Showing posts with label Keusahawanan/ Small Business. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan/ Small Business. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Ais Krim Gari Gari Kun di Jepun

Ais Krim Gari Gari Kun
Ais Krim Gari Gari Kun

ABANG 'SADO'

Sehingga hari ini, seakan belum reda isu tudung berjenama yang dikatakan viral dan mendapat tempat bukan sahaja di kalangan pelanggan wanita tetapi menjadi 'rebutan' dihati abang-abang 'sado'. Saya bangga ada bisnes orang kita yang berjaya sehingga terdapat pelanggan yang sanggup bermalam dan beratur panjang menanti tudung 'limited edition'. Terkini, tudung berjenama itu viral sekali lagi apabila ada pula yang mendedahkan sudah memiliki corak yang sama dengan tudung tersebut. Ironinya, pemilik bisnes terus mempertahankan strategi mereka walaupun kelihatan kurang mesra pelanggan dan tidak profesional. Takpalah biarkan 'si luncai terjun dengan labu-labunya'.

KISAH DI JEPUN

Di Jepun ini lain pula kisahnya. Dikala isu tudung terus viral dan menerima reaksi berbeza daripada orang awam hinggalah ke pak mufti, kami di sini lebih tersentuh dengan amalan berbisnes salah sebuah syarikat pengeluar ais krim milik orang Jepun. Ais krim ini tidaklah sehebat mana sampai perlu beratur. Apatah lagi sudah tentu tidak perlu bermalam dan berebut-rebut di antara lelaki dan perempuan. Harga ais krim yang diberi nama Gari Gari Kun yang ditawarkan oleh Syarikat Akagi Nyugyo hanyalah berharga 60 yen (bersamaan RM2.30++ setelah tax 8%).

60 YEN KE 70 YEN

Cukup kami tersentuh dengan tindakan pihak syarikat yang terasa sangat bersalah terhadap para pelanggan mereka kerana tidak berupaya mengekalkan harga 60 yen dan terpaksa dinaikkan kepada 70 yen sebatang. Menariknya, permohonan maaf bersungguh-sungguh itu dizahirkan secara terbuka dan menjadi iklan rasmi berbayar syarikat tersebut selama 2 hari pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini. Iklan tersebut disiarkan melalui siaran televisyen utama di seluruh Jepun.

PERMOHONAN MAAF

Paling terharu permohonan maaf tersebut turut disertai oleh pengurusan tertinggi Syarikat Akagi Nyugyo. Video di bawah yang boleh ditonton melalui Youtube memaparkan iklan pihak syarikat yang menggambarkan rasa amat bersalah kerana terpaksa menaikkan harga sebanyak 10 yen setelah tidak pernah naik semenjak 25 tahun yang lalu!




TANAHAIRKU

Jika di tanahairku strategi pemasaran berbentuk provokasi, berebut-berebut dan bersentuhan dianggap sebagai kaedah pemasaran yang berkebolehan melariskan produk. Namun, saya secara peribadi berasa lebih dihargai sebagai pelanggan dan dilayan dengan lebih bertamadun apabila melihat video iklan syarikat Jepun yang telah ditonton lebih 950,000 kali.

'THE MARKETING GURU'

Saya bermonolog sebentar sama ada terdapat teori pemasaran hasil tulisan Philip T. Kotler yang terkenal dengan jolokan 'The Marketing Guru' atau 'guru-guru' lain yang masih belum saya fahami atau terlepas pandang. Bagi saya secara mudah, jika tidak boleh menerima teguran dalam membuat penambahbaikan sistem SOP berbisnes dan mendekatkan lagi bisnes kepada operasi lebih patuh syariah. Ada baiknya kita mengambil ibrah daripada kisah syarikat di negara Matahari Terbit yang lebih merendah diri dan berpijak di bumi nyata.

PENGAJARAN

Barangkali kisah ais krim Gari Gari Kun keluaran Syarikat Akagi Nyugyo ini boleh dijadikan pengajaran buat kita daripada berterusan mencemuh atau memberikan idea penambahbaikan kepada mereka yang tidak mahu mendengarnya.

Sekadar perkongsian dari kejauhan.

Sayonara! Sampai jumpa lagi.

Tuesday, October 20, 2015

'Irasshaimase' Amalan Usahawan Jepun

Irasshaimase Amalan Usahawan Jepun
'Irasshaimase' Amalan Usahawan Jepun

PENGENALAN

Apabila kita melangkah masuk ke kedai-kedai mahupun pasaraya di Jepun seringkali kita akan terdengar sapaan “Irasshaimase” daripada para pekerja di kedai tersebut. Peringkat permulaan saya langsung tidak mengerti maksud sapaan mahupun istilah ini. Saya sangat pasti yang sapaan tersebut merujuk kepada saya sebagai pelanggan. Begitu mesra dan terasa sangat dihargai kehadiran saya. Bukan sahaja kepada saya sebagai gaijin (orang luar). Malah, sapaan tersebut sering diberikan kepada semua orang yang masuk ke kedai dan berterusan setiap kali kita berselisih dengan pekerja yang lain. Rupa-rupanya maksud “irasshaimase” merujuk kepada “selamat datang ke kedai (tempat) kami” dan saya begitu teruja bila disapa sedemikian. Terasa kehadiran kita seakan sangat dihargai.

Kembara Usahawan Muka Surat 1 (Majalah HALUAN)
Kembara Usahawan Muka Surat 1 (Majalah HALUAN)

IRASSHAIMASE

Saya yakin sapaan “selamat datang ke kedai kami” turut dipraktikkan di Malaysia. Namun, di Jepun hampir semua kedai sama ada kecil mahupun besar dan pasaraya yang pernah saya kunjungi di sini akan memberikan sapaan “irasshimase” dengan penuh senyuman dan kemesraan. Inilah sikap yang perlu ada dan boleh diterapkan kepada setiap usahawan mahupun para pekerja yang membawa nama perniagaan seseorang usahawan. Bila disapa dengan mesra, pastinya pelanggan akan merasa dihargai dan setiap individu merasa seronok bila dihargai.


MENGHARGAI PELANGGAN

Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan oleh seseorang usahawan dalam menzahirkan konsep ‘menghargai pelanggan’ dalam perniagaan mereka. Selain sikap mesra pelanggan seperti senyuman dan ucapan salam, usahawan boleh mempamerkan kesediaan dan kesungguhan untuk membantu pelanggan mereka. Sebagai contoh, saya suka melihat kesungguhan pekerja Jepun dalam membantu pelanggan mereka terutama apabila bertanya dan memerlukan pertolongan. Mereka akan berusaha menerangkan kepada kita walaupun kita tidak memahami bahasa mereka. Kebiasaannya, mereka akan membawa kita sehingga ke kedudukan barangan yang dicari. Paling mencuit hati, jika kita bertanyakan kedudukan tandas mereka akan menunjukkan kita sehingga sampai di pintu tandas. Situasi seperti ini biasa ditemui dan atas sebab itulah saya tidak terlalu kekok bila membeli-belah dan berada di Jepun walaupun sangat sedikit memahami bahasa mereka.

