Program pelajar sekolah dengan orang-orang tua di sekolah rendah Jepun |
JULAI NAIK GAJI
1. Julai ini ramai yang akan naik gaji, akhir bulan bakal terima apa yang dijanji.
2. Gaji naik tak semestinya tukar kereta, sebaiknya belilah rumah atau miliki harta.
3. Asingkan 10% gaji dahulu untuk simpanan, barulah masa depan kita ada jaminan.
4. Gaji naik fokus dahulu langsaikan hutang, bukannya menambah lagi bebanan hutang.
5. Semua orang harapkan setiap tahun gaji mereka naik, tapi elaun bulanan buat orang tua tak pula terfikir nak beri atau tak naik-naik.
6. Bila naik gaji elakkan lihat katalog tudung mahupun jubah, gaji naik tak semestinya belanja kita perlu turut meningkat atau berubah.
7. Bersyukurlah kita sama ada bergaji kecil ataupun besar, simpanan perlu diutamakan dan gaya hidup usahlah tersasar.
8. Apa guna kita bergaji tinggi ataupun besar, sayang sekali apabila duit buat orang tua masih tak diberi walaupun anak dah besar.
9. Gaji besar atau kecil bukanlah alasan, perlu wujudkan 3-6 bulanan simpanan untuk dana kecemasan.
10. Apabila gaji kita semakin meningkat, amanah dan tanggungjawab perlu dijaga agar bertambah berkat.
11. Bila tak naik gaji ramai yang terngangga, yang gaji naik senyum mereka sampai ke telinga.
KOHAGI MATSURI
Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti program anjuran sekolah anak yang dikenali sebagai 'Kohagi Matsuri'. Umumnya, 'matsuri' itu bermaksud perayaan, manakala 'ko' membawa maksud kecil. 'Hagi' pula adalah sejenis tumbuhan. Bahasa yang mudah, anak-anak kecil di sekolah ini ibarat 'pohon kecil yang sedang membesar'.
SEKOLAH DI JEPUN
Sewaktu 'Kohagi Matsuri' ini, para pelajar darjah 3 - 6 akan menganjurkan program, permainan atau pelbagai aktiviti di kelas mereka. Manakala, aktiviti bebas bagi pelajar darjah 1 - 2 dan digalakkan mereka melihat serta sertai aktiviti yang dianjurkan oleh senpai (senior). Ada kelas yang mengadakan rumah hantu, permainan menangkap penjenayah, aktiviti kraftangan, permainan sembunyi barang, menonton 'movie', pakaian tradisional dan pelbagai lagi.
'HAPPY' DI SEKOLAH
Pada hari tersebut para pelajar akan bergembira dan merupakan masa untuk mereka berinteraksi sesama rakan kelas yang lain. Tujuan utama program tersebut adalah untuk mendidik agar para pelajar membuat perancangan, berorganisasi dan kepimpinan. Antara aktiviti yang menarik perhatian saya adalah interaksi di antara para pelajar sekolah ini dengan orang-orang tua. Kelihatan orang tua yang hadir begitu teruja dan seronok sekali apabila dapat berinteraksi dan menerangkan permainan tradisional Jepun pada generasi muda.
ORANG TUA DI JEPUN
Isteri saya berpeluang bermain permainan tradisional Jepun |
Sepanjang berada di sini, kelihatan ramai orang tua Jepun yang keseorangan dan kesunyian. Program-program seperti ini dilihat seakan 'menghidupkan' jiwa mereka. Apabila melihat orang-orang tua di Jepun, saya terfikir apa kata kita gunakan sedikit duit kenaikan gaji untuk kerap hubungi orang tua atau pulang ke kampung.
HARGAI ORANG TUA
Bagi mereka yang selalu beralasan tidak cukup bila ingin hulurkan duit elaun buat orang tua, apa kata ambil peluang gaji meningkat ini untuk hulurkan sedikit buat mereka. Tak kiralah keluarga mertua ataupun ibu tiri, elaun bulanan sebaiknya konsisten diberi. Apabila gaji kita semakin meningkat, amanah dan tanggungjawab perlu juga dijaga agar bertambah berkat. Sebaiknya juga elakkan melihat katalog tudung mahupun jubah, gaji naik tak semestinya belanja kita perlu turut meningkat atau berubah.
Bila tak naik gaji ramai yang terngangga, yang gaji naik senyum mereka sampai ke telinga.
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi .
***Perkongsian ini pernah dikongsikan di laman muka buku (facebook) saya di https://goo.gl/WCcJqI
Julai Naik Gaji
4
/
5
Oleh
Unknown