Source Photo: http://www.littlepassports.com |
BAHASA JEPUN
Semalam isteri saya berkesempatan mengikuti program 'Hinamatsuri' anjuran kelas Bahasa Jepun (nihongo) yang dianjurkan secara percuma oleh pihak 'cityhall'. Aktiviti 'Hinamatsuri' ini disambut awal sehari yang selalunya disambut oleh masyarakat Jepun pada setiap 3 Mac. Memandangkan minggu depan adalah minggu peperiksaan kelas nihongo, maka Hinamatsuri pada kali ini dibuat lebih awal sebagai pendedahan buat pelajar. Sepanjang saya berada di sini, isteri saya yang paling banyak menguasai nihongo dan terlibat dengan program-program berkaitan kebudayaan Jepun. Oleh itu, bagi memudahkan perjalanan isteri saya ke kelas nihongo dan sebagai langkah penjimatan, basikal turut dihadiahkan buat isteri. Namun, ingatkan berjimat, lagi banyak singgah ke kedai mahupun pasaraya apabila berbasikal. Suka hatilah asalkan bahagia. Sebelum terlupa, 'Hina' dalam bahasa Jepun bermaksud 'Sang Puteri' atau 'anak-anak perempuan'.
LEVEL 2
Alhamdullilah, minggu depan tamatlah sudah 'Level 2' kelas nihongo isteri dan teringat apa yang dipesankan oleh sensei saya semasa mula-mula mendaftar sebagai pelajar di Tohoku Universiti. Masih tersemat kata-kata beliau "Isma, dalam keluarga kamu mesti ada sekurang-kurangnya satu orang yang boleh berkomunikasi dalam nihongo (Bahasa Jepun). Kamu akan lebih mudah dan senang berada di sini". Setelah 6 bulan, sensei saya bertanya lagi "Isma, macamana dengan keluarga kamu? Ada sesiapa yang tahu nihongo?" Jawab saya, "keluarga saya semua baik sensei. Mereka semua sudah boleh berkomunikasi dalam nihongo dengan baik kecuali saya". Kata sensei saya, "subarashi (hebat) Isma! Sekarang awak sudah senang dan boleh fokus kepada penyelidikan di sini". Saya dan sensei ketawa bersama-sama.HINAMATSURI
Google 'Hinamatsuri' |
Hari ini 3 Mac merupakan tarikh perayaan dan kepercayaan orang-orang Jepun dalam menyambut perayaan Hinamatsuri (雛祭り, ひなまつり) iaitu Perayaan Patung (Doll Festival) atau Perayaan Perempuan (Girl's Festival). Menurut kepercayaan orang Jepun, perayaan ini disambut di dalam rumah bersama keluarga bagi mendoakan kebahagiaan dan kesihatan anak-anak perempuan mereka. Dimaklumkan pada hari ini orang Jepun yang mempunyai anak perempuan akan mengeluarkan patung-patung yang memakai pakaian diraja Jepun pada zaman Dinasti Heian (794-1192). Patung-patung ini disusun mengikut tahap dan paling atas merupakan raja dan pemaisuri. Diikuti puteri-puteri istana atau anak-anak perempuan, dayang-dayang dan seterusnya para menteri istana di raja.
Namun, disebalik kesemua teknik dan strategi tersebut dalam menuju ke arah kekayaan mahupun kejayaan masih ramai yang tidak mahu membayar 'harganya' dengan mengakui kelemahan sendiri. Mereka tidak tahu dan tiada ilmu (kelemahan), namun malas membaca dan belajar dalam memperbaiki kelemahan sendiri. Kita tidak mampu (kelemahan), namun tidak juga mahu meningkatkan taraf hidup dan mengubah gaya hidup kita. Kita juga sedia maklum yang jalannya susah dan panjang dalam menuju kekayaan serta kejayaan. Namun, ramai yang tidak sanggup untuk menempuhi kesusahan dan tempoh masa yang panjang. Kita sudah tahu dan mengiyakan kesemua nasihat serta strategi yang dikongsi, namun berapa ramai yang mengakui kelemahan diri dan memulakan langkah untuk membuat perubahan diri sendiri. Akhirnya, masih ramai dikalangan kita yang terus berada di tahap yang sama dan lebih malang tetap mengambil jalan singkat dalam menuju ke arah kekayaan dan kejayaan. Sebagai contoh, masih ramai di kalangan kita yang tidak serik dengan memilih skim cepat kaya dan pelbagai scam lagi dalam menuju ke arah kekayaan. Akhirnya, berputih mata dan mengalir air mata darah pun tidak berguna juga!