Kembara Usahawan Muka Surat 2 (Majalah HALUAN)
Kembara Usahawan Muka Surat 2 (Majalah HALUAN)

MERUNTUN HATI PELANGGAN

Persaingan dalam perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selain memberikan tumpuan kepada aspek produk mahupun perkhidmatan, seseorang usahawan sangat perlu untuk menumpukan perhatian kepada strategi yang berupaya meruntun hati pelanggan mereka. Jika pelanggan berpuas hati, pastinya mereka akan berterusan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, sikap mesra dan menghargai pelanggan berupaya menjadi strategi perniagaan yang sangat bermakna dalam membezakan sesebuah perniagaan seseorang usahawan dengan usahawan yang lain. Semoga amalan yang sedikit ini dapat diterapkan dan diamalkan dalam setiap diri usahawan. Jika ini diamalkan saya yakin bukan hanya pelanggan yang seronok untuk ke premis kita malah kita turut teruja sebagai usahawan. Sayonara dan salam usahawan  dari bumi sakura! 

Muka Hadapan Majalah HALUAN
Muka Hadapan Majalah HALUAN

Sunday, September 13, 2015

Usahawan Jepun Selepas Tsunami

USAHAWAN

Ramai yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dan berminat untuk menjadikan 'usahawan' sebagai kerjaya pada masa hadapan. Namun, ramai yang takut mencuba dan takut juga untuk menghadapi kegagalan. Hakikatnya, kebanyakan usahawan yang berjaya pada masa sekarang merupakan mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam perjalanan kehidupan mereka sebagai seorang usahawan. Benarlah, perjalanan seorang usahawan bukanlah seindah dan semudah apa yang disangka. Di sebalik kejayaan yang mereka kecapi, perlu juga kita menyelami 'mehnah dan tribulasi' sebenar yang telah dihadapi sebelum mereka kelihatan berjaya pada masa kini. 

USAHAWAN ONAGAWA, JEPUN

Ada rakan yang saya kenali peringkat awal menjalankan perniagaan dengan baik sekali tanpa ada halangan yang besar. Namun, kejayaan dan kesenangan yang dimiliki menjadi ujian buat dia dan keluarganya. Akhirnya, duit yang banyak hasil perniagaan tidak mampu menyelamatkan keluarga yang perjalanan yang dijalankan selama ini. Begitu juga terdapat rakan saya yang setelah 10 tahun lebih menjalankan perniagaan, barulah boleh menarik nafas lega setelah banyak duit simpanan dan rumah pertama terpaksa dijual untuk terus bertahan dalam perniagaan yang dibina. Kini, beliau memulakan hidup baru dan kian giat mengumpul harta serta mengembangkan perniagaan yang dimiliki. Setiap individu mahupun usahawan turut diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza. 

USAHAWAN ONAGAWA

Saya berkesempatan ke Onagawa, Jepun untuk melihat sendiri bagaimana usahawan di sini bangkit semula daripada 'zero' setelah perniagaan, harta benda bahkan ahli keluarga hilang dan tenggelam bersama arus tsunami. Seorang rakan saya merasakan ujian yang dihadapinya sebagai seorang usahawan begitu besar buatnya. Saya ingatkan bagaimana pula nasib usahawan Onagawa yang boleh diibaratkan sebagai kerugian sepenuhnya (total loss). Semoga catatan ini boleh menyelami sendiri kepayahan mereka untuk bangkit semula selepas tsunami. Banyak yang ingin dikongsikan, buat sementara ini ikuti perkongsian "Usahawan Jepun Selepas Tsunami" di Majalah Haluan, Edisi 8. 

Semoga bermanfaat. 

Halaman 1 (Kembara Usahawan)

Halaman 2 (Kembara Usahawan)
Muka Hadapan (Majalah HALUAN, Edisi 8)

Monday, June 29, 2015

5 Teknik Timba Kemahiran Berniaga

Anda berminat untuk menjadi usahawan? Namun, tiada langsung kemahiran dan pengalaman untuk berniaga. Jangan risau dan juga jangan sesekali pendamkan hasrat anda untuk menjadi seorang usahawan. Ada cara dan kaedahnya untuk dijadikan panduan. Bak kata pepatah, "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Jika kita tidak mampu tetapi ada kemahuan, maka belajar dan berusahalah. Allah pasti akan membantu dan menunjukkan jalan pada hambaNya yang suka dan tidak pernah putus asa untuk berusaha, InsyaAllah. 

Berikut 5 Teknik Timba Kemahiran Berniaga yang boleh dijadikan panduan. Artikel ini pernah saya kongsikan dalam Majalah HALUAN No. 6. Semoga bermanfaat. 

Halaman 1
Halaman 2

5 Perkara Berkisar Usahawan

Seringkali kita digambarkan seseorang usahawan merupakan mereka yang berjaya dengan dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Ia mudah di lihat terutama dalam drama-drama di televisyen. Bukan itu sahaja, bagi menarik seseorang terlibat sama dalam skim-skim pelaburan mahupun perniagaan yang boleh diklasifikasikan 'tidak jelas', kemewahan seseorang usahawan yang berjaya juga dijadikan sebagai modal pemasaran. 

Tidak dinafikan ramai golongan korporat dan mereka yang diklasifikasi sebagai kaya adalah terdiri daripada ahli perniagaan atau bergelar usahawan. Namun, perlulah disedari kejayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh seseorang usahawan bukanlah semudah yang disangka. Berikut dikongsikan 5 Perkara Berkisar Usahawan yang boleh dijadikan panduan. Artikel ini pernah dikongsikan di dalam Majalah HALUAN keluaran No.7. Semoga ia bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat semua. 

Halaman 1



Halaman 2

Friday, May 29, 2015

Nasihat 'Usahawan Muslim' Di Jepun



LELONGAN KERETA DI JEPUN

Tempohari berkesempatan berkenalan dengan penjual kereta lelong warga Pakistan yang telah menjalankan perniagaan kereta di Jepun. Kagum dengan sifatnya yang menjalankan perniagaannya dengan akhlak yang baik di samping mewakafkan tanahnya untuk didirikan sebuah masjid bagi menghidupkan majlis-majlis ilmu di kawasan tersebut.


Teringat pertama kali pengalaman kami membeli kereta lelong dengan beliau bagi KEPERLUAN rakan kami yang baru tiba di sini. Sebaik sahaja kami menang kereta yang dihajati tanpa sebarang bayaran beliau mengarahkan kami untuk membawa balik kereta tersebut. Pembayaran dan urusan dokumentasi kereta boleh dibuat pada bila-bila masa kami lapang. Setiap kali kami berurusan, beliau akan mengajak kami untuk mendengar majlis ilmu dan solat isyak berjemaah di samping dijamu 'kari kambing' dicecah dengan 'roti arab'. Satu kenangan manis berurusan di negara orang dan melihat sendiri konsep berniaga atas dasar jujur, percaya dan tawakkal 100%. 

