Friday, December 18, 2015

PTPTN: Jalan, Separuh Jalan atau Terus Jalan?

PTPTN: Jalan, Separuh Jalan atau Terus Jalan?
PTPTN: Jalan, Separuh Jalan atau Terus Jalan?

PTPTN

Sejak beberapa hari ini, isu berkaitan pemotongan gaji bagi bayaran balik PTPTN mulai mendapat perhatian. Telah berlegar di media-media sosial berkaitan slip gaji pekerja kerajaan yang dipotong ribuan ringgit sehingga menyebabkan baki akhir di slip gaji tersebut hanyalah tinggal beberapa ringgit sahaja. Walaupun ada sumber yang menyatakan berita tersebut adalah palsu dan slip gaji tersebut telah di'edit', namun tidak mustahil hutang PTPTN boleh menjadi masalah besar yang menghantui hidup seseorang. Lebih malang, jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan impian memiliki 'Rumah Pertama' atau 'Rumah Impian' hanyalah mimpi di siang hari. 

PTPTN BERGANDA

Saya pernah mengenali individu yang mempunyai pinjaman PTPTN semenjak zaman diploma hinggalah ijazah. Kini jumlah hutang PTPTN yang dimiliki oleh beliau boleh diibaratkan 'PTPTN BERGANDA' kerana pasangan beliau juga turut mempunyai hutang PTPTN yang hampir sama. Ini bermakna, pasangan suami isteri ini mempunyai 4 hutang PTPTN (2 Diploma, 2 Ijazah). Bayangkan berapa banyak komitmen bulanan yang perlu dibayar pasangan ini untuk sebulan bagi melangsaikan hutang PTPTN ini.  

KERAJAAN DAN PTPTN

Sekarang ini di sektor-sektor kerajaan sedang giat dibuat promosi pemotongan gaji bagi pembayaran balik PTPTN. Hampir setiap peminjam PTPTN yang bekerja di sektor kerajaan telah dijemput mesra oleh pihak PTPTN untuk mendengar taklimat dan 'perlu bersetuju' untuk membuat pemotongan gaji bagi bayaran balik PTPTN atau berunding bagi menukar status pembayaran daripada 3% kepada 1% (ujrah). Kegagalan untuk melaksanakan arahan tersebut boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut sepertimana yang dimaklumkan kepada kakitangan kerajaan. Antaranya: 
  • Tidak boleh memohon sebarang pembiayaan kredit daripada mana-mana institusi kewangan - disenaraikan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS);
  • Dihalang untuk meninggalkan negara untuk sebarang urusan atau disenarai hitam oleh Jabatan Imigeresen Malaysia;
  • Menjejaskan sebarang peluang pemangkuan atau kenaikan pangkat dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); dan
  • Menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah di bawah Akta 605 yang akan dikenakan hukuman sehingga dibuang kerja. 
Laman Web CCRIS
Laman Web CCRIS

CCRIS DAN PTPTN

Saya turut dimaklumkan oleh rakan saya, terdapat kes mereka yang ingin membuat pembiayaan ASB di bank ditolak kesan daripada rekod CCRIS tercalar. Apa itu CCRIS? CCRIS berasal daripada Central Credit Reference Information System atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Ia BUKAN bermaksud anda termasuk dalam nama yang disenarai hitamkan (blaclisted)

PTPTN BERSAMA CCRIS

Contoh Maklumat CCRIS
Contoh Maklumat CCRIS

CCRIS hanyalah sebuah pengkalan data (database) yang memberikan senarai hutang dan kondisi bayaran terhadap hutang yang dimiliki. Maklumat CCRIS menunjukkan sama ada individu tersebut membuat bayaran hutang sama ada 'on time', lewat atau sebagainya. Jika lewat atau mempunyai rekod yang buruk, ia sedikit sebanyak mempengaruhi Debt Service Ratio (DSR) atau Nisbah Hutang Berbanding Pendapatan. Jika rekod CCRIS tercalar, berkemungkinan memberi kesan kepada DSR dan barangkali pihak bank tidak teragak-agak untuk menolak permohonan pinjaman kerana dikhuatiri 'terbawa-bawa' sikap yang sama kepada pinjaman baru yang bakal dibuat.  

