Bunga Api atau Lebih dikenali sebagai Handi di Jepun |
12 TIP URUS WANG SEBELUM RAYA
1. Zakat fitrah rukun Islam yang ke empat, disegerakan bayaran khuatir terlupa atau tak sempat.2. Cuti raya paling lama pun seminggu, sediakan juga bajet raya sebelum kita menangis tak berlagu.
3. Ansuran rumah dan kereta dibayar dulu, jangan sampai bank 'call' kita yang malu.
4. Hutang kad kredit jangan pula dibayar lewat, bank bukannya nak dengar alasan walaupun ekonomi kita gawat.
5. Caj dan faedah kad kredit sangatlah tinggi, ingatkan diri selalu tiada bank yang nak rugi.
6. Asingkan juga duit buat keluarga mertua dan ibu bapa, hulurlah lebih sedikit kerana duit bulanan pun selalu 'miss' atau bagi tak seberapa.
7. Sediakan peruntukan untuk duit raya, ikut kemampuan bukannya nak tunjuk aku yang lebih kaya.
8. Kereta diservis dan tengok juga kondisi tayar, pastikan keadaan kereta 'tip top' sebelum caj 'pomen' dibayar.
9. Jangan lupa duit tol dan duit minyak, perjalanan perlu dirancang bukannya 'main lanyak'.
10. Sediakan juga dana kecemasan walaupun sedikit, banyakkan berdoa agar kereta kita tak meragam ataupun 'sakit'.
11. Duit dapur orang tua 'tong-tonglah' adik-beradik, ini barulah anak dan menantu yang prihatin lagi cerdik.
INFO GAMBAR
Pelbagai Hanabi yang mudah kelihatan di pasaraya-pasaraya Jepun |
Sekarang kami di sini sedang memasuki fasa musim panas (natsu). Seperti biasa, apabila memasuki msuim baru biasanya cuaca tidak menentu dan hujan berpanjangan untuk beberapa hari. Pada waktu ini, kita akan mudah kelihatan jualan mercun dan bunga api atau lebih dikenali sebagai 'hanabi' di pasaraya-pasaraya Jepun.
Hanabi dalam bahasa Jepun berasal daripada dua perkataan iaitu 'hana' yang bermaksud kembang atau bunga dan juga 'bi' yang membawa maksud api.
Semasa musim panas, pesta hanabi anata yang dinantikan oleh warga Jepun. Ia seakan menjadi temasya atau acara tahunan yang bermula pada Julai sehingga Ogos. Walaupun 'hanabi' kelihatan mudah dijual, perlu difahami untuk bermain mercun dan bunga api di sini bukanlah semudah yang disangka.
Terdapat beberapa peraturan perlu dipatuhi termasuklah menyediakan bekas untuk sampah bunga api dan lebih penting tidak menganggu jiran tetangga. Jika tidak, bersedialah kita untuk menerima kunjungan daripada pihak polis.
Bila membicarakan bunga api dan mercun, jika pada raya kali ini anak kita berhasrat hendak membeli mercun janganlah diberi. Kecualialah, ingin melihat anak kita bersalaman tanpa jari!
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
**Perkongsian ini pernah dikongsikan di facebook saya di https://goo.gl/SHrDAo
12 Tip Urus Wang Sebelum Raya
4
/
5
Oleh
Unknown