10 CARA REZEKI DI KONGSI
1. Bila dapat gaji hadiahkan dulu buat ibubapa, yang penting bagi bukan nilainya berapa.
2. Tak kiralah keluarga mertua ataupun ibu tiri, sebaiknya konsisten dan ikhlas dalam memberi.
3. Usah lupa membayar zakat, berzakat rezeki bertambah berkat.
4. Berniat dan menabunglah di Tabung Haji, lebih baik dibuat pemotongan gaji.
5. Sebelum kita tukar TV dan juga kereta, jangan lupa aqiqah untuk anak-anak kita.
6. Lihat dan bantu dulu ahli keluarga terdekat, semoga rezeki kita turut meningkat.
7. Usah boros dan jangan pula kedekut, berbuat baik dan bersedekah usahlah takut.
8. Duit keluar-masuk perlu dihitung dan dikira, bersedekah dan berzakat usahlah terlalu berkira-kira.
9. Hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan, elakkan pembaziran dan berjoli sakan.
10. Sedekah di saat kita senang itu biasa, dapat bersedekah di kala susah itu luar biasa.
INFO GAMBAR
Gambar di bawah merupakan kedai runcit yang paling hampir dengan rumah sewa kami. Uniknya kedai ini adalah susun atur kedainya yang berbeza dengan tipikal Jepun yang lain. Kedai runcit ini kurang tersusun berbanding kedai-kedai Jepun yang lain.
Tokey Kedai 'Usami san' Sedang Mengemas Bahagian Luar Kedainya. |
Secara luaran orangnya nampak garang tetapi selalu juga anak-anak saya diberikan hadiah buah-buahan bila pulang dari kedai. Bukan itu sahaja, isteri saya selalu diberikan diskaun atau digenapkan nilai yang perlu dibayar apabila berbelanja. Di Jepun, konsep tawar-menawar membeli di kedai jarang berlaku.
Menurut isteri saya lagi, kalau isteri Usami san yang jaga kedai alamatnya tiadalah diskaun atau hadiah. Biasalah itu, kerana biasanya kita ditemu dan dijodohkan olehNya dengan pasangan yang berbeza karakter.
Barangkali ini cara Usami san berkongsi rezeki. Kita pula bagaimana? Jika kita boleh warna-warnikan duit dalam simpanan, apa kata turut warna-warnikan duit kita dalam bersedekah.
Selalu ingatkan diri, bersedekah di saat kita senang itu biasa, tetapi dapat bersedekah di kala susah itu luar biasa.
Bersamalah kita berkongsi rezeki.
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
**Perkongsian ini pernah di kongsikan di facebook saya https://goo.gl/1dQv6V.
10 Cara Rezeki Di Kongsi
4
/
5
Oleh
Unknown