Tuesday, October 6, 2015

Seharian Anak di Sekolah Rendah, Jepun

Laluan Ke Sekolah

SEKOLAH DI JEPUN

Sistem persekolahan di Jepun kini memasuki semester ke dua. Ia menggunakan pendekatan sistem semester sepertimana pengajian di universiti. Semester satu bermula pada April sehingga bulan September, manakala Oktober bermulalah semester ke dua. Sebelum memasuki semester ke dua dan selepas cuti musim panas, barulah buku-buku teks untuk semester ke dua diberikan kepada para pelajar. Aktiviti dan pengisian seharian sekolah rendah di Jepun sudah pasti berbeza berbanding di Jepun. Jika di Malaysia, di waktu pagi anak-anak akan bersiap untuk ke sekolah rendah agama (SRA) dan di tengahari pula akan ke sekolah kebangsaan (SK). Di sini hanya satu sesi sahaja, namun anak-anak akan pergi seawal jam 8:00 pagi dan pulang ke rumah dalam jam 4:30 petang. 

Jadual Sekolah

PAGI

Masa pertama bagi kelas bermula pada 8:30 pagi, namun sebelum jam 8:00 mudah kelihatan para pelajar yang datang lebih awal dan menunggu pintu bangunan sekolah di buka. Sebelum sesi pembelajaran bermula, terdapat taklimat pagi dan juga disebut asanokai. Di waktu ini guru dan pelajar akan tunduk hormat, membuat semakan kehadiran, nyanyian lagu sekolah dan mendengar beberapa pengumuman daripada guru. Terdapat 4 masa bagi sesi pagi. Setiap kelas akan berjalan selama 45 minit dan setiap habis kelas para pelajar akan berhenti rehat 10-20 minit. Bagi para pelajar yang datang awal, mereka akan bermain di sekitar sekolah sebelum 'irama' pemberitahuan sesi pembelajaran akan bermula. 

TENGAHARI

Waktu Makan Tengahari di dalam Kelas

Selepas kelas ke empat, para pelajar yang bertugas akan menyediakan makanan tengahari buat kelas mereka. Aktiviti ini disebut kyuushoku dan semasa penyediaan makanan ini para pelajar akan memakai apron dan perlu mengambil sendiri makanan yang telah disediakan di tempat penyediaan makanan. Tempat penyediaan bukan di sekolah, tetapi makanan di hantar daripada tempat penyediaan khas. Ibu bapa juga pernah dijemput untuk melihat dan merasai sendiri makanan yang disediakan buat para pelajar. Alhamdullilah di Kunimi Elementary School juga turut disediakan menu makanan halal. Setiap menu makanan akan disemak oleh pegawai dietetik (dietitian) bagi memastikan hidangan yang disediakan menepati diet yang seimbang buat para pelajar. Masa bagi makan tengahari selama 1 jam meliputi 15 untuk persediaan, 20 minit untuk makan bersama guru kelas dan 15 minit untuk proses pembersihan oleh para pelajar sendiri. Baki masa 10 minit biasanya para pelajar akan bermain di sekitar sekolah. Setelah makan tengahari, biasanya masih terdapat 1-2 kelas lagi. 

SOUJI

Souji (Membersih)

Sebelum pelajar pulang dari sekolah, kebiasaanya mereka perlu membuat pembersihan (souji) mengikut lokasi dan kumpulan masing-masing. Untuk pemilihan lokasi, ia akan dibuat undian pada hari tersebut. Bukan sahaja setiap para pelajar, malah guru-guru juga akan terlibat sama dalam aktiviti pembersihan.   

PETANG

Sebelum dibenarkan pulang, terdapat sekali lagi taklimat petang (kaerinokai) yang biasanya pesanan dan beberapa pengumunan daripada guru kelas. Disini, seorang guru akan mengajar kesemua subjek bagi kelas tersebut. Biasanya para pelajar akan pulang ke rumah masing-masing sendiri dalam kumpulan masing-masing mengikut kawasan kejiranan mereka. Sewaktu berjalan pulang, mereka akan bergurau mesra di antara satu sama lain. Di sekolah rendah, kami tidak kelihatan ada perkhidmatan bas sekolah yang menghantar dan menjemput pelajar pulang dari sekolah. Didoakan semoga perjalanan anak-anak bersekolah di sini dipermudahkan olehNya. Amin. 

Related Posts

Seharian Anak di Sekolah Rendah, Jepun
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

6 comments

Write comments
avatar
Ani
October 6, 2015 at 7:28 PM

Perkongsian yang baik. Saya suka membaca cerita-cerita daripada Jepun. Salam hormat.

Reply
avatar
October 7, 2015 at 5:28 AM

Terima kasih Ani kerana sudi singgah. Semoga bermanfaat.

Reply
avatar
June 26, 2016 at 1:49 AM

Salam,
Saya baru je berpindah ke Yokohama bulan lepas. Anak sulung saya sekarang berusia 5 tahun. Saya nak tadikakan dia di sini, tetapi yuran kemasukan di sini sangat mahal pula. Boleh tak kalau saya masukkan dia ke Kumon sahaja dan belajar Nihonggo di sana; supaya bila dia berumur 6 tahun nanti dia lebih bersedia di Sekolah rendah? Terima kasih.

Amir

Reply
avatar
June 27, 2016 at 1:14 PM

Waalaikummusalam,

Terima kasih Amir kerana sudi singgah di post dan blog saya ini. Tidak dinafikan kos membesarkan anak untuk sekolah agak tinggi lebih-lebih lagi jika hanya salah seorang sahaja yang sambung belajar atau bekerja. Berbeza dengan situasi saya, anak-anak sudah besar dan di Sendai banyak 'support group' dan insentif di Sendai bagi membantu pelajar international sebelum memasuki sekolah.

Berbalik kepada isu Amir ini, boleh juga menghantar anak ke Kumon. Namun, saya sendiri tiada pengalaman menghantar anak-anak ke Kumon. Jadi saya tiada pengalaman. Barangkali sebelum menghantar anak ke mana kelas untuk belajar Nihongo, apa kata bertanya dulu dengan international division di City Hall mana tahu ada program khas untuk ibu dan anak bagi orang luar.

Persediaan bahasa saya lihat penting agar anak kita tidak 'cultural shock' dengan persekitaran sekolah di Jepun. Jika Amir perlukan maklum balas lebih cepat boleh terus hubungi saya melalui fb messenger atas nama saya Isma Addi Jumbri.

Semoga bermanfaat.

Reply
avatar
June 30, 2016 at 12:57 AM

Terima kasih, tuan atas info yang diberi. Saya dah pun add saudara di FB. Kelihatan saudara juga share byk tips menarik mengenai survival di Japan. Boleh la saya belajar dengan saudara selepas ini. Terima kasih banyak!

Reply
avatar
July 1, 2016 at 10:51 AM

Sama-sama tuan kerana sudi singgah di blog ini dan request add saya sebagai friend. Semoga bermanfaat.

Reply

Tudung kanak-kanak