Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ
Ø¥ِÙ†َّ الْØَÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ
Labbaikallahumma LabbaikLabbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah, Aku memenuhi panggilanMu,
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu,
Sesungguhnya pujian dan nikmat
Adalah milikMu
Begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
BULAN HAJI
Bila menghampiri bulan haji ini seakan terngiyang-ngiyang kedengaran nasyid 'Haji Menuju Allah' dendangan kumpulan Raihan. Dari kejauhan ucapan tahniah kepada mereka yang telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Didoakan agar mereka yang terpilih mendapat haji yang mabrur dan segala urusan perjalanan di sana dipermudahkan olehNya.IBADAH HAJI
Sepertimana yang sedia maklum, IBADAH HAJI merupakan rukun Islam yang ke lima. Setiap umat Islam yang berkemampuan wajib melaksanakan rukun Islam tersebut setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup. Atas dasar itulah, saya melihat dan bersetuju bahawa haji perlu juga dijadikan salah satu matlamat kewangan. Seringkali kita tetapkan matlamat kewangan untuk membeli sebuah kereta, memiliki rumah impian, mempunyai RM 1 juta dalam akaun dan sebagainya dalam kehidupan. Namun, ramai juga yang terlupa untuk meletakkan TUNAIKAN HAJI sebagai matlamat kewangan mereka khususnya bagi mereka yang beragama Islam. Saya pernah kongsikan isu yang sama sebelum ini di 'HAJI SEBAGAI MATLAMAT KEWANGAN'.TUNAIKAN HAJI
Pernah terdetik di hati kami untuk berangkat menunaikan haji dari bumi Jepun ini. Ini kerana saya pernah dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa untuk menunaikan haji dari Jepun tidak perlu menunggu tempoh masa yang lama. Walaupun setiap tahun kerajaan Arab Saudi memberikan kuota haji kepada kerajaan Jepun, dimaklumkan ia tidak pernah dipenuhi disebabkan populasi muslim di Jepun yang minoriti dan juga keperluan menunaikan haji yang memerlukan cuti selama 20 - 30 hari turut menjadi penghalang bagi orang Jepun yang beragama Islam untuk menunaikan haji. Ini disebabkan mereka terkenal dengan sifat komited dan kuat bekerja. Atas sebab itu saya dimaklumkan bukan sahaja majikan Jepun sukar untuk memberikan kebenaran bercuti lama, malah sikap orang Jepun sendiri yang agak sukar untuk mengambil cuti lama juga menjadikan tidak ramai mereka yang beragama Islam berhasrat untuk menunaikan haji setiap tahun. Oleh itu, penduduk Islam minoriti lain yang tinggal di Jepun juga boleh memohon dan mengambil peluang kuota yang masih berbaki termasuklah warga Malaysia yang belajar atau bekerja di sini.2 CARA URUS HAJI
Jika di Malaysia, urusan haji diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH). Sebuah organisasi yang besar dan disegani dalam menguruskan urusan haji bagi jemaah Malaysia setiap tahun. Mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji perlu mendaftar di LTH dengan membuka akaun Tabung Haji dan perlu menunggu 10 - 20 tahun. Namun di Jepun, seseorang itu berpeluang untuk menunaikan haji dalam tempoh masa yang lebih singkat. Jika menguruskan dan mendaftar awal, berkemungkinan untuk berpeluang menunaikan haji pada tahun yang dihajati. Terdapat 2 cara yang biasanya dilakukan bagi mereka yang ingin menguruskan urusan haji di Jepun.- Menguruskan urusan visa ke kedutaan Saudi sehinggalah mencari tempat penginapan dan pengangkutan sendiri.
- Menggunakan pakej Ibadah Haji dan Umrah yang disediakan oleh pihak luar (swasta).
PAKEJ HAJI
Ramai rakan-rakan Muslim saya dari negara-negara lain mencadangkan untuk menggunakan pakej haji yang disediakan oleh pihak swasta. Dimaklumkan hanya terdapat 2 syarikat yang menawarkan pakej haji. Pakej yang ditawarkan standard bagi tempoh 20 hari bahkan juga boleh memilih untuk mengambil pakej 14 hari sahaja. Kebiasaanya, pakej yang ditawarkan di antara 600,000 - 700,000 yen seorang iaitu lebih kurang RM18,000 - RM21,000 seorang.Untuk maklumat lanjut boleh rujuk lawan web atau menghubungi ke dua-dua syarikat tersebut yang menawarkan pakej haji adalah:
1. MIAN INTERNATIONAL TRAVEL
2. AIR 1 TRAVEL
DOKUMEN DAFTAR HAJI
Antara dokumen yang diperlukan adalah:- Passport yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan (mesti tinggal di Jepun dan visa pelancong/lawatan adalah tidak layak)
- Calon jemaah haji perempuan mesti berteman muhrim (kecuali berumur 45 tahun ke atas)
- Gambar ukuran foto (4x5 cm, berlatarbelakang putih dan tidak berkaca mata bagi yang berkacamata).
- Sijil pengesahan kesihatan (3 bulan sebelum berlepas)
- Sijil asal vaksin meningococcal meningitis dan influenza (3 bulan sebelum berlepas)
- Salinan sijil nikah untuk pasangan suami/isteri (terjemahan Bahasa English)
- Kad Penduduk Jepun (Japan Resident Card)
CALON HAJI
Alhamdullilah, perkongsian ini ditulis pada 17 Ogos 2015. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya pada tanggal 19 Ogos 2015 saya mendapat perkhabaran gembira daripada rakan baik saya yang beliau dan isteri terpilih untuk berangkat menunaikan haji pada tahun ini. Bukan itu sahaja pada kali ini beliau terpilih dikalangan 15 orang yang bakal ditaja tiket penerbangan ke sana. Selalu saya ingatkan diri "luck is what happen when preparation meet the opportunity". Persediaan dalam aspek menunaikan haji bukan sahaja aspek spiritual, fizikal malah turut menuntut untuk membuat persediaan kewangan. Walaupun ditaja tiket penerbangan, namun persediaan kewangan sebanyak 500,000 - 600,000 yen (RM15,000 - RM18,000) masih diperlukan. Didoakan perjalanan beliau dan isteri untuk menunaikan haji dipermudahkan olehNya dan semoga beroleh haji mabrur.
BERNIAT DAN BERSEDIA 'TUNAI HAJI'
Teringat pesanan isteri saya untuk sama-sama BERNIAT dan BERSEDIA sekiranya dijemput dan terpilih olehNya untuk berangkat menunaikan haji dari Jepun ini. Semoga pencarian dan perkongsian maklumat ini menjadi asbab bagi kami atau mereka yang lain dapat menguruskan urusan haji dari bumi Jepun ini. Sudah ramai mereka yang pernah berangkat dan berpeluang menunaikan haji dari Jepun serta membuktikan ia 'REALITI' dan 'BUKANNYA FANTASI'. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan bagi mereka yang berniat untuk menunaikan haji dari bumi Jepun ini dan juga mereka yang terpilih menjadi tetamuNya di sana pada tahun ini.Semoga bermanfaat. Salam hormat.
Urus 'Haji' Dari Jepun: Realiti atau Fantasi?
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsDidoakan semoga kita semua dapat berangkat menunaikan haji dari Jepun. Salam perkenalan daripada saya.
ReplyTerima kasih Maz kerana sudi singgah di blog saya ini. Didoakan agar kita sama-sama berpeluang dijemput olehNya untuk menunaikan haji nanti. Amin.
Reply