELI DAN SIMPAN EMAS DI LUAR NEGARA. Sebaiknya, duit gaji isteri yang banyak dan berlebihan boleh dijadikan modal dalam menambah HARTA pada masa hadapan dan bukannya menambah HUTANG MUDARAT!

BINA KELUARGA BUKAN BINA HUTANG

Sebagai nasihat buat diri ini, jadikanlah duit gaji isteri sebagai menambah duit simpanan si isteri dan bukanlah menambah HUTANG terutama sekali HUTANG MUDARAT. Sentiasa ingatkan diri agar tidak jadikan gaji isteri sebagai cagaran dalam menangung komitmen kewangan serta menambah hutang dalam kehidupan berkeluarga. Berbelanja dan hiduplah seadanya dalam lingkungan gaji suami. Dikhuatiri sangat apabila suami dan isteri terjebak dengan perangkap hutang menjadikan hutang-hutang tersebut sebagai tali yang mengikat diri (suami dan isteri) dengan pemberi-pemberi hutang. Pada masa itu si suami dan isteri terpaksa untuk terus terbelenggu dengan situasi sukar di antara 'membina hutang dan membina keluarga'. Jika ini berlaku, pastinya sukar untuk si isteri membuat keputusan berhenti kerja jika keputusan tersebut terdesak atau perlu sangat diputuskan. Lebih parah lagi, si suami pula seakan tidak reda dan susah hati apabila si isteri membuat keputusan untuk tidak bekerja. Maka bersamalah meletakkan matlamat ke arah 'MEMBINA KELUARGA dan bukannya MEMBINA HUTANG!". 

Sekadar perkongsian dan ingatan buat diri sendiri dan mereka yang sudi membaca. Salam hormat.

Wednesday, May 20, 2015

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan
Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan

KELIRU

Ramai diantara kita yang masih keliru dengan istilah Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan. Kesannya, ada di kalangan kita yang seakan terperangkap dengan situasi sama ada fokus hanya pada satu-satu instrumen kewangan atau langsung tidak membuat simpanan, perlindungan mahupun pelaburan. 

SIMPANAN

Secara umumnya, simpanan merupakan perkara yang paling asas. Tiada guna jika seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan tetapi sedikit pun daripada pendapatan tersebut tidak dapat dijadikan simpanan. Tiada simpanan boleh dikategorikan sebagai 5 TANDA KAYA TAK BERHARTA. Ramai pakar dan penulis buku-buku pengurusan kewangan mencadangkan agar seseorang itu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan atau gaji yang diterima. Sebagai contoh, jika gaji RM3000 maka simpanan sebanyak RM3000 x 10%=RM300 setiap bulan perlu diterima sebagai ganjaran terhadap diri. RM300 tersebut akan disimpan sebagai 'dana kecemasan' di kala memerlukan.

5 CARA SIMPANAN TAK 'TERUSIK'

Secara umum, dana kecemasan yang diperlukan bagi setiap orang bergantung kepada cara hidup seseorang dan turut dicadangkan sekurang-kurangnya bersamaan 6 bulan gaji atau pendapatan. Rentetan contoh sebelum ini, jika pendapatan seseorang RM3000 sebulan, maka jumlah simpanan bagi keperluan 'dana kecemasan' yang perlu ada adalah sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM 18,000. Lebih banyak 'dana kecemasan' yang anda miliki adalah lebih baik, terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan ahli keluarga yang ramai. Dana tersebut hanya akan digunakan di kala kecemasan seperti kemalangan dan situasi lebih teruk jika seseorang itu menjadi mangsa diberhentikan kerja. Bagi memastikan simpanan yang dijana tidak terusik atau terjebak dengan penyakit 'gatal tangan' perkongsian 5 CARA SIMPANAN TAK 'TERUSIK' boleh dijadikan panduan. 

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan
Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan

PERLINDUNGAN 

Apabila membicarakan perlindungan ia merujuk kepada insurans atau Takaful. Takaful perlu dijadikan pilihan utama bagi seseorang yang beragama Islam kerana telah banyak pelan perlindungan takaful (Islamik) yang setanding dengan pelan-pelan konvesional (insurans) yang berada di dalam pasaran. Untuk mengetahui produk yang terbaik sebaiknya perlu dapatkan khidmat rundingan mahupun pandangan daripada mereka yang arif dalam bidang ini seperti agen-agen takaful yang berpengalaman dan berkelayakan dalam menerangkan produk-produk yang syarikat mereka tawarkan. 