NASIHAT PENJUAL KERETA


Bila bersama dengan usahawan seperti beliau, suka saya bertanya soalan-soalan berkaitan perniagaan dan meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia keusahawanan ini. Pastinya ada pengalaman yang berbeza khususnya dalam menjalankan perniagaan di negara asing seperti Jepun ini. Umumnya, kesemua usahawan yang pernah saya jumpa akan menceritakan pengalaman susah di saat mula-mula menjalankan perniagaan. Begitu juga pengalaman beliau lebih 10 tahun menjalankan perniagaan kereta di Jepun telah melihat pelbagai kerenah manusia. Secara umum, beliau berkata manusia tidak akan puas dengan apa yang dimiliki jika KEMAHUAN didahulukan dan KEPERLUAN diletakkan di tepi.

Satu tip yang menarik beliau kongsikan adalah jika mahu berbelanja sepuasnya mengikut KEMAHUAN, boleh dengan syarat belilah secara TUNAI. Lebih baik lagi jika bayaran bagi memenuhi KEMAHUAN tersebut sepenuhnya dibayar daripada PENDAPATAN PASIF tanpa perlu kita kerja seteruknya. Sebagai contoh, hasil sewaan tanah, rumah, penulisan buku, jualan e-book, perniagaan yang dijalankan oleh orang lain dan sebagainya. Pastikan ia daripada pendapatan berterusan tanpa perlu kerja teruk secara berterusan. 

CERDIK

Beliau turut berpesan, "kehidupan bermewah-mewah dengan BERHUTANG dan dengan BEKERJA SETERUK-TERUKNYA bukanlah cara yang CERDIK untuk menikmati nikmat kehidupan di dunia ini. Tanah luas beliau miliki di sini dan masih belum diterokai serta masjid yang tersergam indah di bumi asing ini mengingatkan saya kisah ketika Abdullah bin Umar radhiallahu ketika sedang duduk berehat disisi Rasullulah SAW lalu datang seorang lelaki yang memberi salam dan bertanyakan kepada Rasullulah SAW:

"Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman? 

Rasullulah SAW menjawab:

"Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman adalah mereka yang berakhlak mulia."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

"Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?"

Lantas Nabi SAW menjawab:

"Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati". 

SEMAK SEMULA



Semak semula ke mana kita membelanjakan harta-harta yang dimiliki. Adakah harta yang dimiliki hanya memenuhi KEMAHUAN dan bukannya KEPERLUAN? Tidak salah berbelanja jika kita benar-benar BERKEMAMPUAN. Namun, adakah kita termasuk dalam golongan yang CERDIK berbelanja di dunia dan juga CERDIK sepertimana yang digambarkan oleh Rasullulah SAW. Bagaimana persiapan kita dalam menghadapi destinasi yang abadi iaitu akhirat nanti. 

Peringatan buat diri sendiri dan mereka yang sudi singgah di blog ini. Salam perkenalan dan salam hormat!

Monday, May 18, 2015

5 Teknik Menimba Kemahiran Berniaga


MENJADI USAHAWAN

Anda berminat untuk menjadi usahawan. Namun, langsung tiada sebarang kemahiran untuk berniaga. Jangan risau! Ada cara dan kaedahnya untuk dijadikan panduan. Bak kata pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Jika kita rasa tidak mampu tetapi ada kemahuan, maka belajar dan berusahalah, Allah pasti akan membantu dan menunjukkan jalan pada hamba-Nya yang suka berusaha, Insya-Allah. Berikut 5 Teknik Timba Kemahiran Berniaga.


TEKNIK 1: MULAKAN PERNIAGAAN

Mereka yang berminat untuk menjadi seorang usahawan tidak hanya cukup dengan ilmu perniagaan. Ini kerana ramai graduan di dalam bidang perniagaan yang masih di luar sana tidak memulakan perniagaan atau menjadi usahawan. Oleh demikian, apabila seseorang telah mempunyai minat untuk menjadi usahawan perlulah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Pendedahan awal dalam mengendalikan perniagaan akan memberikan kefahaman sebenar tentang dunia realiti sesebuah perniagaan.

TEKNIK 2:  LIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM

Program keusahawanan kini telah menjadi agenda nasional. Malah di IPT dan juga di sekolah-sekolah pelbagai program yang menjurus ke arah perniagaan dan keusahawanan turut diadakan. Oleh itu, dalam menimba kemahiran berniaga perlulah seseorang melibatkan diri dalam program seperti seminar, bengkel, kelas dan pelbagai lagi bagi meningkat pengetahuan serta kemahiran. Ini secara tidak langsung, memberikan pendedahan dan kemahiran baharu kepada para peserta khususnya kemahiran dalam berniaga. 

TEKNIK 3:  BERGAUL DENGAN USAHAWAN
Banyak mehnah dan tribulasi sebagai seorang usahawan. Perjalanan sebagai seorang usahawan tidaklah semudah yang kita sangka. Oleh itu, bagi menimba kemahiran berniaga adalah sangat digalakkan untuk kita bergaul dengan ramai orang khususnya mereka yang bergelar ahli perniagaan atau usahawan. Melalui pergaulan, kita akan belajar daripada pengalaman mereka yang pernah melalui perjalanan sebagai seorang usahawan. Kita juga berpeluang menemui mentor yang boleh berkongsi tip atau membimbing kita untuk menjadi usahawan yang berjaya kelak. Selain itu, kita juga boleh memperluaskan jaringan perniagaan kita kelak.

TEKNIK 4:  BINA PERNIAGAAN DARIPADA KEMAHIRAN


Baru-baru ini saya telah menggunakan perkhidmatan menterjemah bahan kajian saya daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa English. Tanpa disangka, iklan di internet mengenai perkhidmatan menterjemah merupakan syarikat yang dimiliki oleh salah seorang bekas pelajar saya dahulu. Beliau sendiri memperkenalkan diri dan memaklumkan saya yang beliau merupakan bekas pelajar saya. Sebagai menghargai saya sebagai pensyarah, beliau telah memberikan saya diskaun sebanyak 80%. Saya hanya perlu bayar RM560 bagi perkhidmatan yang ditawarkan hanya dari rumah. Oleh itu, bagi menimba kemahiran berniaga anda boleh bina perniagaan melalui kemahiran yang kita miliki.

