PTPTN: Azam 'Hutang' Jadi 'Biasiswa'!
Pengurusan KewanganPTPTN: Azam 'Hutang' Jadi 'Biasiswa'! |
PENDAFTARAN DI UNIVERSITI
Pada September ini kebanyakan Universiti Awam (UA) atau dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menerima pelajar-pelajar baru bagi sesi Sept/ Okt 2015. Maka bermulalah episod kehidupan baru seorang pelajar kepada siswa-siswi universiti tersebut. Hakikatnya istilah tersebut tetap sama merujuk kepada sebagai seorang pelajar yang kini berada di platform yang berbeza. Dulu di sekolah, kini di universiti atau kolej.
Tahniah diucapkan buat mereka yang telah mendapat tempat khususnya untuk berada di Universiti Awam. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa dan merasa rendah diri kerana telah ramai saya bertemu bekas pelajar saya sendiri yang dahulu berada di kolej/ kolej universiti swasta, kini telah melanjutkan pengajian di univeristi awam. Terdapat juga mereka yang dahulunya lulusan kolej/ kolej universiti swasta menjadi seorang yang disegani sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Tidak kurang juga ada yang telah menjadi usahawan dengan pendapatan yang lumayan. Itulah pengalaman yang telah perolehi saya temui sepanjang menjadi pendidik di kolej/ kolej universiti swasta dan kini berpeluang sebagai salah pendidik di salah sebuah universiti awam atau IPTA. Kini saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Tohoku University yang juga merupakan salah sebuah universiti awam di Jepun.
Telah terbukti ramai yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Gred (Cumulative Grade Point Average) atau lebih dikenali sebagai CGPA yang agak tinggi pada semester dan tahun pertama. Semakin meningkat semester dan tahun, CGPA yang dicapai sedikit menurun dan ramai mulai menyedari sedikit sukar untuk mencapai 4.00. Sila rujuk Penasihat Akademik (PA), mentor, senior atau pensyarah anda jika ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan CGPA. Sebaiknya fahami pengiraan CGPA seawal semester dan azam serta berusaha sejak langkah pertama masuk ke kolej/ universiti pada hari pendaftaran. Ramai yang telah memperolehi manfaat menjadikan hutang PTPTN tersebut sebagai biasiswa setelah mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama. Masukkan diri kita sebagai sebahagian daripada mereka yang ingin bebas dari hutang dengan sentiasa ingatkan diri agar PTPTN: AZAM 'HUTANG' JADI 'BIASISWA'!
Sebarkanlah untuk kebaikan mereka yang kita kenali.
Semoga bermanfaat.
PTPTN MASUK KOLEJ/ UNIVERSITI
Kini majoriti mereka yang melanjutkan pengajian sama ada di universiti awam mahupun kolej/universiti swasta akan ditawarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia merupakan alternatif bagi membolehkan lebih ramai orang berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda. Bukan itu sahaja, pada setiap tahun pihak PTPTN akan mengeluarkan sejumlah dana bantuan kewangan buat mereka yang layak. Untuk maklumat lanjut sila rujukan laman web PTPTN.PENDAHULUAN RM1500 DAFTAR KOLEJ/ UNIVERSITI
Dimaklumkan wang pendahuluan PTPTN sejumlah RM1500 akan diberikan sebelum mendaftar di kolej/ universiti. Pastinya juga wang pendahuluan ini mengurangkan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk mendaftarkan anak mereka di kolej/ universiti. Untuk semakan penerimaan wang pendahuluan PTPTN 2015 layari di SINI. Namun, tidak dinafikan ada yang melihat dan berpendapat PTPTN ini agak membebankan khususnya setelah tamat pengajian. Ditambah lagi dengan kesulitan untuk mencari peluang pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Walau bagaimanapun, peranan dan kewujudan PTPTN tidak dinafikan penting dalam membantu meringankan bebanan kos pengajian siswa/siswi di univeriti/ kolej.11 TAHUN TINGGAL KOLEJ/ UNIVERSITI
