Saubetsukai: 6 Petanda Pokai |
SOUBETSUKAI
Kebiasaanya pada bulan Februari dan Mac sudah mulai kelihatan ada 'laboratory' yang telah membuat perancangan bagi majlis perpisahan. Di Jepun, 'farewell party' ini lebih dikenali sebagai 'soubetsukai'. Manakala pada bulan April pula seakan menjadi tradisi sebagai bulan permulaan untuk memulakan kerjaya di sesebuah institusi, sesi persekolahan dan juga kemasukan ke sesebuah universiti. Oleh itu, apabila tiba bulan April majlis 'welcome party' atau dikenali sebagai 'kangeikai' pula akan diadakan bagi menyambut rakan atau warga baru dalam kumpulan mereka.
BUDAYA MINUM
Kanpai atau 'Cheers' |
Perlu difahami, dalam masyarakat Jepun budaya minum dan 'nomihoudai' (minum sepuasnya) sudah seakan sebati dalam majlis 'soubetsukai' dan 'kangeikai' ini. Sebagai contoh, anak saya sendiri pernah melakonkan dan menyebut perkataan 'kanpai' yang sinonim dengan istilah 'cheers' dengan mengangkat cawan sebagai tanda majlis tersebut bermula kerana telah terbiasa semasa di sekolah. Inilah salah satu cabaran dalam mendidik anak-anak di negara orang. Semestinya kami sebagai ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan dalam 'memahamkan' anak-anak dalam kefahaman beragama.
POKAI
Sejujurnya istilah 'soubetsukai' ini sememangnya tiada kaitan langsung dengan 'pokai' atau 'tidak berduit'. Tajuk perkongsian kali ini tercetus kesan daripada salah seorang 'super-senpai' (super senior) yang sepatutnya turut diraikan dalam majlis 'soubetsukai' akan datang. Namun, dek kerana kemerosotan prestasi akademik, pengajian perlu diteruskan lagi sehingga ke pertengahan tahun hadapan. Kesannya, kini biasiswa 'super-senpai' ini telah dipotong hampir 50%! Maklumlah kehidupan sebelum ini boleh dikatakan agak selesa. Namun, apabila punca pendapatan (biasiswa) semakin berkurangan, sudah kelihatan petanda-petanda 'pokai'. Maka, nasihat turut diberikan agar langkah dapat diatur dan tidak bertambah 'pokai'.
Surat Amaran Kelemahan Prestasi Akademik |
5 PETANDA 'POKAI'
Umumnya, terdapat 6 petanda seseorang itu mengalami 'pokai' atau 'tidak berduit':
Petanda #1: ATM Menjadi Destinasi
Mereka yang menghadapi 'pokai' biasanya akan sering mengunjungi mesin duit (ATM). Sememangnya jelas mengetahui yang gaji/elaun/pendapatan akan masuk setiap 25 haribulan atau pada akhir bulan. Namun, sentiasa diharapkan 'keajaiban' akan berlaku sama ada gaji/elaun/pendapatan masuk lebih awal atau ada orang ter'bank-in' duit ke dalam akaun kita. Selalu juga termenung jauh ibarat 'punggok merindui bulan'.
Petanda #2: Syiling Berguna Juga
Disaat 'pokai', syiling yang dipandang sepi sebelum ini mula dicari. Pada masa ini, pantang nampak syiling semua dikatakan milik kita. Habis licin syiling dikorek dan dikutip semua. Dikala 'sesak' dan 'pokai' inilah syiling kini berguna jua.
Petanda #3: Segala Terselit Dicari
Bermulalah episod mencari duit-duit terselit dan tersembunyi. Ada yang membelek-belek dicelah beg duit, beg-beg lain bahkan di celah-celah buku turut diselongkar. Asal terlintas sahaja difikiran, habis semua dibeleknya. Mana tahu ada duit yang terselit, boleh digunakan untuk kehidupan seterusnya.
Petanda #4: Bakat 'Chef' Kini Menjelma
Sebelum 'pokai' kerap makan diluar, kini bakat 'chef' terpendam mula kelihatan. Segala resipi akan dicuba, tidak sedap pun tak mengapa. Paling penting kenyang dan berani mencuba.
Petanda #5: Duduk Di Rumah Terasa Nikmat
Saat ini, duduk di rumah dan tidak kemana-mana merupakan nikmat yang paling utama. Biarlah orang lain ke luar untuk berhibur, yang penting kita aman di bilik tidur.
Petanda #6: Muka Ketat
Apabila 'pokai', muka comel sudah mulai ketat. Hendak senyum pun kini terasa berat. Lebih baik menyendiri atau mulai pandai 'menyibukkan' diri.
Sekadar pandangan dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
KESTABILAN KEWANGAN
Berdasarkan tanda-tanda di atas, ia boleh juga menjadi indikator kestabilan kewangan kita sendiri. Jika tanda-tanda sebegini seringkali kita hadapi adalah dinasihatkan untuk melihat semula pengurusan kewangan kita. Saya selalu diingatkan, pendapatan atau sumber yang besar (gaji) bukanlah penyelesaian kepada masalah kewangan. Bahkan seringkali saya melihat gaji atau pendapatan yang besar juga membuka pintu kepada beban hutang yang lebih besar. Kedudukan kewangan kita boleh dipertingkatkan dengan bertambahnya ILMU.Sekadar pandangan dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Soubetsukai: 6 Petanda Pokai
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsNice sharing.. haha ya betul sangat xD
ReplyTerima kasih adik Yun Sing atas kesudian singgah dan komen di blog ini. Arigatou gozaimasu!
Reply