TEKNIK 5:  MEMBACA DAN TINGKATKAN ILMU

Perlu disedari pendekatan perniagaan juga senantiasa berubah mengikut masa. Sebagai contoh, dahulu agar sukar untuk kita memahami pendekatan perniagaan yang hanya dari rumah dan menggunakan internet. Kini pendekatan tersebut telah menjadi perkara biasa malah ada yang menggunakan laman sosial seperti facebook untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, bagi menimba ilmu berniaga seseorang itu perlulah rajin membaca bagi meningkatkan ilmu keusahawanan. Banyak blog, rencana, buku-buku dan bahan bacaan sama ada yang perlu dibeli atau boleh didapati secara percuma melalui internet. Pendekatan ini tidak dinafikan akan turut membantu kita dalam menimba kemahiran berniaga. 

***Penulisan ini pernah diterbitkan dalam Majalah HALUAN. 

Hutang dan Panas

Hutang dan Panas
Hutang dan Panas

GROUP WHATSAPP

Pagi tadi saya telah menerima pesanan dalam salah satu group WhatsApp dari rakan-rakan di tanahair. Walaupun berada di kejauhan group-group ini masih aktif dalam memastikan kami di sini tidak ketinggalan dengan maklumat terkini di Malaysia. Sebagai contoh, group Taman, Tempat Kerja, Surau dan sebagainya dapatlah serba sedikit mengurangkan kerinduan kami di sana. 

PERKONGSIAN MENARIK 

Saya tertarik dengan dengan satu perkongsian yang sangat menarik dan boleh dikongsikan bersama agar menjadi panduan kepada kita semua. Saya begitu tertarik dengan cerita ini kerana ia bukan hanya berkaitan dengan aspek keusahawanan dan perniagaan, bahkan turut 'memandu' kita dalam kehidupan seharian. 

HASSAN AL-BASRI

Kisah ini berkaitan Hassan Al-Basri yang merupakan seorang ulama dan terkenal sebagai ahli perniagaan. Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil ke dua-dua anak lelakinya dan lalu berpesan:

"Apabila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kami hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma 2 perkara ayah ingin berpesan. Pertama, bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. Kedua, bila kamu berniaga, jangan kena matahari". 
Itulah pesanan Hassan Al-Basri kepada kedua-dua anaknya sebelum beliau meninggal dunia dan kedua-dua anaknya mendengar dengan baik dan berazam untuk mengikut pesanan ayahanda mereka. 

MASA BERLALU

Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala, perniagaan si abang semakin maju dan terus maju. Pada suatu hari, si ibu (balu Hassan Al-Basri) memanggil anaknya (si adik) dan lalu bertanya:

Si Ibu: Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?

Jawab si adik: Saya ikut pesanan ayah. 

Si Ibu: Apa pesanan ayahmu adik?

Jawab si adik: Ayah berpesan, sekiranya berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya tidak pernah saya meminta bayaran. Kalau mereka ingin bayar, mereka bayar. Namun, jika mereka tidak bayar, saya tidak akan kutip bayaran daripada mereka. Ayah berpesan lagi, kalau berniaga janganlah kena matahari. Jadi saya kalau ke mana-mana mesti membawa payung. Oleh itu, saya tidak terkena matahari sebagaimana pesanan ayah. 

JAWAPAN BERBEZA

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula dan lalu bertanya. 

Si Ibu: Wahai abang, ibu lihat perniagaan kamu semakin hari semakin maju, apakah yang telah kamu lakukan?

Jawab si abang: Saya ikut pesanan ayah.

Si Ibu: Apa pesanan ayahmu anak?

Jawab si anak: Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua jualan saya dijual dengan cara tunai tiada hutang. Atas sebab itu, tiada orang yang berhutang dengan saya. Saya ikut pesanan ayah dan saya tidak perlu kutip hutang dengan membuat jualan dalam bentuk bayaran tunai. Kedua, ayah juga berpesan agar jangan kena matahari. Oleh itu, saya keluar ke kedai awal pagi selepas waktu subuh. Selepas waktu subuh, saya tidak tidur dan terus ke kedai. Di kala waktu malam baru saya pulang ke rumah. Oleh demikian, saya tidak terkena matahari. 

PENGAJARAN

Berdasarkan kisah tersebut, perbezaan seseorang melihat dan mentafsir dari sudut pandangan yang berbeza turut mempengaruhi serta menjadikan arah hidup seseorang turut berbeza. Sebagai contoh, jika kita beranggapan beribadah hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, dikhuatiri nanti kita akan meninggalkan kewajipan untuk mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya. Begitulah juga dalam aspek pengurusan kewangan, jika memilih hidup di bawah kemampuan dan ke arah menjana aset dan bukannya hutang. Maka, segala pengorbanan dan usaha yang dibuat untuk kebaikan diri dan keluarga pada masa hadapan. Cara kita berfikir dan mentafsir sesuatu juga mempengaruhi hala tuju kehidupan kita secara langsung. 

CARILAH GURU DAN ILMU

Oleh itu, belajarlah dengan ramai guru dan banyakkanlah membaca untuk menambahkan ilmu dan jangan lupa mintalah petunjuk daripada Allah SWT. Mohon juga padaNya agar dibimbing kehidupan kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik serta hidayahNya kepada kita semua. Mudah-mudahan dengan kefahaman yang betul, kita dimuliakan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. Rasullulah SAW pernah bersabda: 
"Sesiapa yang Allah SWT mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan pada agamanya dengan sebenar-benar kefahaman".
Maklumat asal daripada:

Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
Persona D'Zahrah
IKIMfm. 

Sunday, April 26, 2015

Kisah 'Ichigo': Menabung atau Melabur?

Kisah 'Ichigo': Menabung atau Melabur?
Kisah 'Ichigo': Menabung atau Melabur?


MENABUNG DAN MELABUR

Hari ini berkesempatan membawa keluarga untuk bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia di Tohoku University, Jepun ke Berry Very Labo di Inami Yamadera, Sendai. Disini kami menimba pengalaman memetik sendiri buah strawberi (ichigo). Setiap pengunjung diberikan masa 30 minit untuk memetik sendiri dan makan sepuasnya kesemua strawberi yang terdapat di sini. Bila melihat strategi yang dilakukan oleh pemilik ladang strawberi ini, saya melihat beliau menggunakan kedua-dua strategi iaitu 'menabung' dan juga 'melabur'. 

BIJAK MENABUNG DAN MELABUR 

Apabila keluarga kami perlu membayar sebanyak 6500 yen (5 orang) saya mula membuat 'kira-kira'. Jika setiap orang membayar 1300 yen seorang, maka rakyat Malaysia sahaja telah menyumbang sebanyak 52,000 yen (1,300 yen x 40 orang = 52,000 yen). Nilai ini bersamaan hampir RM1563.46 nilai semasa pada 26 April 2015. Hanya dalam masa 30 minit, pemilik ladang ini boleh menjana sebanyak RM1563.46 kerana setiap orang diberi masa 30 minit di dalam ladang dan tidak dibenarkan membawa pulang buah strawberi tersebut. Dalam bahasa yang mudah, setiap 30 minit, setiap orang akan memberikan pulangan sebanyak 1300 yen kepada pemilik ladang. Kombinasi strategi 'menabung' dan 'melabur' yang bijak!

