Dijangkiti 'Kutu Hutang' Spesis Baru |
BERMAIN 'KUTU'
Rasanya ramai yang pernah terlibat atau mempunyai pengalaman bermain 'kutu' atau juga dikenali sebagai bayaran komitmen bulanan yang dikongsi bersama rakan-rakan di tempat kerja mahupun di kawasan kejiranan. Ada yang melihat pendekatan bermain 'kutu' ini dapat mendisplinkan diri mereka untuk menyimpan dan ada juga yang menjadikan wang 'kutu' ini sebagai duit untuk melangsaikan bayaran atau hutang seperti cukai jalan dan takaful/ insurans kereta setiap tahun, dijadikan sebagai tabungan serta pelbagai lagi. Ia boleh diibaratkan seperti memberi pinjaman wang awal kepada ahli yang memerlukan. Pemberian duit 'kutu' tersebut biasanya mengikut giliran berdasarkan undian dan terdapat juga pemilihan giliran atas permintaan individu sendiri.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 |
AKTA KUTU
Apabila membicarakan tentang bermain 'kutu', saya teringat akan 'Akta Kutu' yang termaktub dalam Undang-Undang Malaysia. Masih teringat semasa belajar dahulu pernah didedahkan dengan AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 yang memberikan definasi 'kutu' merujuk kepada:
"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepertu kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;
Berdasarkan kepada 'Akta Kutu' tersebut, dibawah peruntukan Seksyen 3 adalah salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
Sebagai contoh, ada yang sanggup membayar ansuran bulanan dengan membuat 'kutu hutang' bagi mendapatkan sebuah periuk memasak serbaguna, seterika ajaib, penapis air berjenama dan pelbagai lagi produk yang harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Hanya kerana boleh membayar ansuran dan berselindung di sebalik 'rambut-rambut' bernama 'kutu' maka ada yang dijangkiti dengan spesis baru ini. Dikhuatiri ada yang sanggup menjana 'kutu hutang' ini dengan mengutamakan 'HUTANG MAHU' DARIPADA 'HUTANG PERLU'. Kadang-kala ada yang sekadar ingin menjaga 'air muka' sanggup mendaftar dan memberi nama sebagai peserta 'kutu hutang' kerana rakan-rakan lain turut terlibat. Terdapat juga produk yang dibeli melalui pendekatan 'kutu hutang' ini bukanlah satu keperluan. Kini, barang yang dibeli mulai ditutupi habuk atau disusun rapi di dalam kabinet kerana jarang sekali digunakan. Ada yang sanggup membiarkan diri mereka dijangkiti spesis 'kutu hutang' ini hanya kerana mahu kelihatan bergaya. Maka, bermulah episod kehidupan yang menjadikan 'GAYA HIDUP' TINGKATKAN 'SARA HIDUP'.
Sekadar ingatan terutama buat diri sendiri dan semoga bermanfaat.
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang 'kutu' dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Oleh itu, jelaslah berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia, skim atau perniagaan 'kutu' ini tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang.
KUTU 'OFFICE' ATAU KUTU 'JIRAN'
Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan mengaitkan kutu 'office' atau kutu 'jiran' dengan maksud Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 tersebut. Mereka boleh mengambil maksud yang berbeza dengan menyatakan amalan 'kutu' yang mereka laksanakan lebih kepada konsep 'saling membantu' dan bukannya perniagaan. Jika pendekatan kutu 'office' dan kutu 'jiran' yang diamalkan benar-benar patuh syariah saya melihat tiada halangan. Namun perlu memastikan, pendekatan 'kutu' tersebut tiada unsur paksaan, tanpa faedah (riba), tiada penindasan dan benar-benar menjaga hak sama rata. Saya teringat Dr. Zaharuddin Abd Rahman ada mengulas berkaitan kutu ini di Permainan 'Kutu' dan Hukumnya.SPESIS BARU 'KUTU HUTANG'
Sejak akhir-akhir ini seakan ramai mulai dijangkiti dengan 'kutu hutang' spesis baru. Ada yang tanpa disedari telah menjana hutang dalam kehidupan mereka. Ramai yang tertarik dengan konsep yang berselindung disebalik istilah 'kutu' sedangkan ia merupakan 'bayaran ansuran'. Akhirnya, ada yang sampai bertahun tidak terlunas 'hutang kutu' ini. Terdapat juga terma-terma 'kutu' yang seakan tidak jelas dan natijahnya ada yang terjebak dengan caj-caj yang menindas dan faedah atau riba yang berterusan menekan peserta.Sebagai contoh, ada yang sanggup membayar ansuran bulanan dengan membuat 'kutu hutang' bagi mendapatkan sebuah periuk memasak serbaguna, seterika ajaib, penapis air berjenama dan pelbagai lagi produk yang harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Hanya kerana boleh membayar ansuran dan berselindung di sebalik 'rambut-rambut' bernama 'kutu' maka ada yang dijangkiti dengan spesis baru ini. Dikhuatiri ada yang sanggup menjana 'kutu hutang' ini dengan mengutamakan 'HUTANG MAHU' DARIPADA 'HUTANG PERLU'. Kadang-kala ada yang sekadar ingin menjaga 'air muka' sanggup mendaftar dan memberi nama sebagai peserta 'kutu hutang' kerana rakan-rakan lain turut terlibat. Terdapat juga produk yang dibeli melalui pendekatan 'kutu hutang' ini bukanlah satu keperluan. Kini, barang yang dibeli mulai ditutupi habuk atau disusun rapi di dalam kabinet kerana jarang sekali digunakan. Ada yang sanggup membiarkan diri mereka dijangkiti spesis 'kutu hutang' ini hanya kerana mahu kelihatan bergaya. Maka, bermulah episod kehidupan yang menjadikan 'GAYA HIDUP' TINGKATKAN 'SARA HIDUP'.
PRODUK 'KUTU HUTANG'
Saya pernah terlihat produk-produk yang ditawarkan dalam skim 'kutu hutang' ini kadang-kala harga terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga sebenar di Jepun. Sebagai contoh, harga seterika ajaib dengan model yang sama jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan dalam pendekatan 'kutu hutang'. Saya juga yakin, tanpa seterika ajaib yang harganya mencecah ribuan ringgit pakaian saya masih boleh digosok dan kelihatan kemas. Begitu juga tanpa periuk nasi serbaguna, saya sekeluarga masih boleh menikmati makanan yang sedap jika tahu dan mahu belajar kaedah masak yang cepat dan enak. Terpulanglah bagi setiap individu dalam membuat keputusan, cuma diharapkan agar kita tidak berterusan untuk menjana hutang yang tidak perlu dalam kehidupan. Letakkanlah prioriti dalam berbelanja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah berkeluarga. Janganlah jadi seperti mereka yang sanggup membiarkan diri dijangkiti 'kutu hutang', sedangkan yuran PIBG sekolah anak masih tertunggak sehingga masuk sesi persekolahan yang baru. Lebih mengecewakan, ada juga yang sengaja memilih 'kutu hutang', sedangkan duit buat orang tua di kampung beralasan 'tidak mampu' untuk diberikan.Sekadar ingatan terutama buat diri sendiri dan semoga bermanfaat.
Dijangkiti 'Kutu Hutang' Spesis Baru
4
/
5
Oleh
Unknown