Sunday, July 19, 2015

Panduan ATM 77 Bank (77 Bank ATM Guideline)


2 BANK DI JEPUN

Kebiasaanya terdapat 2 jenis bank tempatan yang kami gunakan disini. Pertama, JP Bank dan ke dua adalah 77 Bank. Teringat saya pengalaman semasa membuka akaun bank di sini. Saya tidak menghadapi masalah sangat untuk membuka akaun di 77 Bank memandangkan terdapat adik yang merupakan pelajar ijazah di sini dan mahir dalam Bahasa Jepun serta sudi membantu. Saya dimaklumkan 77 Bank sudah biasa dengan pelajar-pelajar antarabangsa, maka keperluan hanko/cop dan tulisan Jepun tidak diperlukan sangat serta kami dibenarkan untuk menggunakan tandatangan. Saya pernah kongsikan sebelum ini berkaitan hanko di KEPERLUAN 'HANKO'. 

'NGERI' DI BANK

Teringat nostalgia semasa saya menghadapi masalah dengan prosedur yang agak leceh semasa membuka akaun di JP Bank sehinggakan terasa ingin membatalkan urusan di bank tersebut. Barangkali kerana pada masa itu tiada mereka yang mahir dalam Bahasa Jepun menemani kami sehingga menjadikan urusan di JP Post sangat menguji kesabaran. Alhamdullilah ada rakan yang turut sabar dan bersedia serta sanggup menunggu proses yang agak lama di JP Bank. Akhirnya berjaya juga saya membuka akaun di JP Bank. Saya sendiri keliru sama ada ingin mengklasifikasikan pengalaman tersebut merupakan pengalaman manis ataupun pengalaman 'ngeri'.  

ATM 77 BANK 

Walaupun saya menghadapi masalah dan menguji kesabaran semasa membuka akaun di JP Bank. Namun, bagi penggunaan kad ATM di JP Bank saya tidak menghadapi masalah. Ini kerana, JP Bank menyediakan panduan Bahasa English bagi mesin ATM mereka. Cabaran lain pula akan dihadapi bagi mereka yang menggunakan kad ATM di 77 Bank kerana bank tersebut tidak menyediakan bantuan mahupun panduan Bahasa English untuk semua transaksi di ATM 77 Bank. Hampir kesemua mereka yang tidak mahir Bahasa Jepun akan menghadapi masalah dan kesukaran yang hampir sama. Berikut disertakan panduan bagi urusan di ATM 77 Bank yang saya perolehi daripada salah seorang rakan dari Vietnam iaitu Mr. Phan Thanh Chien. Saya juga dimaklumkan yang beliau sendiri memperolehi panduan ini daripada rakan-rakan beliau yang lain. Semoga maklumat ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang turut menghadapi masalah seperti saya dan rakan-rakan kami yang lain. Semoga bermanfaat. 

1.   KELUAR DUIT (WITHDRAWAL)
Withdrawal (Keluar Duit) - Part 1
Withdrawal (Keluar Duit) - Part 2

2.   MASUK DUIT (DEPOSIT)
Deposit (Masuk Duit) - Part 1
Deposit (Masuk Duit) - Part 2
3.   SEMAKAN BAKI AKAUN (ACCOUNT BALANCE)
Balance of Account (Baki Akaun) - Part 1
Balance of Account (Baki Akaun) - Part 2
4.   KEMASKINI BUKU (UP-DATE PASSBOOK)
Up-date Passbook (Kemaskini Buku Akaun) 

Related Posts

Panduan ATM 77 Bank (77 Bank ATM Guideline)
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
Anonymous
July 19, 2015 at 5:18 PM

Very good information. I really appreciate it.

Reply

Tudung kanak-kanak