4 PELAJARAN ASAS 'MENABUNG' DAN 'MELABUR'

Terdapat 4 Pelajaran Asas yang boleh dipelajari daripada pemilik ladang strawberi ini:

PELAJARAN ASAS #1 - UTAMAKAN MENABUNG

Menyedari bahawa pada musim bunga (spring) ladang beliau akan menjadi tumpuan dan tarikan, maka strategi yang dilakukan oleh beliau menjurus kepada menabung sebanyak mungkin. Beliau menggunakan strategi peletakan harga yang berbeza bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Ini bagi mengalakkan pelanggan datang dalam bilangan yang ramai bagi mendapat diskaun. Maka, lebih ramai yang datang dalam tempoh musim bunga ini, lebih banyaklah dia boleh menabung.

Di dalam asas pengurusan kewangan, yang paling utama adalah amalan menabung atau membuat simpanan. Berdasarkan pembacaan, ramai pakar dan penulis-penulis buku berkaitan pengurusan kewangan bersetuju bahawa amalan menabung menjadi perkara yang paling utama. Dicadangkan sekurang-kurangnya 10% daripada sumber pendapatan atau gaji yang kita perolehi setiap bulan untuk dijadikan tabungan.

PELAJARAN ASAS #2 - KONSEP 'PENGASINGAN'

Tanah untuk ladang ini agak besar. Namun, kelihatan penanaman strawberi disini seakan menggunakan teknik 'green house'. Ini kerana, kumpulan kami dibahagikan kepada beberapa 'rumah strawberi'. Oleh itu, setiap 'green house' dapat dikawal dalam kumpulan yang kecil. Mudah bagi penjaga di setiap 'green house' untuk memantau dan memastikan setiap pelanggan yang datang hanya berada dalam tempoh 30 minit dan tidak membawa pulang buah strawberi.

Samalah dalam pengurusan kewangan, duit simpanan sepatutnya tidak boleh berada dalam akuan bank yang sama. Sebagai contoh, jika gaji bulanan menggunakan akaun Bank A, maka simpanan perlu diasingkan. Dicadangkan untuk menabung di Tabung Haji atau ASB. Sebaiknya juga akaun Tabung Haji tidak diaktifkan perkhidmatan ATM kerana dikhuatiri akaun tersebut turut menjadi mangsa penyakit 'gatal tangan'. Teknik menabung yang paling baik adalah asingkan dulu 10% dan selebihnya baru dijadikan perbelanjaan bulanan. Sebagai panduan, boleh juga perkongsian saya 5 CARA SIMPANAN TIDAK 'TERUSIK'. 

PELAJARAN ASAS #3 - PERSEDIAAN KECEMASAN

Saya dimaklumkan, musim sejuk (winter) yang baru berlalu di Sendai tidak sesejuk sepertimana tahun lepas. Begitu juga suasana musim bunga (spring) pada kali ini tidak sedingin pada tahun lepas. Sebab itu saya percaya, hasil jualan tiket yang diperolehi oleh pemilik ladang strawberi ini akan digunakan bagi menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu. Pemilik ladang yang berpengalaman akan bersedia dengan 'Dana Kecemasan' untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku.

Samalah dalam kehidupan kita, ada kala kita berasa senang dan ada kala kita diuji. Ada masa, perbelanjaan kita sebulan kurang daripada bulan sebelum ini. Ada kala juga kita terbelanja lebih tanpa kita jangkakan. Lebih mendukacitakan apabila kita ditimba musibah atau ujian sehingga memerlukan kita menyediakan kewangan yang besar. Atas sebab itulah perlu adanya 'Dana Kecemasan' dan ramai mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan mencadangkan sekurang-kurangnya mempunyai dana ini menyamai 6 bulan. Sebagai contoh, jika gaji sebulan RM3000 maka dana kecemasan yang perlu ada adalah sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18,000. Lagi banyak dana simpanan yang dimiliki, lebih baik. Bukan itu sahaja, lebih banyak dimiliki, lebih 'mendamaikan' fikiran seseorang itu. Bacalah buku hasil tulisan Azizi Ali, Robert T.Kiyosaki, Hajah Rohani dan tidak lupa juga buku tulisan sahabat saya Mohd Zulkifli Shafie yang turut memperkenalkan saya dengan konsep simpanan dan pelaburan emas. Tahniah juga saya ucapkan untuk penerbitan buku beliau yang bertajuk 'Zero Hutang'. Maklumat lanjut buku tersebut di http://www.mohdzulkifli.com/zero-hutang.

'Zero Hutang' buku tulisan Mohd Zulkifli Shafie
'Zero Hutang' buku tulisan Mohd Zulkifli Shafie

PELAJARAN ASAS #4 - KEPELBAGAIAN PELABURAN

Berhampiran ladang strawberi ini terdapat sebuah 'cafe' yang menjual makanan dan hasil daripada strawberi. Pemilik ladang menyedari, buah strawberi tidak boleh bertahan lama. Maka beliau menggunakan strategi dengan mempelbagaikan pelaburan. Tanah yang dimiliki, digunakan sebaik mungkin secara optimum. Bukan hanya ladang, malah turut digunakan sebagai 'cafe' bagi menjana keuntungan lain. Terdapat juga produk-produk yang dihasilkan oleh pemilik ladang atau melalui pembekal yang lain turut diluar disini.

Selain konsisten dalam menabung, seseorang juga perlu belajar untuk menjana lebih keuntungan atau lebih kenali sebagai pelaburan. Saya ingin mencadangkan untuk melabur dahulu dalam ILMU melalui pembelian buku-buku berkaitan pengurusan kewangan. Ini bagi memastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan. Ada mereka yang berminat dalam pelaburan hartanah, ada yang cenderung kepada saham dan pelbagai lagi. Boleh juga baca 2 perkongsian saya sebelum ini, LEBIH BAIK 'LABUR' DARIPADA 'LEBUR' dan 8 STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN GRADUAN MUSLIM. 

MENABUNG DAN MELABUR EMAS

Oleh kerana saya kini berada di kejauhan, saya merasakan nasihat sahabat saya Mohd Zulkifli untuk menjadikan EMAS sebagai simpanan dan pelaburan lebih praktikal. Saya anggap, beliau sebagai guru saya dalam SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS ini. Jika saya ada kemusykilan, mudah bagi saya bertanya terus kepada beliau. Akhir kata, carilah guru/ sifu/ ustaz/ cikgu/ murabbi untuk mengajar dalam apa bidang yang kita inginkan. Pengalaman dan ilmu mereka miliki ini juga berupaya mengurangkan risiko kita dalam sesuatu pelaburan.

Sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman bersama anak-anak yang teruja memetik dan makan sepuasnya ichigo (strawberi). Semoga bermanfaat!