MRTT

Secara umum, setiap individu memerlukan perlindungan terhadap pendapatan (ketidakupayaan menjana pendapatan), lindungi harta benda (rumah/ hartanah/ kenderaan), lindungi kesihatan, lindungi diri dan banyak lagi. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) bagi pembiayaan rumah yang dimiliki akan dilindungi berdasarkan baki pinjaman yang masih berada di bank di kala musibah berlaku terhadap pemilik rumah tersebut. Ini bermakna, rumah tersebut dilindungi oleh pihak takaful jika berlaku sesuatu musibah atau kecelakaan. Suka saya mencadangkan untuk mereka yang memerlukan kefahaman lebih jelas mengenai perlindungan yang diperlukan bolehlah merujuk mana-mana agen takaful yang anda kenali. Pastikan juga pelan yang bakal anda pilih nanti adalah patuh syariah. 

PELABURAN 

Emas Sebagai Simpanan dan Pelaburan
Emas Sebagai Simpanan dan Pelaburan
Matlamat utama dalam pelaburan adalah untuk menambahkan lagi jumlah wang yang anda miliki. Sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan, pastikan sumber modal untuk pelaburan tidak daripada 'dana kecemasan' yang perlu anda pertahankan. Jenis-jenis pelaburan yang boleh anda terlibat seperti pelaburan emas secara kecil-kecilan, hartanah, amanah saham (unit trust) dan sebagainya. Saya melihat simpanan emas secara kecil-kecilan boleh dijadikan modal untuk pelaburan hartanah pada masa hadapan. Manakala pelaburan hartanah umumnya akan mendapat 2 keuntungan. Pertama, keuntungan hasil daripada kenaikan nilai hartanah tersebut (lokasi strategik) dan juga boleh menjana pendapatan pasif daripada penyewaan hartanah tersebut. Namun, sebelum melabur dicadangkan untuk baca dahulu 7 NASIHAT 'RICH DAD, POOR DAD' sebagai panduan.

Semoga bermanfaat!

Sunday, May 17, 2015

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Malaysia dan Jepun

ELAUN BULANAN ISTERI

Umumnya isteri saya 'agak konsisten' menyimpan di Tabung Haji (TH) untuk matlamat kewangannya bagi menunaikan haji suatu hari nanti. Kesilapan yang saya sendiri tidak perasan dan nasihatkan isteri adalah untuk membuat potongan terus gaji saya ke akaun TH kami. Selain itu juga kami terlupa sangat untuk aktifkan sistem ATM di bank bagi kemudahan TH sebelum berlepas ke Sendai, Jepun. Maka, duit 'elaun bulanan isteri' yang diberikan kepadanya setiap bulan beliau seakan tidak tahu hendak disalurkan ke mana. Sebelum ke sini, duit elaun tersebut bolehlah dia membuat simpanan, beri wang saguhati kepada ibu mertua, beli tudung, jubah dan pelbagai eksesori perhiasan wanita yang saya sendiri pun tidak faham sangat. Rasanya pakaian dan eksesori lelaki lebih 'mudah' dan 'murah'.

BELI DAN SIMPAN EMAS

Suatu hari dia terdetik untuk 'beli dan simpan' emas serta berhasrat untuk mulai menyimpan emas secara kecil-kecilan sebagai permulaan. Kerungsingan isteri saya adalah kaedah pembelian emas dengan selamat dan yang paling penting dia boleh membuat belian secara konsisten dari luar negara. Oleh kerana tahun depan kami merancang untuk pulang ke Malaysia bagi menyambut Aidilfitri disana. Maka, saya cadangkan isteri saya untuk membuat simpanan emas dan pada tahun hadapan simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan bagi tujuan dan matlamat kewangan yang lain.

GAP DAN BELI EMAS

Lantas saya mencadangkan isteri saya untuk menggunakan kaedah Gold Accumulation Program (GAP) yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG). Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI. Peringkat awal saya agak ragu-ragu dengan pembelian emas melalui GAP kerana saya lebih berminat untuk membuat simpanan emas fizikal. Ini kerana, sebelum ini saya telah membeli emas Public Gold dan akan memastikan emas fizikal berada di tangan. Itu yang saya praktikkan sebelum ini iaitu pembelian mesti mendapat emas fizikal! Namun, oleh kerana kami kini berada di luar negara satu pendekatan lain perlu difikirkan. Apabila Public Gold memperkenalkan pendekatan pembelian secara GAP dan syarikat ini sudah lama dalam industri emas maka saya berasa yakin untuk membuat pembelian emas di PG.

