Rumah Paling Mampu (RPM) |
NAGANO DAN RUMAH
Saya masih teringat pertemuan bersama salah seorang rakan di Nagano tempohari yang telah menetap di Jepun lebih 10 tahun. Beliau kini sedang memohon untuk status penduduk tetap (PR) dan tidak terfikir untuk pulang ke tanahair. Bukanlah beliau tiada pekerjaan di Malaysia, malahan sanggup melepaskan peluang pekerjaan dan kini dalam tahun terakhir membuat bayaran balik hutang (kontrak) belajar beliau satu ketika dulu di salah sebuah universiti awam. Saya sendiri tidak mahu bertanya lanjut sebab kenapa beliau membuat keputusan sedemikian. Pastinya beliau ada alasan tersendiri dalam membuat keputusan tersebut yang turut melibatkan anaknya yang sedang menginjak usia remaja.
MEMILIKI RUMAH
Cuma saya tertanya-tanya kenapa beliau bersungguh-sungguh sangat untuk memohon sebagai PR di Jepun. Apakah kelebihan jika mempunyai status PR di Jepun ini? Apabila ditanya, rupa-rupanya beliau berhasrat untuk memiliki hartanah (rumah) di Jepun. Perkenalan tersebut seakan semakin mesra sehinggakan topik perbualan berlanjutan membicarakan tentang pengurusan kewangan dan pembelian hartanah turut disentuh. Saya teruja mendengar perkongsian dan pengalaman beliau dalam menempuh 'mehnah dan tribulasi' hidup di negara orang ini.
Maksimum Rumah Paling Mampu (RPM) |
RUMAH PALING MAMPU (RPM)
Beliau juga sempat berkongsikan kepada saya berkaitan 3 KERUGIAN apabila membeli 'Rumah Paling Mampu' (RPM). Barangkali perkongsian beliau ini boleh juga dijadikan panduan khususnya buat golongan muda yang baru mendirikan 'mahligai cinta' mereka.
Kerugian #1: Rugi Usia
Apabila seseorang berhasrat untuk membeli RPM, kebiasaannya mereka akan tertunggu-tunggu tahun yang sesuai untuk memiliki rumah tersebut. RPM biasanya disinonimkan dengan 'rumah impian'. Hakikatnya sudah mampu memiliki rumah pada masa ini, tetapi ternanti-nanti untuk memiliki RPM atau rumah impian. Saya pernah kongsikan sebelum ini di 'Rumah Pertama' atau 'Rumah Impian'. Oleh kerana tertunggu-tunggu tahun yang sesuai untuk memiliki RPM, individu tersebut telah kerugian dari sudut usia. Perlu diketahui apabila usia semakin meningkat, kebiasaannya jangkamasa pinjaman yang boleh diberikan oleh pihak bank juga semakin pendek. Apabila semakin pendek tempoh pinjaman, maka komitmen bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank juga adalah tinggi.
Kerugian #2: Rugi Peluang Pelaburan
Seringkali juga apabila kita membicarakan RPM, seseorang akan membeli rumah dengan komitmen bulanan 'paling maksimum' yang boleh dibayar kepada pihak bank. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai lebihan duit RM2000, maka dia akan memaksimumkan jumlah tersebut untuk membeli RPM. Kesannya, mereka yang memilih RPM akan rugi peluang pelaburan yang lain kerana lebihan gaji tadi telah digunakan sepenuhnya untuk membeli rumah tersebut. Maka, peluang-peluang lain untuk membuat pelaburan akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada di kalangan kita yang membuat keputusan RPM menghadapi masalah dikemudian hari kerana tiadanya simpanan dan tidak berupaya menyediakan 'dana kecemasan' bersamaan 6 bulan gaji/ pendapatan dalam menghadapi situasi di luar jangka. Pernah saya kongsikan sebelum ini berkaitan 'dana simpanan' di Simpanan Kecemasan: Hutang dan Tidak Berkemampuan.
Kerugian #3: Rugi Majukan Diri
Menurut rakan saya lagi, mereka yang membeli RPM akan juga kerugian kerana tersangkut untuk memajukan diri. Ini kerana, apabila membeli RPM mereka juga akan tersangkut dengan emosi untuk menjual atau menyewakan rumah tersebut kepada orang lain. Sebagai contoh, saya juga pernah menghadapi dilema situasi yang sama semasa mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik tetapi jauh dari rumah yang saya beli sebelum ini. Alhamdullilah, setelah difikir-fikirkan, saya dikira masih bertuah kerana rumah yang dibeli masih boleh menjana aliran positif tunai (positive cashflow) jika disewakan atau mendapat keuntungan jika berhasrat untuk menjual rumah tersebut. Bayangkan jika seseorang membuat keputusan membeli RPM di lokasi yang kenaikan harga rumah agak mendatar atau jika disewakan, kadar sewa yang bersesuaian dikenakan masih dibawah paras komitmen bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Sudah tentu jika situasi ini berlaku akan merugikan pemilik RPM tersebut.

BELI RUMAH
Sebagai solusi dan panduan bagi mereka yang masih muda barangkali perkongsian ini dapat membantu:- 'Rumah Pertama' atau 'Rumah Impian'
- Rumah: Dari 'Mampu Milik' ke 'Mampu Tengok'
- Beli Rumah di Usia Muda
- Belilah 'Kediaman' Bukannya 'Kereta Idaman'
- Harga Rumah Turun: Takdir atau Tadbir?
Akhir kata, sebelum terlibat dengan mana-nama pelaburan mahupun membeli sebuah rumah dapatkan ILMU dalam pelaburan dan juga membeli rumah. Teringat pesanan guru saya, perkembangan harta berkadar langsung dengan peningkatan ILMU seseorang. Oleh itu, harta juga tidak akan berkembang apabila pemilik harta tidak berusaha untuk mendapatkan ILMU dalam mengembangkan harta yang dimiliki. Bagi muslim, janganlah lupa juga untuk berzakat kerana zakat itu juga sendiri menyucikan, bersih, subur, berkat dan berkembang.
Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Rumah Paling Mampu (RPM): 3 Kerugian RPM
4
/
5
Oleh
Unknown