Tuesday, April 21, 2015

7 Nasihat 'Rich Dad Poor Dad'

Buku 'Rich Dad, Poor Dad'
Buku 'Rich Dad, Poor Dad'

Pagi ini saya sempat membaca satu artikel yang bertajuk Gold & Silver To Hit New Highs: Rich Dad Poor Dad Author. Walaupun artikel ini telah dikeluarkan agak lama (2013), tapi persoalan dan maklumat dalam artikel tersebut dilihat boleh digunakan sebagai panduan dalam pengurusan kewangan. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad beliau sering diajukan soalan seperti dibawah:

"I have $10,000.....what should I invest in?"

Saya bersetuju dengan jawapan beliau bahawa adalah agak sukar untuk memberikan jawapan yang standard bagi semua orang kerana kedudukan kewangan setiap orang berbeza di antara satu dengan yang lain. Ia seperti membaca transkrip jawapan pelajar bagi soalan esei. Bukan mudah seperti menanda dan memberikan markah bagi soalan betul/salah ataupun soalan bersifat aneka pilihan jawapan. Perlu difahami dan dibaca dengan teliti barulah diberikan markah. Begitu juga dalam mengetahui kedudukan kewangan mahupun tahap 'kesihatan' kewangan, perlu difahami dengan teliti dan hanya individu itu sendiri lebih memahami. 

Terdapat beberapa 7 NASIHAT penting yang boleh saya buat kesimpulan dalam artikel tersebut. Nasihat ini berdasarkan pandangan saya secara peribadi dan mungkin maksud asal yang ingin disampaikan dalam artikel tersebut sedikit berbeza.

NASIHAT #1 - MELABUR UNTUK ILMU

Sepertimana dalam artikel saya sebelum ini Lebih Baik 'Labur' Daripada 'Lebur', sebaik-baiknya laburkan dulu sedikit wang untuk ilmu pengurusan kewangan. Banyak buku-buku di pasaran dan blog-blog yang menulis tentang ilmu pengurusan kewangan. Fahami dulu konsep asas seperti simpanan, aset, liabiliti, perbelanjaan, pelaburan, pinjaman dan lain-lain. Jika konsep-konsep asas ini masih keliru, dikhuatiri kita melabur kerana 'terikut-ikut'. Sebagai langkah awal, boleh mulakan dengan membaca secara santai buku-buku, blog-blog mahupun artikel yang mudah dicapai melalui internet dalam memantapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan. Jika saya diberi pilihan, saya lebih suka membaca buku (hardcopy) berbanding (softcopy). 

NASIHAT #2 - MELABUR PERSIS 'USAHAWAN'

Seseorang usahawan apabila memulakan perniagaan pastinya memerlukan strategi. Paling asas, strategi pemasaran 4 P's akan diguna pakai sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, berniaga perlu ada PRODUCT (Produk) tidak kira sama produk atau perkhidmatan kerana kedua-dua merupakan produk yang akan dijual. Kedua PRICE (Harga), penetapan strategi harga akan di kaji terlebih dahulu dalam memastikan mendapat untung dan bukannya mengundang kerugian. Ketiga PLACE (Tempat), merujuk kepada dimana produk tersebut akan dijual atau dipasarkan. Pemilihan lokasi ini perlu diambil kira bagi memastikan produk yang ingin dijual dan harga yang ditetapkan sentiasa berterusan mendapat pemintaan. Terakhir, PROMOTION (Promosi) perlu dalam membezakan produk yang ditawarkan dengan pesaing yang lain serta meningkatkan jualan. Maka, sama juga seperti pelaburan memerlukan strategi. Faham dulu matlamat kewangan dan bertindaklah dalam pelaburan persis seorang 'Usahawan' dalam mengatur strategi perancangan kewangan. 

NASIHAT #3 - PELBAGAIKAN PELABURAN

Bila sudah faham konsep-konsep asas dalam pengurusan kewangan maka kita boleh mempelbagaikan jenis pelaburan. Ada yang melabur dalam hartanah, amanah saham, IPO, emas dan lain-lain. Kepelbagaian dalam pelaburan mengurangkan risiko dalam pelaburan. 

NASIHAT #4 - MULAKAN MODAL KECIL


Jangan terlalu ghairah dan 'tamak' dalam membuat pelaburan. Mulakan modal yang kecil. Sebagai contoh, pelaburan emas melalui Gold Accumulation Program (GAP) yang diperkenalkan oleh Public Gold dilihat boleh dijadikan sebagai permulaan untuk berjinak-jinak dalam pelaburan emas secara kecil-kecilan. Boleh juga beli mana-mana emas tulen yang dapat disimpan di tangan. Ini bagi memastikan duit lebihan tidak 'terbeli' barang-barang yang tidak diperlukan. Maka, kebocoran wang boleh dielakkan. 

NASIHAT #5 - EMAS 'PELINDUNG KEKAYAAN'

Emas boleh dijadikan sebagai Wealth Protection (Pelindung Kekayaan). Ini kerana, menurut beliau sifat emas yang harganya naik dalam tempoh yang panjang boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk menyimpan dan 'pelindung kekayaaan'. Hasil keuntungan daripada simpanan emas boleh dijadikan modal untuk membeli aset lain seperti hartanah pada masa hadapan.

Didalam artikel tersebut, Robert Kiyosaki juga menggambarkan 3 kumpulan manusia. Saya permudahkan dalam konsep yang saya fahami iaitu:

Kumpulan #1 - Minda 'Miskin'
Kumpulan #2 - Minda 'Pertengahan'
Kumpulan #3 - Minda 'Kaya'

Boleh merujuk artikel tersebut untuk memahami lebih mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh beliau. Barangkali akan datang saya akan menulis tajuk spesifik berkaitan pemahaman saya terhadap 3 Kumpulan Manusia yang digambarkan oleh beliau. 

NASIHAT #6 - BERGURU

Nasihat Rich Dad, Poor Dad
Anisah Humairah mengangkat tangan menjawab soalan. 
Robert Kiyosaki juga turut menceritakan bahawa beliau mempunyai rakan-rakan dalam sesuatu bidang pelaburan yang beliau terlibat. Sebagai contoh, beliau menyebut dalam artikel tersebut nama-nama seperti Ken McElroy sebagai rakan dalam bidang hartanah (real estate), Blair Singer rakan lama dan baik dalam perniagaan dan mengajar beliau dalam aspek jualan, Tom Wheelwright yang juga rakan dan penasihat dalam aspek cukai, Jim Roger rakan dalam bidang komoditi dan ramai lagi mereka yang pakar dalam bidang mereka di jadikan rakan atau guru dalam aspek pengurusan kewangan ini. Maka, bergurulah dengan banyakkan bertanya bagi mendapatkan panduan dalam menguruskan kewangan. 

