6 Aplikasi Mobile Berguna di Jepun |
APLIKASI MOBILE
Peringkat awal semasa saya berada di Sendai, Jepun terdapat beberapa aplikasi mobile (Mobile Apps) yang sangat berguna untuk kelangsungan hidup di sini. Sememangnya tidak dinafikan kebolehan berkomunikasi dan membaca tulisan Jepun merupakan satu kelebihan dan memudahkan urusan seharian di sini. Namun, ada kalanya mereka yang mahir berbahasa Jepun masih memerlukan aplikasi mobile bagi membantu mereka dikala memerlukan.
6 APLIKASI MOBILE
Berikut saya kongsikan 6 Aplikasi Mobile yang kami sekeluarga gunakan dalam membantu perjalanan kehidupan kami di sini.
Aplikasi #1 - Google Translate
Fungsi Imbasan (Scanner) di Google Translate Banyak Membantu |
Berdasarkan pengalaman kami di sini, aplikasi Google Translate sangat membantu bagi kami memahami maksud bentuk tulisan Jepun terutama sekali kanji. Selain itu, aplikasi ini boleh membantu sebagai mengantikan kamus (English-Japanese) yang kurang mesra untuk dibawa berjalan. Aplikasi ini dapat membantu bagi mendapatkan maklum-balas dengan cepat disamping mempunyai kemudahan mengimbas (scanning pictures) melalui telefon pintar anda.
Aplikasi #2 - Japanese Dictionary (JED)
Oleh kerana kami mempunyai anak-anak yang bersekolah di sini. Maka, aplikasi JED sangat membantu kami untuk mendapatkan jawapan bagi kerja-kerja sekolah anak-anak. Banyak perkataan dan istilah baru yang berguna buat mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah dan berminat mempelajari Bahasa Jepun. Bukan itu sahaja, kini anak-anak saya boleh mencari sendiri perkataan yang diperlukan dengan bantuan JED ini.
Kami Sekeluarga Menggunakan Aplikasi JED ini |
Aplikasi #3 - Hyperdia
Bagi memudahkan perjalanan anda untuk menggunakan pengangkutan awam di Jepun saya melihat Hyperdia merupakan aplikasi yang berguna. Melalui Hyperdia anda boleh merancang perjalanan anda sama ada menggunakan keretapi, keretapi laju (shikanzen), bas dan juga kapal terbang. Bukan itu sahaja, anda boleh merancang untuk mendapatkan perjalanan yang lebih cepat dan murah melalui penggunaan aplikasi ini.
Boleh Cari Tiket Murah Melalui Aplikasi Hyperdia |
Aplikasi #4 - Google Map
Sangat Membantu Untuk Memandu di Jepun |
Bagi mereka yang gemar memandu sendiri ke destinasi menarik di Jepun, Google Map dilihat sangat membantu untuk menjadi peneman dan petunjuk arah yang boleh dipercayai. Namun, pastikan anda membuat carian di laman web terlebih dahulu alamat atau destinasi yang ingin ditujui.
Aplikasi #5 - Currency Converter Plus
Buat mereka yang sentiasa membuat budget atau 'berkira-kira' dalam berbelanja di sini, aplikasi ini dilihat boleh membantu anda untuk mengira dengan tepat pertukaran wang asing berbanding Yen. Namun, percayalah setiap kali jika anda ingin berbelanja dan sekiranya anda membuat perbandingan dengan matawang Yen dengan Ringgit Malaysia (RM) akan membuatkan anda teragak-agak untuk berbelanja. Kini (3.10.15) kadar pertukaran wang bagi 1000 yen adalah sebanyak RM36.80.
Kira-Kira atau Berkira-Kira |
Aplikasi #6 - Yurekuru
Saya pernah terdengar cerita atau mitos yang menyatakan ikan keli berupaya mengesan awal akan terjadinya gempa bumi. Oleh itu, barangkali aplikasi ini boleh membantu anda bagi memberikan petanda awal jika terdapat bencana gempa bumi di lokasi anda berada. Pastikan juga anda membuat penetapan (setting) yang betul apabila menggunakan aplikasi ini. Dikhuatiri hanya gempa yang kecil dan tidak membahayakan anda menjadi panik tidak menentu.
Berikan Maklumat Berkaitan Gempa (Yurekuru) |
HARDWARE, SOFTWARE & HEARTWARE
Akhir sekali tidak dinafikan terdapat banyak aplikasi yang berguna dan dapat membantu urusan seharian kita sepanjang berada di bumi sakura ini. Seringkali saya ingatkan diri saya dan anak-anak bahawa HARDware dan SOFTware juga tidak kurang penting. Namun, dalam kehidupan kita seharian, janganlah melupakan HEARTware iaitu rasa kehambaan, pengharapan dan kebergantungan kita kepada Maha Pencipta juga perlu juga sentiasa ditingkatkan (upgrade) dari semasa ke semasa.
Akhir sekali bagi yang Muslim, 6 APLIKASI MOBILE BUAT MUSLIM DI JEPUN boleh juga dijadikan panduan.
Akhir sekali bagi yang Muslim, 6 APLIKASI MOBILE BUAT MUSLIM DI JEPUN boleh juga dijadikan panduan.
Semoga bermanfaat.
6 Aplikasi Mobile Berguna di Jepun
4
/
5
Oleh
Unknown