Caruman KWSP Turun Sebanyak 3 Peratus |
KWSP DAN BAJET BARU
Semalam YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 bagi menghadapi senario ekonomi semasa yang dijangka lebih mencabar bakal dihadapi bagi tahun 2016 dan mendatang. Sudah pasti seperti biasa sesuatu pengubahsuaian, perubahan dan pelaksanaan dasar yang baru akan ada yang menerima secara positif ataupun sebaliknya.
KWSP TURUN 3%
Berdasarkan salah satu intipati ucapan pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 tersebut, antara solusi yang bakal dilaksanakan adalah berkuatkuasa Mac 2016 sehingga Disember 2017, sumbangan atau caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan sebanyak 3 peratus (3%). Manakala, sumbangan daripada pihak majikan masih kekal atau tiada perubahan.
CARUMAN KWSP
Apabila berita penurunan caruman KWSP ini diumumkan, saya terfikir-fikir apakah impak perlaksanaan ini terhadap individu khususnya kepada mereka yang dalam kategori 'makan gaji' dan tiada skim pencen atau yang memilih untuk caruman KWSP. Perlu difahami, perubahan caruman KWSP ini bukanlah suatu perkara yang baru bahkan sebelum ini pernah beberapa kali dilaksanakan. Sebagai contoh, caruman syer pekerja pernah turun sebanyak 3 kali semenjak tahun 1952 ia diperkenalkan. Ini bermakna, perlaksanaan pada Mac 2016 sehingga Disember 2017 yang bakal dibuat 2 bulan lagi merupakan kali ke empat dalam lipatan sejarah KWSP. Walaupun KWSP ini telah diperkenalkan 64 tahun yang lalu, ada yang cakna, tetapi ada pula masih 'tertanya-tanya'.
Kadar Caruman KWSP |
KIRAAN KWSP
Caruman KWSP secara umum dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu (1) caruman syer majikan dan (2) caruman syer pekerja. Bermula Januari 2012 hingga sekarang, caruman syer majikan adalah 12-13% daripada gaji pekerja (tertakluk kepada upah/ gaji bulanan RM5000), manakala 11% pula merupakan caruman syer pekerja. Sebagai contoh mudah, sekiranya gaji kasar anda adalah RM3000, ini bermakna pihak majikan akan memberikan sumbangan caruman sebanyak (RM3000 x 12% = RM360), bagi syer caruman pekerja pula (RM3000 x 11% = RM330). Oleh itu, simpanan yang dijana di KWSP setiap bulan dan tidak dikenakan cukai adalah sebanyak (RM360 + RM330 = RM690 sebulan). Namun, apabila dilaksanakan mulai Mac 2016 ini, caruman syer pekerja akan menjadi 8% (11% - 3%) dan potongan gaji pekerja semakin sedikit iaitu hanyalah RM240 sebulan (RM3000 x 8% = RM240). Sudah tentu gaji yang diterima mulai Mac 2016 bagi mereka yang bergaji RM3000 akan meningkat sebanyak RM90 sebulan (RM330 - RM240 = RM90).
GAJI SELEPAS KWSP
Good Service Tax (GST) |
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) |
INFLASI DAN KWSP
Kebiasaannya, kegawatan ekonomi akan turut mengundang kepada peningkatan kadar inflasi dan kenaikan harga barangan. Teringat analogi yang diberikan oleh bekas sensei saya, peningkatan kadar inflasi diibaratkan seperti kuantiti barangan yang dibeli dalam troli masih sama seperti dulu, tetapi kos yang perlu dibayar kali ini lebih tinggi. Jika kadar inflasi juga meningkat sebanyak 3% dan kadar penurunan caruman kadar KWSP juga 3%, maka hasil yang diperolehi oleh kita semua adalah 0% (3%-3% = 0%). Kesannya, bukan sahaja kutipan GST akan terus bertambah, sangat 'digeruni' lebihan duit KWSP tadi menjadi penyumbang kepada peningkatan 'hutang keliling pinggang'. Sudahlah simpanan di KWSP semakin kurang, hutang pula sudah berada di 'paras hidung'. Jangan situasi kita nanti boleh diibaratkan 'sudah jatuh, ditimpa tangga'. Akhir kata, bekas sensei saya berpesan lagi sebaiknya lebihan wang KWSP tadi disimpan untuk masa hadapan atau membayar hutang yang sedia ada. Selalu juga ingat kata-kata sensei, "money saved is the money earned". Kali ini, sensei tak beri nasihat dalam nihongo (Bahasa Jepun), tetapi eigo (English) dan marégo (Bahasa Malaysia). Arigatou sensei!
Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
KWSP Turun 3%: Arigatou Sensei!
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsSalam...dari www.arzmoha.com.
Replysatu nasihat yang berguna...dan saya mohon untuk dikongsikan...semoga beroleh kebaikan buat mereka diluar sana
Terima kasih Tuan Arz Moha atas kesudian singgah di blog ini. Tiada masalah untuk perkongsian. Semoga bermanfaat. Mohon juga tunjuk-ajar tuan juga dalam dunia blog. Terima kasih.
Reply