Monday, August 24, 2015

Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang

Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang
Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang

GAJI

Tahniah diucapkan khususnya kepada bekas pelajar saya yang kini telah mendapat peluang pekerjaan mengikut kelayakan akademik yang dimiliki. Saya juga turut berasa gembira mendengar perkhabaran tersebut. Manakan tidak gembira kerana di luar sana masih lagi ada mereka yang terpaksa bekerja dengan menggunakan kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun mempunyai ijazah. Sebagai contoh, saya mengenali seorang bekas pelajar yang  kini bekerja dengan gaji harian sebanyak RM40.30 sehari. Bukan pelajar ini tidak bijak, malah mendapat CGPA 3.75 dan kini pinjaman PTPTN beliau dalam proses permohonan untuk ditukar kepada biasiswa kerana memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

GAJI DAN SLIP GAJI

Itulah situasi yang dihadapi oleh setiap mereka yang baru bergraduan. Ada mereka yang mendapat peluang pekerjaan yang baik sebelum tamat pengajian lagi. Tidak kurang juga ada yang bertahun sudah meninggalkan dunia universiti/ kolej tetapi masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan yang lebih baik. Ada juga mereka yang terpaksa 'menyimpan' ijazah yang dimiliki untuk kelangsungan hidup ditambah lagi dengan surat tuntutan bayaran PTPTN mulai menjengok peti surat rumah. Buat mereka yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dikira masih bertuah kerana tiada hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung sebaik sahaja bergraduan. Bagi mereka yang bekerja sendiri atau memilih menjadi usahawan, pastinya 'gaji' dan 'slip gaji' ditentukan oleh mereka sendiri. 

SLIP GAJI 'LESEN' BELI KERETA

Rentetan nasib yang menimpa pelajar cemerlang itu, terdetik di hati saya bertapa bertuahnya mereka yang telah bergraduan dan mendapat tawaran pekerjaan setimpal dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Namun, suka untuk saya ingatkan agar tidak menjadikan SLIP GAJI yang dimiliki sebagai 'LESEN' untuk menjana hutang. Tidak salah untuk membuat hutang seperti membeli 'RUMAH PERTAMA' ATAU 'RUMAH IMPIAN'. Namun, seakan sudah sebati dalam minda mereka yang baru sahaja bergraduan untuk menjadikan pembelian kereta sebagai strategi dan langkah pertama apabila memiliki SLIP GAJI. Lebih mengecewakan persepsi ini turut dicanang dan digalakkan oleh orang tua mereka sendiri. Sedarilah, ramai mereka yang berpengalaman dan pakar dalam pengurusan kewangan menganggap pembelian kereta terlalu awal boleh melambatkan lagi proses MENJANA HARTA. Kebocoran duit mudah berlaku dan simpanan tidak dapat mencapai tahap yang optimum disebabkan pemilikan kereta terlalu awal ditambah lagi dengan komitmen bayaran bulanan yang tinggi kesan daripada 'tergoda' dengan promosi dan 'tag line' tanpa (zero) deposit. Barangkali perkongsian PILIHAN 2K (KAHWIN DAN KERETA) boleh dijadikan panduan.

Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang
Tawaran 'Zero Down Payment'

SEKUFU KERANA KERETA

Teringat peristiwa 11 tahun lepas yang menimpa salah seorang sahabat baik saya. Percaya atau tidak tarikh perkahwinannya hampir tertunda dek kerana beliau tidak mempunyai sebuah kereta. Menurut sahabat saya, ibu bapa perempuan tersebut tiada masalah untuk meneruskan perkahwinan tetapi terdapat 'kata-kata belakang' bakal abang dan kakak ipar yang seakan memandang rendah terhadap beliau malah menganggap seakan tidak SEKUFU. Setahu saya, sahabat saya seorang yang berjimat-cermat dan mempunyai simpanan yang agak baik. Hanya kerana beliau membuat perancangan untuk menangguhkan pembelian kereta, beliau dipandang rendah sedemikian. Telah menjadi lumrah, ramai yang berfikiran kolot dengan menganggap kereta sebagai simbol kejayaan seseorang. Ramai telah menyedari, janganlah biarkan kita tengelam dan syok sendiri!

SLIP GAJI 'LESEN' PINJAMAN PERIBADI


Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang
Ke Arah Perkahwinan Tanpa Hutang

Oleh kerana, simpanan untuk perkahwinan terlalu sedikit dek kerana memiliki kereta terlalu awal. Akhirnya, ada yang tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk menyerahkan salinan SLIP GAJI buat kali ke dua sebagai 'LESEN' untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Lebih parah, kedua bakal mempelai sanggup membuat pinjaman bagi memastikan majlis mereka tampak 'gah' walaupun kemeriahan dan pujian tetamu yang hadir hanyalah sehari. Percayalah masih terdapat ramai diluar sana yang pinjaman peribadi mereka untuk perkahwinan ini masih belum langsai walaupun anak pertama hampir mendaftar di sekolah menengah. AZAMLAH KAHWIN TANPA HUTANG! 