6 SEBAB BELI EMAS MELALUI GAP

Terdapat 6 sebab saya mencadangkan isteri saya menggunakan keedah GAP.

Sebab #1 - Mudah
Kaedah GAP memudahkan urusan pembelian emas kerana boleh membeli secara talian (on-line). Pembelian emas melalui GAP mirip kepada Akaun Emas yang ditawarkan oleh bank-bank yang lain. Kemudahan melalui Public Gold (PG) harga boleh dipantau setiap hari melalui laman web http://publicgold.com.my/v1/ dan pembelian minimum serendah 1 gram boleh dibuat. Perlu difahami juga emas yang dibeli melalui Public Gold berketulenan 999 atau 24K dan diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Malah lebih menguntungkan tidak dikenakan Good Service Tax (GST)!

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Emas Public Gold (PG)

Sebab #2 - Selamat
Isteri saya tidak perlu runsing berkaitan tempat untuk menyimpan emas dengan selamat. Ini kerana, pembelian emas melalui GAP akan disimpan oleh pihak PG selagi kita  tidak membuat pengeluaran emas fizikal. 'Gold premium' akan dikenakan semasa untuk membuat pengeluaran kelak. Jika dilihat jadual caj yang dikenakan bergantung kepada jumlah gram yang hendak dikeluarkan. Lebih banyak gram yang dikeluarkan lebih rendah 'gold premium' yang dikenakan kepada pelanggan. Maka, jika kami ingin membeli emas dan disimpan sepanjang kami di luar negara ia dilihat berbaloi. Selain itu, pembelian melalui kaedah GAP akan disimpan di PUBLIC SAFE dan turut dilindungi insurans.

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Dilindung Public Safe oleh Public Gold (PG)

Sebab #3 - Menyimpan
Konsep GAP juga dapat memupuk kepelbagaian dalam amalan menyimpan. Ini kerana, emas boleh dibeli dalam kuantiti yang kecil dan serendah 1 gram. Jika isteri saya ingin menukar emas yang dimiliki kepada barang perhiasan emas juga boleh dibuat kelak. Selain itu, emas yang disimpan juga boleh dijual semula kepada PG suatu hari nanti jika memerlukan wang tunai. Sebagai contoh, jika isteri saya ingin menjual semula emas tersebut, dia boleh 'lock harga' secara talian (online) dan Public Gold akan membayar terus ke dalam akaun Maybank isteri saya.

Sebab #4 - Konsisten
Pembelian emas melalui PG boleh dibuat minimum sebanyak 1 gram. Maka, ia boleh disimpan secara konsisten kerana nilai pembelian bagi 1 gram di antara RM145 - RM155 boleh dijadikan simpanan yang konsisten setiap bulan. Harga PG juga bergantung kepada harga semasa yang berubah setiap jam 12:00 malam (waktu Malaysia).

Sebab #5 - Syarikat Lama dan Banyak Cawangan
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, saya melihat syarikat Public Gold merupakan syarikat yang lama dan berpengalaman dalam industri emas ini serta mempunyai kepelbagaian produk. Kelebihan Public Gold yang mempunyai cawangan yang banyak di seluruh Malaysia membolehkan pembeli emas mendapatkan emas fizikal dengan mudah. Jika saya di Malaysia, setiap pembelian saya akan segera ke cawangan Public Gold berdekatan untuk mengambil emas fizikal. Ini kerana, secara peribadi saya melihat simpanan atau pelaburan emas sebaiknya adalah dengan mempunyai emas fizikal yang dapat dapat disimpan dan dipegang. Saya cuba mengelakkan diri daripada mana-mana SKIM PELABURAN EMAS yang menggunakan emas sebagai pendekatan menarik perhatian orang melabur. Skim-skim ini biasanya menjanjikan pulangan yang lumayan daripada simpanan atau pelaburan emas TANPA kita dapat memegang emas tersebut. Oleh kerana Public Gold mempunyai cawangan banyak, secara memudahkan urusan 'lock harga' dan ambil sahaja di mana-mana cawangan terdekat untuk mendapatkan emas fizikal.

