Monday, September 21, 2015

Lambaian 'Hutang', Menjengok E-Mail

jpg

PINJAMAN PERIBADI

Teringat dahulu saya pernah membawa pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ke organisasi lama dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan 'Celik Wang'. Terdapat banyak kes yang didedahkan oleh pihak AKPK di mana ramai mereka yang hampir diisytiharkan muflis kerana tidak berupaya membayar komitmen bulanan pinjaman peribadi.

HAMPIR MUFLIS DENGAN PINJAMAN PERIBADI

Saya pernah terbaca beberapa post di dalam facebook berkaitan individu yang buntu berkaitan hutang yang dimiliki sehingga terpaksa meminta bantuan orang lain untuk memberikan jalan penyelesaian bagi membayar dan menstruktur semula hutang yang dimiliki. Berdasarkan senarai hutang, alangkah terkejutnya dengan gaji yang seakan 'cukup-cukup makan' masih boleh mempunyai lebih 2 pinjaman peribadi. Bukan itu sahaja, si isteri juga seakan sepakat membuat hutang pinjaman peribadi ini. Tidak pasti, apakah keperluan sehinggakan kedua-dua mereka bersatu hati menjana hutang dalam isi rumah mereka.

3 SITUASI DAPATKAN PINJAMAN PERIBADI

Umumnya terdapat 3 situasi yang membolehkan seseorang terlibat dengan pinjaman peribadi:

Situasi #1 - Keperluan 

Situasi ini biasa berlaku sama ada sememangnya keperluan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, memerlukan wang untuk rawatan perubatan kerana tiada perlindungan takaful atau atas keperluan-keperluan lain yang mendesak. Oleh itu, cara yang paling mudah untuk mendapatkan 'bantuan kewangan' adalah dengan membuat pinjaman peribadi.

Situasi #2 - Kemahuan

Ada juga yang membuat pinjaman peribadi atas dasar kemahuan semata-mata. Sebagai contoh, ingin sangat memiliki kabinet dapur rekaan terkini sehinggakan sanggup membuat pinjaman peribadi. Sekarang ini seakan sudah menjadi trend sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman peribadi bagi majlis perkahwinan tampak 'gah' beserta pakej berbulan madu. Bagi mereka yang masih belum mendirikan rumahtangga, barangkali perkongsian Azamlah Berkahwin Tanpa Hutang! boleh dijadikan panduan.  

Kedua-dua situasi di atas, biasanya bakal peminjam akan mencari pakej pinjaman peribadi yang terbaik. Sebagai contoh, berikut antara senarai semak 'ayat-ayat manis' yang biasanya dicari oleh bakal peminjam dan semestinya dijaja agen pemberi pinjam:

  • CCRIS,CTOS dan 'Blacklist' layak memohon
  • Komitmen tinggi boleh sahaja memohon
  • Pekerja status kontrak juga boleh memohon
  • Slip gaji 3 bulan sahaja diperlukan (3 bulan kerja sudah boleh memohon)
  • Proses mudah dan cepat
  • Boleh membuat potongan gaji
  • Tiada yuran ahli, semua layak memohon
  • Maksimum pinjaman 10 tahun
  • Pinjaman serendah RM3K sehingga RM300K boleh disediakan
  • Kakitangan kerajaan sangat digalakkan
  • Bayaran bulan rendah dan boleh-ubah
  • Pakej 2+1 disediakan (Kad kredit + Pinjaman Peribadi)
  • Dan lain-lain lagi. 
jpg
E-Mail yang saya terima untuk Pinjaman Peribadi

HADIAH PINJAMAN PERIBADI

Maka dalam situasi seperti ini, agen pemberi pinjam (bank, koperasi mahupun ah-long) sangat mengalu-alukan kehadiran mereka. Sebelum diluluskan pinjaman, sudah pasti cenderahati seperti payung, mug, pen dengan senang hati boleh diberikan. Situasi ini boleh digambarkan seperti 'orang mengantuk, disorongkan bantal'. 

Situasi #3 - E-Mail Promosi

Kini, terdapat Situasi #3 yang menggunakan strategi lain dalam menarik bakal peminjam melalui kaedah pemasaran secara rambang (mass marketing) dengan menghantar e-mail kepada organisasi-organisasi yang memaparkan alamat e-mail pekerja mereka di laman web organisasi tersebut. Konsep yang diamalkan cepat, padat, tepat dan semestinya 'paperless'. Sangat dikhuatiri bagi mereka yang tidak tetap pendirian, ditambah lagi dengan skim-skim cepat kaya yang berleluasa menjadikan pinjaman peribadi merupakan pilihan utama kerana semudah A,B dan C boleh dipohon. 

LAMBAIAN 'HUTANG' PINJAMAN PERIBADI

Oleh itu, berhati-hatilah dalam berhadapan dengan situasi yang boleh digambarkan seperti Lambaian 'Hutang', Menjengok E-Mail ini. Sebaiknya dihapuskan (delete) atau dihalang (block) sahaja e-mail yang tidak diundang ini daripada 'melambai-lambai' dan mengugat pendirian serta pegangan kita daripada membuat sebarang 'Hutang Mahu'. Barangkali perkongsian 'Hutang Perlu' dan 'Hutang Perlu' boleh dijadikan panduan. Hindari diri daripada terjebak dengan perangkap hutang ini. 

Sekadar pandangan dan perkongsian.

Semoga bermanfaat. 

Related Posts

Lambaian 'Hutang', Menjengok E-Mail
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

4 comments

Write comments
avatar
September 22, 2015 at 1:55 AM

berhutang senang tetapi nak bayar itu susah lebih-lebih lagi jika tiada pendapatan tetap

Reply
avatar
September 22, 2015 at 9:03 AM

Betul tu HB. Sekarang ini proses untuk membuat hutang semudah 1, 2 dan 3 atau A, B dan C. Sangat dikhuatiri bila hutang sudah 'membukit' semakin liat untuk membayar. Sekarang ini pun ada 'tagline' promosi baru 'tiada pendapatan tetap' pun boleh memohon. Semoga bermanfaat.

Reply
avatar
September 23, 2015 at 12:22 AM

takutnya kalau cakap pasal hutang ni....takut tak terbayar.

Reply
avatar
September 23, 2015 at 12:05 PM

Betul tu Nila Anggraini. Teringat pesan guru saya supaya risau dan takut bila ingin membuat hutang. Saya diingatkan bahawa 'ayat paling panjang' dalam Al-Quran ialah dari Surah Al-Baqarah ayat 282 tentang hutang. Panjang lebar diceritakan berkaitan hutang. Atas sebab itu, janganlah 'ambil mudah' berkaitan hutang. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat.

Reply

Tudung kanak-kanak