SLIP GAJI 'LESEN' ANSURAN RENDAH

Bagi terus menjaga air muka, status dan berpegang teguh dengan falsafah hidup "biar papa, asalkan bergaya", maka bermulalah episod seterusnya dengan menyerahkan buat kali ke tiga SLIP GAJI sebagai 'LESEN' mendapatkan kemudahan KREDIT ANSURAN RENDAH. Tawaran bayaran harian, mingguan atau bulanan yang rendah dan fleksibel bagi pembelian perabot, barangan elektrik dan kelengkapan rumah kelihatan sangat 'menawan hati' lebih-lebih lagi apabila 'Kemahuan' mengatasi 'Keperluan'. Tampak bergaya, tetapi hakikatnya sedang menghadapi 5 PETANDA KAYA TIDAK BERHARTA.

SLIP GAJI 'LESEN' KAD KREDIT 

Setelah itu, atas alasan kemudahan untuk tidak membawa wang tunai dan mendapat mata ganjaran (point) apabila berbelanja maka diteruskan lagi dengan menyerahkan SLIP GAJI buat kali ke empat sebagai 'LESEN' mendapatkan kad kredit. Sudah menjadi lumrah, 'SIKIT TIDAK TERURUS, BANYAK BERTAMBAH BOROS' ditambah lagi dengan kad kredit ditangan. Ramai sudah terjebak dengan perangkap kad kredit ini kesan daripada alpa dan tidak berdisplin dalam berbelanja. Malah sudah ramai juga mereka yang diisytiharkan muflis kerana dibebani hutang kad kredit yang menjerut leher mereka.
Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang
Awas! Perangkap Hutang

SLIP GAJI 'LESEN' BELI RUMAH 

Natijahnya, kini impian untuk memiliki sebuah rumah terpaksa ditangguhkan kerana pendapatan isi rumah tidak layak untuk mendapat pinjaman daripada mana-mana bank dek terlalu 'galak' menjadikan SLIP GAJI sebagai 'LESEN' menjana hutang. Apa guna bekerja keras dan peningkatan gaji tahunan yang diperolehi setiap tahun turut berkadar langsung dengan hutang yang dimiliki. Sedih sekali apabila mahligai bahagia yang dibina mula diselubungi 7 PETANDA KEWANGAN KELUARGA BERMASALAH. Buat mereka yang baru bergraduan, sedari dan atur strategi dari awal. Mulakan langkah pertama dengan menukar persepsi daripada menjadikan SLIP GAJI sebagai 'LESEN MENJANA HUTANG' kepada 'LESEN MENJANA HARTA'.

Anda mampu mengubahnya!

Semoga bermanfaat. 

Related Posts

Slip Gaji 'LESEN' Jana Hutang
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

15 comments

Write comments
avatar
August 24, 2015 at 12:53 PM

nasihat yang baik untuk graduan seperti saya.. saya sendiri tidak suka berhutang.. rasa tak tenang hidup kalau berhutang.. biarlah susah dahulu.. senang di kemudian hari.

Reply
avatar
August 24, 2015 at 2:15 PM

Terima kasih Ewanto Marcello kerana sudi singgah. Salam perkenalan.

Reply
avatar
August 24, 2015 at 2:17 PM

Zizie Zack, bagus amalan tu. Bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Didoakan perjalanan Zizie Zack selepas bergraduan dipermudahkan olehNya. Amin.

Reply
avatar
August 24, 2015 at 4:34 PM

salam en isma :) maaf bertegur sapa di sini je.. hehee.. mohon pertolongan en isma jika ada bahan rujukan atau pandangan peribadi dr en isma sendiri berkenaan dgn MLM dr sudut syariah.. terima kasih en isma!!!!! hehe..

-anak murid mu yg ketandusan :P -

Reply
avatar
August 24, 2015 at 9:03 PM

Terima kasih Syazanur kerana sudi singgah di blog ini. Nanti berkesempatan saya kongsikan pandangan dan pautan link berkaitan MLM dari sudut syariah. Sebenarnya ramai yang telah mengupas isu ini. Sebagai contoh, Ustaz Dr. Zaharuddin juga pernah membincangkan dengan padat berkaitan MLM dari sudut syariah. Risau juga isu ini kerana ada kalangan pelajar yang habis duit terlibat dengan MLM yang bertopengkan Skim Cepat Kaya (SCK). Bukan sahaja tidak patuh syariah, malah habis duit simpanan lebur begitu sahaja. Terima kasih kerana singgah.