NASIHAT #7 - JADILAH USAHAWAN

Akhir sekali, beliau turut mencadangkan untuk menceburkan diri dalam dunia 'Keusahawanan'. Boleh memulakan sesebuah perniagaan secara kecil-kecilan dan 'suka-suka'. Saya suka tengok bekas pelajar-pelajar saya yang menggunakan laman sosial untuk memulakan perniagaan. Barangkali artikel Mulakan Secara Kecil-Kecilan yang pernah diterbitkan dalam Majalah HALUAN dapat memberikan idea kepada anda bagi memulakan sesebuah perniagaan.  

Kesimpulan, pandangan Robert Kiyosaki dalam artikel tersebut boleh memberikan pemahaman awal jika seseorang ingin berjinak-jinak dalam pelaburan. Saya sendiri, berhasrat untuk membaca bahan-bahan berkaitan pengurusan kewangan di kala penat membaca artikel dan memahami penyelidikan saya di sini. Bagi saya, bacaan pengurusan kewangan ini boleh dijadikan bahan bacaan santai di kala keletihan seharian di lab mahupun di perpustakaan. Begitu juga dalam penulisan blog, bagi saya ia boleh menjadi terapi diri dalam mengajak diri saya untuk terus berfikir.

Ganbatte untuk diri sendiri!

Thursday, April 16, 2015

Kenapa Usahawan?

Teringat saya artikel pertama yang dikeluarkan oleh Majalah Haluan dalam mendidik dan memberikan inspirasi anak-anak muda melibatkan diri dalam dunia keusahawanan. Saya cuba mencari kelebihan sebagai seorang usahawan dalam memberikan inspirasi buat mereka yang berminat untuk berniaga. Secara umum terdapat 4 sebab kenapa usahawan juga boleh diletakkan sebagai kerjaya pilihan.  

Ramai juga rakan-rakan saya yang telah menceburkan diri dalam dunia keusahawanan ini sama ada secara sepenuh atau separuh masa. Pendekatan ini juga boleh memberikan pendapatan tambahan ataupun mewariskan sebuah empayar perniagaan untuk waris pada masa hadapan. Moga artikel yang pernah diterbitkan ini dapat memberikan inspirasi buat saya dan orang lain. Sekadar berkongsi pandangan. 

Dari Kecil-kecilan Menjadi Usahawan

Ramai mereka yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum menjadi usahawan. Jika kita rajin membaca latar-belakang dan sejarah seseorang usahawan, hampir kesemua mereka bermula dari bawah dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Melalui perniagaan kecil-kecilan inilah mereka merangkak dari satu langkah ke satu langkah dan kini mereka merupakan seorang usahawan yang berjaya. Jatuh dan bangun dalam perjalanan perniagaan ini mendewasakan mereka.

Sebagai permulaan, mulakanlah dengan perniagaan kecil-kecil dan perjalanan ini pastinya mendewasakan seseorang itu sebelum dia bergelar usahawan berjaya di suatu hari nanti.  Berikut artikel saya dalam Majalah Haluan sebelum ini. Semoga boleh memberikan inspirasi buat diri saya dan yang lain. 


Mulakan Secara Kecil-Kecilan

Ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Sudah ramai juga saya lihat pelajar dan bekas pelajar saya yang melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Tidak kurang juga berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah simpanan mereka. Mereka yang masih tercari-cari peluang untuk memulakan perniagaan, artikel ini barangkali boleh memberikan idea. Rindu lama tak memegang naskah Majalah Haluan. 

Halaman 1
Halaman 2

5 Tanggapan Salah Terhadap Kerjaya Usahawan

Rindu dengan Majalah Haluan, lantas teringat artikel yang pernah diterbitkan dalam Majalah Haluan sebelum ini. Secara ringkas terdapat 5 tanggapan yang salah terhadap kerja sebagai seorang usahawan.

1.  Pilihan Terakhir dan Ketinggalan Dalam Akademik.
2.  Lahir Sebagai Seorang Usahawan.
3.  Usahawan Memerlukan Nasib Yang Baik.
4.  Usahawan Pengambil Risiko Yang Tinggi.
5.  Usahawan Selalu Gagal.

Thursday, September 18, 2014

Usahawan Asnaf Basmi Miskin Tegar


Sumber: Utusan Malaysia On-Line
Tuesday, May 22, 2007
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Zakat atau al-zakah dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Dari segi bahasa ia bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah baik, damai, sedekah dan terpuji. Malah, ia juga boleh diertikan sebagai membersihkan atau menyucikan seperti termaktub di dalam al-Quran, Kutiplah zakat daripada sebahagian kekayaan mereka, di mana dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka. (at-Taubah: 103)

Menurut istilah syarak pula, zakat ialah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk diserahkan kepada orang yang berhak. Selain itu, ia bererti mengeluarkan jumlah tertentu oleh diri sendiri kerana yang dikeluarkan itu akan menjadi bertambah banyak dan lebih bererti.

Ini bersamaan dengan pandangan Ibnu Taimiyyah yang menyatakan zakat dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan oleh pemberi zakat dan menjauhkan mereka daripada segala kerosakan sebagaimana katanya: “Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi.”

Zakat adalah rukun Islam ketiga yang memberi kesan secara langsung, bukan sahaja kepada hubungan antara manusia dengan Allah sebagai pencipta, malah hubungan manusia dengan sesama manusia. Malah, zakat sering dikaitkan dengan sembahyang seperti firman Allah: Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat ; dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. (al-Baqarah: 110)

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Isma Addi Jumbri, pengagihan zakat pada masa kini telah berkembang. Ia kini menggunakan pendekatan kontemporari dan bukan pengagihan bersifat material semata-mata.

Kini zakat dilihat mampu membangunkan golongan asnaf yang produktif dan berpotensi untuk dijana sebagai peniaga yang dikenali sebagai usahawan asnaf.

“Pendekatan ini diyakini dan bertepatan dengan konsep zakat yang sebenarnya iaitu membantu dan mengeluarkan golongan asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Ini kerana keusahawanan dilihat satu bidang yang terbuka luas khususnya dalam Malaysia menuju ke arah Hab Halal Dunia menjelang 2010 nanti,” jelasnya kepada MEGA baru-baru ini.

MEREALISASIKAN

Menurut Isma Addi, kehadiran usahawan asnaf ini bukan sahaja mengubah kehidupan mereka daripada penerima kepada pembayar zakat, malah turut berupaya merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar tidak ada golongan miskin tegar ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat negara maju.

Kejayaan Malaysia mengurangkan jumlah kemiskinan rakyat daripada 60 peratus kepada lima peratus dalam tempoh kurang 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Malaysia sebagai negara nombor satu dunia dalam usaha membasmi kemiskinan.

Sejarah Islam juga membuktikan pelaksanaan institusi dan sistem pengagihan zakat yang sistematik dan efektif mampu membasmi masalah kemiskinan.