Saya pernah mengenali mereka yang mempunyai pinjaman PTPTN dan kini telah mempunyai anak 3 orang dan telah lebih 11 tahun berkahwin masih berdikit melunaskan pinjaman PTPTN yang dimiliki. Terdapat juga bayaran komitmen PTPTN mereka bagi isi rumah merupakan antara bayaran bulanan yang tertinggi kerana kedua-dua mereka (suami dan isteri) mempunyai PTPTN semenjak pengajian Diploma hinggalah ke Ijazah Sarjana Muda. Akhirnya, bayaran bulanan PTPTN ada yang kerap tertunggak atau terpaksa dikecilkan dek kerana hutang-hutang lain yang dijana selepas melalui kehidupan berkeluarga. Bermula dengan hutang kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi dan lain atas alasan KEPERLUAN atau KEMAHUAN. Lebih-lebih lagi apabila menjadikan SLIP GAJI 'LESEN' JANA HUTANG.AZAM SEJAK MASUK KOLEJ/ UNIVERSITI
Baru-baru ini ada bekas pelajar saya memaklumkan bahawa PTPTN beliau dalam proses untuk ditukarkan menjadi biasiswa. Saya dapat rasakan aura kegembiraan pelajar saya ini lebih-lebih lagi beliau dilahirkan bukan di kalangan keluarga berada. Sudah pasti berita gembira ini memberikan kelegaan kepada beliau untuk mengatur strategi kewangan dan perjalanan kehidupan selepas ini. Tahniah juga diucapkan di atas usaha beliau selama ini yang saya lihat sendiri bermula semenjak awal semester mendaftar di kolej/ universiti tersebut.PELUANG PELAJAR KOLEJ/ UNIVERSITI
Bagi mereka yang akan mendaftar sebagai siswa-siswi di kolej/ universiti bagi sesi kemasukan akan datang anda juga berpeluang untuk menjadikan pinjaman PTPTN tersebut kepada BIASISWA. Sebagai tip dan panduan, umumnya silibus yang dirangka bagi mana-mana program yang ditawarkan pada tahun pertama adalah lebih mudah berbanding pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana pada tahun pertama para pelajar diberikan pendedahan asas sebelum menjurus kepada sesuatu bidang atau subjek yang lebih sukar. Oleh itu, pastikan pada tahun pertama berusaha sedaya upaya dan jangan jadikan sebagai tahun berbulan madu (honeymoon) atau alasan untuk adaptasi dengan persekitaran di kolej/ universiti. Tempoh 1 semester sebenarnya terlalu pendek untuk memikirkan perkara yang remeh atau mengenangkan kenangan silam. Ambil peluang, berusaha dan AZAMLAH untuk jadikan pinjaman atau hutang PTPTN tersebut sebagai BIASISWA.CGPA/HPNG DI KOLEJ/ UNIVERSITI
Contoh Pengiraan CGPA |
Telah terbukti ramai yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Gred (Cumulative Grade Point Average) atau lebih dikenali sebagai CGPA yang agak tinggi pada semester dan tahun pertama. Semakin meningkat semester dan tahun, CGPA yang dicapai sedikit menurun dan ramai mulai menyedari sedikit sukar untuk mencapai 4.00. Sila rujuk Penasihat Akademik (PA), mentor, senior atau pensyarah anda jika ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan CGPA. Sebaiknya fahami pengiraan CGPA seawal semester dan azam serta berusaha sejak langkah pertama masuk ke kolej/ universiti pada hari pendaftaran. Ramai yang telah memperolehi manfaat menjadikan hutang PTPTN tersebut sebagai biasiswa setelah mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama. Masukkan diri kita sebagai sebahagian daripada mereka yang ingin bebas dari hutang dengan sentiasa ingatkan diri agar PTPTN: AZAM 'HUTANG' JADI 'BIASISWA'!
Sebarkanlah untuk kebaikan mereka yang kita kenali.
Semoga bermanfaat.