Tembikai atau lebih dikenali sebagai Suika di Jepun. |
10 TIPS JIMAT BERAYA DI KAMPUNG
1. Perjalanan pulang ke kampung perlu dirancang, nak jimat pakatlah baik-baik dan ajak berbincang.
2. Fikirkan dahulu sebelum nak sewa 'homestay' atau hotel, tak jimat dan kurang mesra dengan saudara jika tidur di hotel.
3. Kesihatan perlu dijaga agar cergas, kurangkan juga beli air botol dan air gas.
4. Gantikan air gas dengan kordial sirap ros, raya lebih bermakna jika kita tidak boros.
5. Apabila sudah habis rendang dan ketupat, keropok dan 'mee hoon' goreng pun boleh disediakan dengan cepat.
6. Sediakan satu tabungan khas untuk raya, pakatlah adik-beradik tabungan itu digunakan sepanjang raya.
7. Duit tabungan boleh digunakan untuk belanja dapur, tak perlu beli makanan luar kerana semua dimasak di dapur.
8. Bila nak jalan raya rumah saudara, kongsi kereta dan minyak itu lebih mesra.
9. Kuih raya habis boleh gantikan dengan biskut timbang, lebih jimat dan rasanya pun boleh tahan tak perlu bimbang.
10. Pakat adik-beradik untuk 'jalan raya' bersama, barulah cantik macam 'Wonder Pet' yang berkerjasama.
INFO GAMBAR
Apabila memasuki musim panas, antara buah yang mendapat sambutan adalah suika (buah tembikai). Pada musim lain berharap sangat kalau ada isteri mengandung tak mengidam suika ini. Bukan sahaja susah nak jumpa, malah harganya sungguh mahal kalau ditukar ke Ringgit Malaysia (RM). Bayangkan harganya sahaja hampir RM80.00 sebiji bagi yang bersaiz besar.
Barangkali jika di tanahair, tembikai boleh juga dijadikan buah tangan bila pulang ke kampung. Bila teringatkan sirap ros, sehingga hari ini belum lagi kami jumpa di sini perisa atau kordial sirap ros. Biasanya kami dan rakan-rakan lain akan pos dari tanahair atau bawa sekali pati sirap ke sini.
Untuk perjalanan jauh pulang ke kampung ini sudah tentu kesihatan juga perlu dijaga agar sentiasa cergas. Sebaiknya, kurangkan juga beli air botol dan air gas.
Dicadangkan gantikan air gas dengan air sirap ros, raya akan lebih bermakna jika kita tidak boros.
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.

**Perkongsian ini pernah dikongsikan di facebook saya di https://goo.gl/njWSjT
10 Tips Jimat Beraya Di Kampung
4
/
5
Oleh
Unknown
1 comments :
Write commentsmahalnya suika. ...tips berjimat yg terbaikkkk
Reply