Contohnya, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan pengawai untuk memungut zakat sehingga ke Afrika. Namun, apabila mencari orang fakir untuk dihulurkan bantuan zakat, mereka tidak menemuinya.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan kepada kita bahawa zakat berupaya memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membasmi kemiskinan yang melanda.

Menurut Isma Addi lagi, usahawan asnaf boleh didefinisikan sebagai individu yang melalui satu proses penciptaan usaha niaga, mampu memikul tugas, tanggungjawab dan mencuba sebagai peniaga yang dirangsang dengan dorongan dan bantuan daripada institusi zakat di Malaysia.

“Definisi ini merujuk individu kepada golongan asnaf zakat terutama mereka dalam kategori fakir, miskin dan mualaf yang miskin.

“Proses penciptaan usaha niaga merujuk kepada fasa atau peringkat tertentu yang perlu dilalui sebelum golongan ini menjadi usahawan dengan bantuan, dorongan dan bimbingan daripada institusi zakat negeri masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, kajian dan pemerhatian mendapati terdapat lima fasa yang perlu dilalui oleh seseorang asnaf sebelum mereka layak bergelar usahawan.

Pendekatan ini bagi memastikan golongan yang benar-benar layak, mampu dan berpotensi serta bersedia dipilih dan dijanakan untuk menjadi usahawan.

Katanya, Lima Fasa atau dikenali sebagai Model Pembangunan Usahawan Asnaf (MPUA) ini merangkumi fasa pendedahan, pendidikan, pelaksanaan, pemasaran dan pemantauan.

Tambah Isma Addi, Model MPUA-5P merupakan satu kaedah yang dilihat boleh menjadi panduan kepada institusi zakat dalam atau luar negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan asnaf.

“Menyedari bahawa tugas membangunkan usahawan di kalangan asnaf bukanlah satu tugas yang mudah, ia memerlukan komitmen dan penglibatan semua pihak,” katanya.

PERTAMA: FASA PENDEDAHAN

Fasa ini memberi pendedahan kepada golongan asnaf mengenai aktiviti, peluang keusahawanan yang terbuka luas dan juga motivasi keusahawanan yang berupaya menjana pendapatan golongan ini.

Malah terdapat di antara golongan ini yang telah keluar daripada kumpulan penerima zakat dan kini mampu hidup senang serta berupaya mengeluarkan zakat sama ada zakat pendapatan atau perniagaan.

Golongan asnaf ini perlu diberikan pendedahan bahawa keusahawanan bukan sahaja penyumbang kepada peningkatan per kapita, tetapi bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan sosio-ekonomi.

KEDUA: FASA PENDIDIKAN

Fasa ini menjurus kepada pendidikan keusahawanan. Pendekatan keilmuan dan pendidikan merupakan mekanisme yang paling berkesan bagi menerapkan budaya keusahawanan.

Pendidikan keusahawanan bukan sahaja sekadar proses penciptaan atau melahirkan usahawan, tetapi meliputi pendidikan berhubung dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk membolehkan seseorang individu merancang masa depan serta melengkapkan diri dalam kemahiran penyelesaian masalah.

KETIGA: FASA PELAKSANAAN

Fasa ini paling mencabar bagi golongan asnaf. Semasa mengikuti dan berada di fasa kedua, asnaf yang berpotensi dan produktif akan dikenal pasti untuk dipilih menjadi usahawan ataupun sebaliknya.

Golongan yang mampu menjadi usahawan asnaf, akan diberikan bantuan modal. Bantuan modal atau lebih dikenali sebagai pemberian modal merupakan mekanisme penting dalam merangsang dan menjana ekonomi asnaf ke arah menjadi usahawan dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bantuan kewangan berupa modal atau peralatan diberikan kepada golongan yang layak.

KEEMPAT: FASA PEMASARAN

Fasa yang dianggap penting bagi memastikan usaha membangunkan usahawan tidak terhenti di pertengahan.

Kebanyakan golongan asnaf yang telah dibangunkan berupaya dan mampu menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan setanding dengan yang lain.

KELIMA: FASA PEMANTAUAN

Fasa yang terakhir ini dikenali sebagai Pemantauan. Ia sangat ditekankan bagi memastikan usaha melahirkan lebih ramai usahawan serta mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan menjadi kenyataan.

Pendekatan dan perlaksanaan dalam melahirkan usahawan yang dikenali sebagai usahawan asnaf boleh diibaratkan seperti untuk membantu seseorang, jangan berikan ikan kepadanya, sebaliknya berilah pancing kerana ia lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Sunday, November 16, 2008

Small Business



Being labeled a “small business” may convey the impression that a business is unimportant and not valuable. But, are you realize among small businesses, there is great diversity in size. For instance, Pelita Nasi Kandar, one of the most popular “Mamak Restaurant” who offered Nasi Kandar to Malaysian especially at Penang. Even though, this restaurant some sort likes small business. But, they have a lot of branches around Penang and also Kuala LumpurBelieve or not? 

THE POWER OF 'SMALL BUSINESS'

A lot of economist agreed that small business has historically been the backbone of the economics success all around the world. Small business today continues to play a dominant role in the ability of the nation to quickly adapt and to make economic progress. The development of small business also helps drive the economic success of communities, regions, and entire states. As a result, civic leaders, increasingly look to small business as a means to promote economic strength. 

When small business exist at one area or location, this able generating new employment, providing a growing tax for the country and at last in also give the contribution to the country.. The success of this area will also encourage other areas to promote entrepreneurship and small business to a much greater degree. 

According to, Bamford and Bruton, 2005, small business also acts as a catalyst for the societal change in other ways as well. Small business also has the ability to garner profits in markets that have been ignored by large corporations. For example, the famous place especially in the mind of women at Negeri Sembilan is Nilai 3 and Nilai 1. This is because of Nlai 3 and Nilai 1 offered the varieties of fabric and also cloth. Why this place is very popular and a lot of visitor from others states come here especially in the weekend.

Are you believe? There also have package from tour agencies that offered Nilai 3 and Nilai 1 as one of the place to visit. As a result, the existence of Nilai 3 as a centre of fabric and cloth acts as a catalyst for societal change. For instance, it encourage their society to participate and involved in small business likes restaurants and also food stall.
Small business the urban area also meets the varied demands that face individuals in the society. 

For instance, small business in the new developed area also need small business such as retail shops, restaurants, tuitions center, car wash, car workshop, hardware shops and so on. I believe that starting a small business able to meet the needs and wants of the populations live in that area. I also believed that, large corporation may not able to do in order to meet the need and want of urban or new developed areas. So, entrepreneurs also helps to improve the lives of others people through the new products and services that they bring in the market. 
The owner of small business are also involves in donating substantial portions of their wealth to eminently worthy causes. For instance in Islam, Muslim have to pay their zakat called as “business zakat”. As a result, small business not only provides valuable benefits such as profit to the small business manager but also to the society. The development of one country also has the impact from the existence of small business. That’s the power of “Small Business”.
Tudung kanak-kanak