Simpan dan Labur Emas Public Gold
Senarai Cawangan Public Gold (PG) Seluruh Malaysia
Sebab #6 - Modal Pelaburan Hartanah
Secara peribadi saya tidak menganggap emas sebagai satu-satunya pendekatan pelaburan terbaik. Masih banyak lagi pendekatan pelaburan yang boleh menjana pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, hartanah boleh dijadikan sebagai pelaburan yang baik dalam menjana keuntungan pada masa hadapan. Keuntungan daripada pelaburan hartanah bukan hanya diperolehi melalui penjualan hartanah tersebut pada masa hadapan malah ia berupaya menjana PENDAPATAN PASIF setiap bulan. Namun, perlu difahami pelaburan hartanah memerlukan modal, maka simpanan emas yang kami miliki ini boleh dijadikan sebagai modal untuk kami beralih kepada pelaburan hartanah pada masa hadapan.

4 LANGKAH BELI EMAS MELALUI GAP

Langkah #1 -  Lihat dan Pantau Harga Semasa Emas
Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Contoh Harga Semasa Pada 6 Mei 2015
Sebelum membuat pembelian, harga terkini per gram boleh dilihat dan dipantau melalui laman web Public Gold (http://publicgold.com.my/v1/). Umumnya, harga GAP disemak sehari sekali kerana harga berubah selepas jam 12.00 malam (Waktu Malaysia). Rakan baik saya yang memperkenalkan saya dengan emas iaitu Mohd. Zulkifli Shafie pernah menasihatkan saya agar sebaiknya membayar harga 1 gram dan bukannya mengikut harga RM100. Ini kerana dikhuatiri pembelian mengikut RM100 tidak patuh syariah. Sebagai contoh, jika ingin membuat simpanan 1 gram, 'bank-in' duit genap-genap RM150 dan seterusnya mengikut harga semasa.

Langkah #2 -  'Bank-in' Wang Ke Akuan Public Gold (PG)

Bank in harga 1 gram atau bilangan gram yang yang telah dipersetujui ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) dan pastinya atas nama "PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD".

Langkah #3 -  Email/ WhatsApp/ SMS Maklumat Ke 017-486 6916 (No. Telefon Public Gold)

Untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold, isteri saya hanya menggunakan kaedah email dan WhatsApp. Pendekatan ini lebih mudah dan cepat. Isteri saya hanya menggunakan telefon untuk 'snapshot' bukti bayaran dan menggunakan 'print screen' slip bayaran Maybank untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold.

Maklumat yang diperlukan semasa Email/ WhatsApp

Melalui Email

Norahadiah Binti Badzis (Nama Penuh)
791007-01-XXXX (No. Kad Pengenalan)
013 368 XXXX (No. telefon)
hadiah_7109@yahoo.com (Email)

RM737 (Jumlah pembayaran)
1.5.2015 (Tarikh pembayaran)
10:06AM (Masa pembayaran)

PG053895 Isma Addi Jumbri (Introducer)

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
E-Mail isteri saya kepada pihak Public Gold (PG)
Emailkan slip bayaran dan 'print screen' pembayaran tersebut ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada mana-mana introducer yang boleh membantu jika perlukan bantuan atau follow-up dengan pihak Public Gold kelak. Sebagai contoh, isteri saya meletakkan saya sebagai introducer, maka slip bayaran tersebut turut cc ke ismaaddi@gmail.com. 

Melalui WhatsApp

Saya turut mencadangkan isteri saya untuk membuat 'snap shot' bukti pembayaran dan hantar melalui WhatsApp ke nombor telefon Public Gold di 017-486 6916. Berikut contoh yang isteri yang buat untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold melalui WhatsApp.

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Print Screen WhatsApp yang dihantar isteri saya ke Public Gold (PG) di Malaysia

Langkah #4 -  Simpan Bukti/ Slip Pembayaran dan Penyata GAP

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Resit Rasmi Pembelian Emas di Public Gold (PG)
Kebiasaannya dalam tempoh 2 hari bekerja resit rasmi pembelian akan diemailkan kepada para pembeli. Dinasihatkan resit-resit tersebut disimpan baik bagi membuat tuntutan emas fizikal kelak. Kini, isteri saya sudah boleh membuat tambahan bagi pembelian dan simpanan emas di Public Gold melalui 4 langkah mudah. Semoga kaedah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan emas secara kecil-kecilan. Sekarang, tidak kira di mana kita berada sama ada di luar negara pendekatan GAP boleh digunakan  untuk merealisasikan konsep 'beli dan simpan' emas.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan dan pelaburan emas dicadangkan membaca dahulu perkongsian 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS. 
Semoga bermanfaat!
Tudung kanak-kanak