Thursday, September 24, 2015

Korban Cinta Tidak Pasti

Korban Cinta
Jangan Jadi Korban Cinta Tidak Pasti

RAYA KORBAN DI JEPUN

Sepertimana tahun lalu, sudah pasti sambutan Aidil Adha atau Hari Raya Korban tidaklah semeriah di tanahair. Sehingga kini, belum lagi saya terdengar sama ada terdapat masjid sekitar Tohoku mahupun Sendai yang melaksanakan ibadah korban atau sembelihan secara terbuka. Saya dimaklumkan ibadah sembelihan tidaklah semudah boleh dilaksanakan sepertimana di Malaysia. Terdapat peruntukan undang-undang dan tempat sembelihan tertentu bagi melaksanakan penyembelihan haiwan di Jepun. Sebagai alternatif, mereka yang berhasrat untuk melaksanakan korban bolehlah mengirimkan wang (bank in) ke tanahair atau negara lain yang memerlukan. 

HARI RAYA KORBAN

Oleh kerana pada kali ini Hari Raya Korban jatuh pada hari Khamis, maka seperti biasa di pagi hari anak-anak akan ke sekolah. Manakala di universiti belum bermula kuliah kerana masih di cuti akhir semester. Namun, bagi pelajar master mahupun PhD masih perlu ke universiti bagi meneruskan kerja-kerja penyelidikan seperti biasa. Sepertimana sambutan Aidilfitri baru-baru ini, saya dan isteri seperti biasa akan ke masjid berdekatan setelah menghantar anak-anak ke sekolah.

jpg
Masjid Sendai juga dikenali sebagai Islamic Cultural Centre of Sendai (ICCS)

KORBAN CINTA TIDAK PASTI

Baru-baru ini seorang bekas pelajar saya yang kini bekerja di sektor perbankan menghubungi saya melalui facebook messenger. Beliau mencadangkan saya untuk ingatkan khususnya golongan muda terutama bekas pelajar saya agar tidak terlibat dengan 'Korban Cinta Tidak Pasti'. Pengalaman beliau yang menguruskan bahagian pinjaman dan kredit, terdapat pelbagai kategori individu ditemui. Beliau terasa terpanggil untuk mengingatkan khususnya di kalangan wanita yang masih belum berumahtangga agar 'berhati-hati' dalam menjadi penjamin atau membuat pinjaman peribadi bagi 'bakal suami'. Menurut beliau sememangnya nampak sweet, bila bakal pasangan datang bersama untuk membuat pinjaman peribadi. Namun, kelihatan seakan 'bakal pasangan' yang bersungguh-sungguh dan 'mendesak' memerlukan pinjaman tersebut. Bukan curiga tapi dikhuatiri hubungan yang terjalin tidak berakhir digerbang perkahwinan. 

TERKORBAN

Saya dan isteri pernah mengenali seorang wanita muda yang menghadapi masalah untuk menjual rumah yang dimiliki. Ini kerana rumah tersebut dibeli atas nama bersama dengan 'bakal suami'. Apabila salah faham berlaku, proses penjualan rumah tersebut turut menghadapi masalah. 'Bakal suami' sukar dihubungi selepas konflik dan janji untuk bayar bersama komitmen bulanan rumah yang dibeli atas nama bersama hanyalah tinggal janji. Akhirnya, disebabkan bayaran bulanan rumah tersebut tertunggak lama dan wanita muda ini pernah membuat pinjaman peribadi bagi pihak 'bakal suami' menjadikan rumah tersebut bakal dilelong. Najitahnya, kemungkinan wanita muda tersebut bakal diisytiharkan muflis/ bankrap jika segala hutang tidak berjaya dilunaskan. Atas sebab itu berhati-hati dan fikir-fikirkanlah sebelum terkorban dengan cinta yang belum pasti. 

PENGORBANAN

Bukan mendoakan ketidakbahagiaan orang lain, cuma ingatkan agar berhati-hati. Ada yang telah menjadi 'korban cinta tidak pasti' ini dan ada juga pengorbanan mereka yang seakan tidak dihargai selepas hajat dipenuhi. Jika cinta kekal hingga ke gerbang perkahwinan, pilihlah untuk bersederhana dan barangkali perkongsian Azamlah Kahwin Tanpa Hutang boleh dijadikan panduan.

Sekadar perkongsian dan semoga bermanfaat.

Selamat Hari Raya Korban dan Salam AidilAdha daripada kami sekeluarga di Sendai, Jepun. 

Matane! (Jumpa lagi ya)

Related Posts

Korban Cinta Tidak Pasti
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
October 5, 2015 at 2:13 PM

Ada Bukhari Malek sehingga akhir 2017, InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Reply

Tudung kanak-kanak