Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
HALAL DI TOHOKU, JEPUN
Semenjak peristiwa Tsunami yang melanda Tohoku pada 11 Mac 2011, Tohoku bangkit semula dalam mempromosikan lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati khususnya bagi menggalakkan lagi lebih ramai pelancong mengunjungi Tohoku. Terdapat juga pelbagai usaha yang dijalankan sama ada oleh pihak swasta, kerajaan tempatan dan sebagainya dalam menarik lebih ramai pelancong Muslim dengan mempromosikan makanan Halal di sini. Baru-baru ini, isteri dan anak-anak saya ditemuramah oleh salah seorang wartawan Enjoying Tohoku Food for Muslims and Vegetarians. Ini juga merupakan salah satu usaha dalam memperkenalkan Tohoku sebagai destinasi di Jepun yang turut menawarkan menu Halal buat para pelancong Muslim.
MENU HALAL DI TOHOKU UNIVERSITY
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Begitu juga di Tohoku University mulai semester ini khususnya mereka yang berada di kampus Aobayama dan Kawauchi akan dapat merasai menu Halal baru termasuklah 'Ramen Halal'. Pastinya ia merupakan berita gembira bukan sahaja kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sini malah merupakan khabar yang dinanti buat rakan-rakan Muslim yang lain. Syukur Alhamdullilah dan Jazakalllah khairan kathira khususnya Tohoku University Muslim Cultural Association (TUMCA) dan mereka yang telah berusaha merealisasikan agar menu Halal dapat berada di kafeteria Tohoku University. Sudah pasti saya juga antara mereka yang turut gembira memandangkan kedudukan lab saya sangat hampir dengan kafetaria Aobayama.
PEMILIHAN HALAL, HARAM DAN SYUBHAH
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang pertama kali berada di bumi Jepun akan merasai sedikit kesukaran untuk membeli bahan makanan Halal pada peringkat awal. Namun, lama-kelamaan kita akan terbiasa dan lebih mudah jika kita boleh membaca, berkomunikasi dan menghafal beberapa tulisan Jepun sama ada dalam bentuk hiragana, katakana atau kanji. Umumnya kebanyakan kandungan bahan makanan ditulis dalam bentuk kanji. Oleh demikian, jika dapat menghafal bentuk-bentuk kanji tersebut akan memudahkan kita mengetahui kandungan bahan makanan yang wajib dielakkan (Haram), yang boleh dimakan (Halal) dan juga bahan yang perlu kita berhati-hati (Syubhah) atau sebaiknya dielakkan jika kita ragu-ragu.
Ini bertepatan dengan maksud hadis daripada Abi' Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata, saya telah mendengar Rasullulah SAW telah bersabda:
Ini bertepatan dengan maksud hadis daripada Abi' Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata, saya telah mendengar Rasullulah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang syubhat (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari perkara yang syubhat itu, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka dia akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang mengembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat-laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa ia adalah hati."
HR Bukhari dan Muslim
KANDUNGAN HALAL, HARAM & SYUBHAH
Salah satu cara yang mudah dalam menentukan sama ada sesuatu bahan makanan boleh dibeli atau dimakan di Jepun adalah dengan melihat senarai kandungan bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk tersebut. InsyaAllah jika tiada bahan yang haram atau syubhah (meragukan) dalam produk tersebut, maka ia boleh dimakan. Walaubagaimanapun, agak sukar menentukan kandungan bahan kerana kebanyakan bahan-bahan yang ditulis di kandungan (原材料/Genzairyou) (ingredient) kebiasaannya dalam tulisan kanji. Oleh itu, sebaiknya bentuk tulisan tersebut dihafal atau sekurang-kurangnya disimpan di dalam telefon pintar anda.
HALAL, HARAM DAN HATI-HATI (SYUBHAH)
Berikut saya sertakan maklumat yang saya perolehi di Tsukuba Halal Info yang boleh dijadikan panduan. Saya dan isteri ada menyimpan dalam telefon pintar kami untuk rujukan ketika membeli bahan makanan di pasaraya. Sekarang ini isteri saya sudah boleh menghafal huruf-huruf kanji tersebut dan ini pastinya memudahkan lagi urusan dalam memilih produk yang Halal, Haram dan Syubhah (Berhati-hati).
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan dengan istilah lemak (fat) atau lebih dikenali sebagai shorterning. Sekiranya pada kandungan bahan tersebut menyatakan ショートニング(パーム油、ヤシ油) merujuk shortening/fat/lemak bahan tersebut daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak sawit atau sayur-sayuran. InsyaAllah jika terdapat penjelasan dalam kurungan ( ) seperti di atas, makanan tersebut bolehlah dimakan. Jiada tidak dinyatakan boleh jadi ia merupakan minyak haiwan. Oleh itu, sebaiknya dielakkan untuk dimakan kecuali benar-benar telah dikenal pasti.
Umumnya terdapat dua (2) jenis lemak yang digunakan dalam penghasilan produk makanan dan minuman di Jepun iaitu (1) lemak tumbuhan (植物性油脂) dan (2) lemak haiwan (動物性油脂). Jika hanya tertera lemak (油脂) sahaja, maka sama ada perlu bertanya kepada perkhidmatan pelanggan (customer service) produk tersebut, berhati-hati atau sebaiknya dielakkan.
Terdapat juga maklumat lain yang saya perolehi daripada Hokaido University Graduate School of Medicine yang juga boleh dijadikan panduan. Antara maklumat tersebut seperti berikut:
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Halal, Haram & Syubhah di Jepun |
Halal, Haram & Syubahah di Jepun |
ALTERNATIF LAIN DI JEPUN
Saya pernah juga menerima perkongsian daripada rakan-rakan di alam maya yang turut memberikan perkongsian gambar di bawah sekiranya berhasrat ingin bertanyakan mengenai isi kandungan bahan yang digunakan dalam sesuatu masakan atau produk. Kebiasaannya, orang Jepun akan cuba bantu jika kita mohon bantuan daripada mereka. Teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mendapatkan makanan yang boleh dimakan di sini. Namun, maklumat ini agak umum kerana tidak semestinya yang tiada arak (alcohol), daging babi (pork) dan daging-daging yang lain masih boleh dimakan di Jepun.
Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu bagi kita khususnya muslim untuk mendapatkan makanan yang Halal dan mengelakkan kita daripada termakan makanan yang haram dan syubahah.
Sekadar perkongsian dari kejauhan di Sendai, Jepun.
Halal, Haram & Syubahah di Jepun |
Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu bagi kita khususnya muslim untuk mendapatkan makanan yang Halal dan mengelakkan kita daripada termakan makanan yang haram dan syubahah.
Sekadar perkongsian dari kejauhan di Sendai, Jepun.
Halal, Haram & Syubhah di Jepun
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsterima kasih.. info yang sangat baik dan berguna.. semoga Allah membalas Tuan dengan kebaikan.. lama tercari-cari info seperti ini..
ReplySama-sama. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih juga atas doa yang diberikan. Sangat menghargai.
Reply