Sekadar perkongsian dan motivasi buat diri sendiri dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
DOLL FESTIVAL
Patung-patung ini akan dipamerkan di dalam rumah dan akan disimpan semula di dalam almari pada keesokan harinya. Ini kerana masyarakat Jepun percaya jika patung-patung tidak disimpan semula, anak-anak perempuan mereka akan menerima nasib malang dan susah mendapat jodoh. Kini, perayaan ini dikatakan tidak lagi disambut sepenuhnya oleh masyarakat Jepun. Hinamatsuri kini lebih kepada sebagai salah satu kebudayaan dan kebanggaan masyarakat Jepun. Pada hari ini, mereka yang terlibat dengan program dan sambutan 'Hinamatsuri' ini akan turut memakai 'kimono'. Pernah saya kongsikan sebelum ini perbezaan di antara 'Kimono' dan 'Yukata'. Sudah tentu Hinamatsuri ini bertentangan dengan ajaran Islam, namun coretan ini sekadar perkongsian salah satu kebudayaan Jepun yang pernah kami diberikan pendedahan semasa di sini.Source Photo: https://id.wikipedia.org |
MAHU KAYA
Sewaktu saya mendengar cerita panjang lebar berkaitan Hinamatsuri daripada isteri, secara tiba-tiba saya mendapat idea bagi tajuk perkongsian kali ini iaitu 'Akuilah KELEMAHAN Sendiri!'. Teringat perkongsian dalam buku yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki yang bertajuk 'Rich Dad's Guide to Becoming Rich'. Antara yang diperkatakan oleh beliau adalah:"Ramai Orang Mahu Menjadi Kaya, Tetapi Mereka Tidak Suka Membayar Harganya"Saya percaya ramai diantara kita yang sudah membaca buku-buku, blog-blog, perkongsian sama ada di media sosial seperti facebook dan pelbagai lagi mengenai cara-cara untuk menjadi kaya atau juga boleh dikatakan senang pada masa hadapan. Selalu sahaja kita mendengar atau orang menasihatkan kita untuk berjimat-cermat dengan 'hidup di bawah kemampuan'. Barangkali juga pernah kita mendengar orang menasihatkan kita untuk potong kad kredit sebagai langkah untuk kita tidak terjebak dengan perangkap hutang. Ramai juga telah menasihatkan kita untuk membeli 'kediaman' dan bukannya 'kereta idaman', ubahlah 'gaya hidup' yang meningkatkan 'sara hidup', kenalpasti 'Hutang Mahu' atau 'Hutang Perlu' ataupun pelbagai nasihat mahupun strategi ke arah menuju kekayaan.
TITIK PERSAMAAN
Pernah juga saya terbaca perkongsian daripada mereka yang berpengalaman dalam hartanah, emas, saham, ASB dan pelbagai lagi termasuklah skim cepat kaya yang berkongsikan cara, teknik mahupun strategi dalam menuju puncak kekayaan. Idea-idea mereka ini cukup hebat dan ada kala saya sendiri terasa rugi kerana tidak mendapat pendedahan di awal usia berkaitan strategi dan teknik-teknik ini (kecuali skim cepat kaya). Namun, kesemua teknik dan strategi ini dilihat seakan bertemu di satu titik persamaan. Sebagai contoh, ada yang memberikan cadangan supaya menggunakan teknik manipulasi ASB untuk membina simpanan dan kekayaan pada masa hadapan. Ada juga yang mencadangkan agar membeli rumah lelong untuk dijadikan pelaburan atau menjana pendapatan pasif (passive income). Begitu juga ada mereka yang memberikan saranan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 1 gram emas bagi setiap bulan. Kesemua strategi tersebut dilihat seakan bertemu disatu titik yang sama iaitu 'Simpanan' dan 'Berjimat Cermat'. Ini bermakna, sememangnya membuat 'Simpanan' dan 'Berjimat Cermat' merupakan nasihat yang wajar dan boleh dikatakan langkah pertama bagi menuju ke destinasi yang dinamakan 'kekayaan'.AKUILAH KELEMAHAN
Basikal Isteri Saya |
KELEMAHAN DIRI
Akhir kata, akuilah kelemahan diri sendiri dan usahlah berterusan menyalahkan orang lain. Selepas akui, atasi dan cari jalan dalam memperbaiki kelemahan tersebut kerana halangan yang paling besar dalam menuju puncak kejayaan dan kekayaan adalah 'diri kita sendiri'. Atas sebab itulah dalam memajukan diri perlu dimulakan dengan menyedari dan mengakui kelemahan sendiri. Pesanan sensei saya, orang yang tahu dan mengakui kelemahan diri sendiri akan lebih berjaya. Ini kerana dalam kehidupan sebenar, orang yang paling banyak mengakui kelemahan sendiri, akan terus belajar, tidak terus berbohong, menafikan, menipu mahupun menyalahkan orang lain di atas kegagalan mereka. Bersamalah kita memulakan langkah pertama dengan mengakui kelemahan yang kita ada. Sebagai contoh, saya mengakui tidak pernah belajar software Matlab bagi kegunaan kajian saya, maka saya akui kelemahan dan terus mencari guru yang boleh mengajar walaupun daripada adik-adik 'undergraduate'. Saya sudah 'Akui KELEMAHAN Sendiri', anda pula bagaimana?Sekadar perkongsian dan motivasi buat diri sendiri dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Hinamatsuri: Akuilah Kelemahan Sendiri!
4
/
5
Oleh
Unknown