Sunday, August 16, 2015

RM vs USD: Apa Solusinya?



RM VS USD DI MEDIA SOSIAL

Sejak kebelakangan ini acapkali dalam media sosial sama ada di facebook, WhatsApp, LINE dan lain-lain lagi ramai yang membicarakan tentang kadar matawang Ringgit Malaysia (RM) yang semakin lemah. Tidak kira sama ada mereka yang tengah mencari peluang pekerjaan sehinggalah golongan orang pencen tidak terkecuali menyebar graf perbandingan nilai mata wang RM dan USD. Maka bermulalah sesi perbincangan tentang tahap ekonomi Malaysia yang diramalkan ahli kumpulan (group) bakal merundum. Hakikatnya kejatuhan mata wang bukan hanya melibatkan Malaysia bahkan negara lain juga turut terjejas.

RINGGIT (RM) JATUH 

Bukan saya tak setuju, bukan juga saya tak sensitif malah saya juga ada impian untuk melihat Malaysia maju seperti Jepun dan negara maju yang lain. Cuma saya tidak bersetuju jika perbandingan RM vs USD hanya menjadi 'api percikan' untuk mengutuk, mengaib dan menyalahkan seseorang atau sesuatu pihak. Sudah pasti semua di kalangan kita tidak mahu Malaysia yang dicintai di landa kemelesatan ekonomi. Namun, disebalik perbincangan yang rancak itu tidak pula kelihatan solusi yang dicadangkan. Persoalannya, apa solusi yang boleh kita lakukan sebagai individu sebagai langkah proaktif dalam menghadapi situasi ini. Kita semua 'tidak mahu' dan 'tidak mengetahui' bila kegawatan ekonomi akan berlaku. Namun, sebagai individu kita boleh lakukan sesuatu bagi menghadapi situasi di luar kawalan ini.

KAYA DAN RINGGIT (RM)

Pastinya ada tindakan yang boleh diambil bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Saya teringat kata-kata Azizi Ali penulis buku 'Jutawan Dari Planet Jupiter' yang berpesan "jadi kaya itu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin". Begitu juga penulis buku 'Rancang Wang Dari Sekarang' iaitu Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai Pakdi pernah mengingatkan saya akan maksud Surah Yusuf  ayat 47-48 yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang ditanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih) Surah Yusuf: 47-48. 

Berdasarkan penulis-penulis buku di atas dan juga mana-mana mereka yang berpengalaman dalam pengurusan kewangan akan mencadangkan agar setiap individu perlulah membuat simpanan, melabur dan berjimat cermat dalam menghadapi situasi yang tidak menentu. Maka bolehlah disimpulkan terdapat beberapa solusi yang boleh kita usahakan selain seusai subuh berkeluh kesah dan mengikut rentak mengutuk, mengaib atau menyalahkan individu atau sesebuah kumpulan. Antaranya:

SOLUSI #1 - Tingkatkan Ilmu 'Pengurusan Kewangan'

SOLUSI #2 - Jejak Setiap Sen Anda!

SOLUSI #3 - Kawal Perbelanjaan

SOLUSI #4 - Hiduplah 'Di Bawah' Kemampuan

SOLUSI #5 - Belajar Untuk Tingkatkan Simpanan

SOLUSI #6 - Jauhi 'Scam' Atau 'Skim Cepat Kaya (SCK)'

SOLUSI #7 - Tingkatkan Nilai Diri

SOLUSI #8 - Jaga Amanah Yang Diberi

SOLUSI #9 - Doa Moga Dijauhi

SOLUSI #10 - Hulurkan Walau Sedikit

RINGGIT DAN SOLUSI

Barangkali ramai mereka yang lebih berpengalaman dan pakar dalam bidang ekonomi mahupun pengurusan kewangan boleh memberikan solusi yang lebih baik dalam menghadapi situasi ini. Saya bukanlah seorang yang pakar, hanya rasa terpanggil untuk mengajak kita berfikir akan solusi yang boleh diambil daripada hanya terikut dengan perbincangan rancak yang kelihatan tiada penghujungnya. Marilah bersama-sama memikirkan 'SOLUSI' daripada hanya melontarkan kata-kata 'CACI'. Fikirkan apa yang ada tangan daripada terlalu memikir sesuatu di luar kawalan agar kita tidak diibaratkan seperti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran". 

Sekadar pandangan dan perkongsian.

Semoga bermanfaat. 

Related Posts

RM vs USD: Apa Solusinya?
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
FARUQ
August 16, 2015 at 12:29 PM

Perkongsian yang ringkas dan padat. Terima kasih atas ingatan. Bersamalah kita cuba kawal diri dan cuba mencari 'Solusi' daripada 'Mencaci'. Tagline yang menarik.

Reply
avatar
August 16, 2015 at 12:47 PM

Terima kasih Faruq kerana sudi singgah. Hanya rasa terpanggil untuk berkongsi. Semoga bermanfaat.

Reply

Tudung kanak-kanak