PEMINJAM PTPTN

Contoh Surat Pelepasan Hutang PTPTN
Contoh Surat Pelepasan Hutang PTPTN

Barangkali ada yang tidak bersetuju dan sudah mulai kedengaran 'cakap-cakap' belakang berkenaan hutang PTPTN ini. Bagi mereka yang telah meminjam dan kini sama ada telah bekerja mahupun sedang mencari peluang pekerjaaan, hakikatnya tidak terlepas untuk membayar hutang PTPTN ini. Hutang tetap perlu dibayar walaupun dengan hanya RM50 sahaja. Jika tidak mampu, berbincanglah dengan pihak PTPTN. Buat mereka yang masih menuntut sama ada di IPTA/IPTS, ambillah pengajaran daripada kisah 'suka-duka' ini. Berkira-kiralah dalam berbelanja dan janganlah berbelanja sehingga tidak ingat bahawa duit PTPTN yang dibelanjakan itu merupakan hutang yang wajib dibayar kelak. Tanamkanlah azam dalam diri untuk jadikan hutang PTPTN sebagai biasiswa. Saya pernah kongsikan sebelum ini di PTPTN: Azam 'Hutang' Jadi Biasiswa!  

PTPTN/ CCRIS: SEIRING SEJALAN

Jika perlaksanaan ini dibuat sepenuhnya, maka PTPTN dan CCRIS boleh diibaratkan rakan baik yang seiring sejalan. Biar macamana anda mengeluh mahupun tidak bersetuju, PTPTN akan terus melangkah dengan langkah-langkah bagi memastikan setiap peminjam membayar semula hutang PTPTN yang telah diberikan. Bagi yang telah bergraduan, dan PTPTN masih dikira sebagai hutang dan bukannya biasiswa. Maka, pilihan yang ada hanyalah satu iaitu membuat bayaran secara konsisten walaupun sedikit. 

PTPTN: JALAN, SEPARUH JALAN ATAU TERUS JALAN?

CCRIS dan PTPTN
CCRIS dan PTPTN

Sudah ada ura-ura semenjak 2013 untuk PTPTN dimasukkan dalam senarai CCRIS. Kelihatan kini PTPTN masih mahu merealisasikan hasrat ini sama ada (1) jalan sikit-sikit sepertimana bermula di sektor kerajaan, (2) separuh jalan khusus buat mereka yang ingkar atau mendiamkan diri atau (3) terus jalan atau dilaksanakan terus kepada kesemua peminjam PTPTN. Begitu juga buat peminjam PTPTN, anda juga ada 3 pilihan sama ada (1) jalan sikit-sikit dengan membayar mengikut jadual, (2) separuh jalan atau kurangkan bayaran dengan berbincang dengan pihak PTPTN atau (3) terus jalan dengan melangsaikan keseluruhan hutang PTPTN daripada terus menghantui hidup anda. Manakala mereka yang berada dalam kategori 'PTPTN BERGANDA', kawallah diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Sentiasa juga ingatkan diri, tiada hutang yang boleh kita melarikan diri daripada membayarnya. 

Sekadar ingatan buat mereka yang masih mempunyai hutang PTPTN. Semoga bermanfaat. 

Related Posts

PTPTN: Jalan, Separuh Jalan atau Terus Jalan?
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

4 comments

Write comments
avatar
December 18, 2015 at 9:02 PM

sebab tu..kena plan awal dan rancang bayar seawal mungkin.

Reply
avatar
December 19, 2015 at 2:55 PM

Betul tu, tiada cara untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang PTPTN. Sebagai peminjam sama ada jalan sikit-sikit (bayar sikit-sikit), jalan separuh (minta pengurangan) atau jalan terus iaitu jika ada duit terus bayar keseluruhan hutang tersebut.

Reply
avatar
December 21, 2015 at 2:40 AM

Tahun depan dah form 5, entahlah apa nak jadi dengan hidup xD

Reply
avatar
December 21, 2015 at 6:35 AM

Adik Yun Sing janganlah terlalu risau kerana kehidupan perlu diteruskan. Masih banyak masa dan jauh lagi untuk Adik Yun Sing melakar kejayaan masa depan Adik Yun Sing. Buatlah yang terbaik untuk Form 5 nanti. Jika masih perlu menggunakan PTPTN, 'Azamlah Jadikan Hutang PTPTN Sebagai Biasiswa'. Saya pernah kongsikan sebelum ini di PTPTN: Azam 'Hutang' Jadi 'Biasiswa'. Orang Jepun kata 'Ganbatte ne!' - (Berusaha ya!)

Reply

Tudung kanak-kanak