6 Aplikasi Mobile Buat Muslim di Jepun |
APLIKASI MOBILE
Sebelum ini saya pernah kongsikan 6 APLIKASI MOBILE BERGUNA DI JEPUN yang kami gunakan sepanjang berada di Sendai, Jepun. Tidak dinafikan aplikasi mobile ini turut membantu kelangsungan hidup di sini khususnya bagi kami yang tahap penguasaan Bahasa Jepun masih di peringkat permulaan. Rentetan daripada perkongsian tersebut, terdapat rakan kami yang mencadangkan agar turut dikongsikan juga aplikasi mobile yang perlu ada bagi Muslim sama ada akan menetap atau datang melancong di Jepun.
Bagi mengetahui waktu solat dengan tepat semasa berada di sini, aplikasi ini dilihat dapat membantu untuk mengingatkan kita berkaitan waktu solat yang berubah agak ketara mengikut pertukaran musim di sini. Sebagai contoh, dikala musim panas waktu solat subuh semakin awal disebabkan waktu siang yang panjang dan malam yang agak singkat. Melalui aplikasi ini, anda juga boleh mengetahui kedudukan arah kiblat bagi menunaikan solat. Bagi memastikan rumah saya sentiasa berkumandang azan 5 kali sehari, saya turut menggunakan aplikasi ini di tablet yang hanya digunakan di rumah.
6 APLIKASI MOBILE
Berikut perkongsian antara 6 Aplikasi Mobile yang kami gunakan bagi membantu perjalanan dan ibadah sebagai seorang Muslim di bumi minoriti Islam ini.Aplikasi #1 - Universal Prayer Times
Aplikasi Universal Prayer Times |
Bagi mengetahui waktu solat dengan tepat semasa berada di sini, aplikasi ini dilihat dapat membantu untuk mengingatkan kita berkaitan waktu solat yang berubah agak ketara mengikut pertukaran musim di sini. Sebagai contoh, dikala musim panas waktu solat subuh semakin awal disebabkan waktu siang yang panjang dan malam yang agak singkat. Melalui aplikasi ini, anda juga boleh mengetahui kedudukan arah kiblat bagi menunaikan solat. Bagi memastikan rumah saya sentiasa berkumandang azan 5 kali sehari, saya turut menggunakan aplikasi ini di tablet yang hanya digunakan di rumah.
Aplikasi #2 - Ayat: Al-Quran
Aplikasi Ayat: Al-Quran |
Aplikasi Ayat Al-Quran ini dibangunkan oleh King Saud University. Aplikasi ini tidak jauh beza dengan aplikasi Al-Quran yang lain. Bagi saya, aplikasi ini turut penting dan perlu ada bagi setiap muslim. Jika bukan aplikasi ini, sekurang-kurangnya perlu ada satu aplikasi Al-Quran yang memudahkan anda membaca Al-Quran dimana-mana sahaja, Melalui aplikasi ini anda boleh mendengar bacaan mengikut Qari atau Imam pilihan dan mengikut surah atau ayat Al-Quran yang anda berhasrat untuk menghafal atau membuat semakan hafazan anda. Bukan itu sahaja aplikasi ini turut dilengkapi dengan tafsir dengan pelbagai pilihan bahasa dan boleh dimuat turun secara percuma.
Aplikasi #3 - Halal Gourmet Japan
Aplikasi Halal Gourmet Japan |
Aplikasi yang lebih dikenali sebagai HGJ ini memberikan maklumat berkaitan restaurant yang menawarkan makanan Halal buat Muslim di Jepun. Terdapat lebih 400 buah kedai yang didaftarkan di dalam aplikasi ini dan anda boleh membuat carian mengikut lokasi yang dipilih. Aplikasi ini turut membuat pautan (link) dengan Halal Media Japan (HMJ) bagi mengetahui maklumat terkini dan maklum-balas daripada pengguna Muslim di Jepun.
Aplikasi #4 - Never Miss Fajr
Never Miss Fajr Berguna Untu Pastikan Bangun Solat Subuh |
Bagi mereka yang barangkali agak sukar bangun untuk menunaikan solat subuh mengikut waktu, aplikasi ini dilihat sangat membantu. Pastinya waktu solat subuh paling mencabar terutama sekali diwaktu musim sejuk. Perlu diingatkan bahawa aplikasi ini sememangnya direka untuk memastikan yang anda benar-benar bangun daripada tidur bagi menunaikan solat subuh. Melalui aplikasi ini anda diberikan 2 pilihan sama ada (1) Trivia - perlu menjawab 5 soalan sebelum azan berhenti dan (2) Shake to Wave - dimana anda perlu bangunkan dan goncangkan telefon anda sebanyak 20 kali sebelum azan berhenti berkumandang.
Aplikasi #5 - QamarDeen
Aplikasi Qamar Deen |
Sebagai aplikasi tambahan, aplikasi ini boleh digunakan untuk melihat perkembangan status amalan kerohanian kita seharian sama ada semakin meningkat atau sebaliknya. Sebagai contoh, anda boleh melihat perkembangan solat (termasuk solat sunat), bacaan Al-Quran, sedekah (sebarang amal kebajikan) dan juga puasa (sunat). Bukan itu sahaja, bagi melihat perkembangan alaman kerohanian anda, paparan graf juga boleh dilihat untuk membuat analisa diri (muhasabah).
Aplikasi #6 - Google Translate
Google Translate Berguna Untuk Untuk Membaca Kandungan Halal Pada Label Makanan |
Walaupun saya telah memasukkan aplikasi Google Translate sebelum ini di 6 APLIKASI MOBILE BERGUNA DI JEPUN. Secara peribadi saya ingin mencadangkan agar aplikasi ini juga perlu ada bagi Muslim yang berada di sini. Ini dapat memudahkan seseorang Muslim untuk memilih produk makanan berdasarkan senarai isi kandungan yang tertera di produk tersebut. Berdasarkan pengalaman kami di sini, aplikasi Google Translate sangat membantu bagi kami memahami maksud bentuk tulisan Jepun terutama sekali kanji. Selain itu, aplikasi ini boleh membantu sebagai mengantikan kamus (English-Japanese) yang kurang mesra untuk dibawa berjalan. Aplikasi ini dapat membantu bagi mendapatkan maklum-balas dengan cepat disamping mempunyai kemudahan mengimbas (scanning pictures) melalui telefon pintar anda. Walau bagaimanapun, barangkali perkongsian HALAL, HARAM & SYUBHAH DI JEPUN berguna bagi memberikan panduan asas berkaitan halal, haram dan syubhah di sini.
Semoga bermanfaat.
HEARTWARE
Akhir kata, kini terdapat pelbagai aplikasi mobile yang boleh digunakan dalam membantu permasalahan ibadah dan kehidupan sebagai Muslim. Selalu ingatkan diri dan anak-anak, bahawa HARDware dan SOFTware juga tidak kurang penting. Namun, dalam kehidupan kita seharian lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim janganlah lupa untuk memberikan tumpuan kepada HEARTware iaitu rasa kehambaan, kebergantungan dan pengharapan yang tidak pernah putus kepada Maha Pencipta.Semoga bermanfaat.
6 Aplikasi Mobile Buat Muslim di Jepun
4
/
5
Oleh
Unknown