Reply
avatar
August 24, 2015 at 10:29 PM

Mungkin budak-budak muda lagi terlalu teruja nak berkereta baru. Saya antr yg terlibat. Skrg ni, wife sy, saya tak bg beli krte. guna kn shje kereta saya. Biarlah saya guna moto. Asal hutang tiada bertambh. Tq dengan perkongsian tuan ni. Salam perkenalan..

Reply
avatar
August 24, 2015 at 10:51 PM

Terima kasih Tuan Papaglamz kerana sudi singgah di blog ini. Tidak dinafikan ramai graduan yang teruja untuk membeli dan memandu kereta sebaiknya sahaja bergraduan. Sedangkan bila dilewatkan sedikit masa membeli, boleh meningkatkan simpanan atau boleh memberikan fokus kepada pemilikan hartanah yang semakin naik saban tahun. Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih.

Reply
avatar
August 25, 2015 at 7:50 PM

saya pun mungkin antara graduan yang sukar mencari kerja selepas tamat pengajian nanti. saya berdoa sesangat supaya saya beroleh kerja yang baik dan selesa selepas tamat sahaja daripada universiti. Namun, bapa saya nak sangat saya jadi ahli akademik dengan menjadi pensyarah. saya berminat menjadi pensyarah dan menyambung pengajian sehingga PhD cuma saya risau pasal pembiayaan pelajaran saya.

Reply
avatar
August 25, 2015 at 9:11 PM

M.N. HAZIQ terima kasih kerana sudi singgah dan baca di blog ini. Pertamanya saya lihat M.N. HAZIQ ada bakat menulis dan masih muda lagi. Jauh lagi perjalanan M.N. HAZIQ. Jangan dirisaukan sangat dengan perkara yang diluar kawalan kita. Tiada siapa yang tahu mengenai rezeki pada masa hadapan. Oleh itu, M.H. HAZIQ perlu buat yang terbaik apa yang ada 'ditangan'. Cabaran untuk menjadi pensyarah semakin sengit. Oleh itu, pastikan result pengajian M.N. HAZIQ di universiti juga terbaik bagi membolehkan mendapat tajaan bagi pembiayaan pelajaran kelak. Didoakan perjalanan dan impian M.N. HAZIQ dan keluarga dipermudahkan olehNya. Amin.

Reply
avatar
August 30, 2015 at 11:11 PM

Mgkin bg sesetengah org..kete tu sbg penentu status hidup...sy masa mula2 keje..30 kali pikir nk bli kete takut xmmpu byr..tp atas tuntutan keje yg memerlukan sy selalu outstation dan sebagai tgjwb sy sbg ketua unit maka sy terpksa bli kete yg mmpu bwk staf sy masa outstation...smpai skg masih guna 1 kete jer...hutang jgn dbuat main..takut hidup xtenteram asik pikir hutang jer kan...kalau boleh beli jer guna cash..kalau xmmpu..kena belajar menyimpan...biar la nmpak miskin drpd terbeban dgn hutang....eh terpjg lak komenye...hahaha...neway tq coz sudi singgah blog sy...

Reply
avatar
August 31, 2015 at 9:11 PM

Terima kasih juga Deanna Morni kerana sudi singgah ke blog ini. Betul tu saya setuju tindakan itu untuk fikir sebaik-baiknya sebelum membuat pembelian sesebuah kereta. Sekadar perkongsian supaya tidak menjadi trend belum konvo lagi sudah fikir nak beli kereta mahal yang akan membebankan mereka pada masa akan datang. Fikir sebaik-baiknya jangan jadi 'Bergaya' tapi hakikatnya 'Tidak Berharta'. Terima kasih. Sayonara sampai jumpa lagi.

Reply
avatar
August 31, 2015 at 9:12 PM

Terima kasih juga Deanna Morni kerana sudi singgah ke blog ini. Betul tu saya setuju tindakan itu untuk fikir sebaik-baiknya sebelum membuat pembelian sesebuah kereta. Sekadar perkongsian supaya tidak menjadi trend belum konvo lagi sudah fikir nak beli kereta mahal yang akan membebankan mereka pada masa akan datang. Fikir sebaik-baiknya jangan jadi 'Bergaya' tapi hakikatnya 'Tidak Berharta'. Terima kasih. Sayonara sampai jumpa lagi.

Reply
avatar
September 2, 2015 at 10:48 AM

Tak sangka saya berpeluang untuk singgah kat blog yang sangat hebat penulisannya..bulan ini pembayaran terakhir untuk pinjaman kereta yang saya pakai..selepas ini tak nak hutang lagi.biarlah guna kereta lama.

Reply
avatar
September 2, 2015 at 1:20 PM

Terima kasih Hanafi Abdullah atas kesudian singgah di blog ini. Penulisan dan perkongsian tuan juga hebat. Semoga bermanfaat dan saling ingat-ingatkan. Terima kasih.

Reply

Tudung kanak-kanak