Fukubukuro: Simpan Dulu, Baru Labur |
FUKUBUKURO
Pada setiap awal tahun bermula 31 Disember sehingga 3 Januari, kebanyakan pusat membeli-belah di Jepun akan menawarkan jualan istimewa yang dikenali sebagai Fukubukuro (福袋). Bahasa yang mudah 'Fukubukuro' merujuk kepada 'Beg Bertuah' atau 'Beg Misteri'. Kebiasaannya, beg-beg ini mengandungi barangan yang dijual di premis tersebut dengan tawaran harga lebih rendah sehinggakan ada yang mencecah potongan sebanyak 50%. Umumnya, harga barang-barang yang dijual dalam 'Beg Misteri' ini lebih murah daripada harga biasa. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan barang-barang yang dijual murah ini merupakan stok lama atau 'out-season'. Walau bagaimanapun, ia dikira masih berbaloi khususnya buat mereka yang terlalu 'mengidam' atau menginginkan sesuatu produk yang telah lama dihajati.
2 KATEGORI
Berdasarkan pengalaman saya di sini, 'Fukubukuro' boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
Fukubukuro #1: Tahu dan Jelas
Kategori pertama dikategorikan sebagai 'Fukubukuro' yang jelas dan bakal pembeli boleh mengetahui isi kandungan sebenar di dalam beg yang dijual. Sebagai contoh, terdapat premis yang menjual 'Fukubukuro' di dalam plastik bungkusan jernih bagi memudahkan bakal pembeli mengetahui isi di dalam beg yang ditawarkan. Terdapat juga kedai yang membuat senarai barangan yang terkandung dalam 'Beg Misteri' yang dijual. Sebagai contoh, bagi kedai yang menjual pakaian ada yang meletakkan saiz baju, warna dan bilangan baju dalam beg tersebut. Oleh itu, bakal pembeli boleh membuat 'kira-kira' sama ada pembelian 'Fukubukuro' tersebut berbaloi ataupun tidak.

Sumber: http://www.dannychoo.com |
Fukubukuro #2: Misteri dan Nasib
Namun, terdapat juga situasi dimana 'Fukubukuro' yang ditawarkan tidak jelas dan diklasifikasikan sebagai misteri. Bakal pembeli khususnya pengguna Muslim dinasihatkan untuk menggelakkan diri daripada membeli 'Fukubukuro' dalam kategori ini. Ia bukan sahaja merugikan pembeli, malah dikhuatiri pendekatan pembelian produk yang 'tidak jelas' dan 'ragu-ragu' ini tidak menepati muamalah Islam. Terdapat situasi rakan saya nihonjin (orang Jepun) yang membeli 'Fukubukuro' dalam kategori ini seakan menyesal kerana produk yang dibeli telahpun dimiliki dan tidak sesuai dengannya. Oleh itu, dinasihatkan agar khususnya pengguna Muslim menjauhi 'Fukubukuro' dalam kategori ke dua (#2) ini. Ini bertepatan dengan salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang Rasullulah SAW bersabda:

"Rasullulah SAW melarang jual beli al-hashah (dengan melempar batu) dan jual beli gharar"
(HR Muslim)
Dimaklumkan terdapat banyak lagi hadis mengenai larangan Rasullulah SAW berkaitan urusan jual-beli bersifat gharar (tidak jelas, samar-samar). Barangkali boleh merujuk ustaz atau mereka yang lebih arif dalam membicarakan mengenai muamalah Islam berkaitan isu ini.
3 PENGAJARAN
Terdapat 3 pengajaran daripada tradisi 'Fukubukuro' yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan khususnya dalam pengurusan kewangan peribadi:
Pengajaran #1: Tangguhkan Kehendak
Umumnya bagi mereka yang berupaya membuat penangguhan pembelian buat sementara biasanya lebih menguntungkan. Penangguhan pembelian ini sangat bersesuaian bagi pembelian yang bersifat 'Kehendak' dan bukannya 'Keperluan'. Sebagai contoh, ada mereka mendapat harga yang murah bagi pakaian berjenama. Walaupun, barangan yang dibeli sudah sedikit 'out-dated', namun jika difikirkan ia masih berbaloi dan tidak merugikan pembeli. Ia bukan sahaja membuktikan bahawa tanpa memiliki barangan tersebut beberapa bulan, kita masih 'hidup' dan ceria sehingga kini. Selalunya, mereka yang sukar untuk menangguhkan kehendak akan mudah terjebak ke lembah 'Hutang Mahu'. Pernah saya kongsikan sebelum ini di 'Hutang Mahu' atau 'Hutang Perlu'

Pengajaran #2: Jauhi Perkara 'Misteri' dan 'Nasib'
Bukan sahaja dalam pembelian 'Fukubukuro' dinasihatkan untuk kita menjauhi jualan yang hanya bergantung kepada nasib atau membeli beg-beg misteri yang tidak diketahui isinya. Begitu juga dalam pelaburan dan pengurusan kewangan seharusnya sedaya-upaya kita cuba jauhi skim-skim pelaburan yang kita sendiri tidak jelas ke mana duit kita akan dilaburkan. Sebagai contoh, terdapat banyak pelaburan sama 'off-line' ataupun 'on-line' yang menjanjikan keuntungan luar biasa tinggi. Kebiasaannya, skim-skim ini hanya memberikan fokus kepada pulangan yang bakal diperolehi dan mencanangkan untung besar yang bakal diperolehi. Lebih misteri, pelaburan dijanjikan tidak akan rugi! Oleh itu, pelabur yang bijak dan berprinsip akan lari jauh-jauh daripada konsep pelaburan sebegini. Barangkali perkongsian SCAM: Inspirasi dan Informasi ini boleh dijadikan panduan.
Pengajaran #3: Simpan Dulu, Baru Labur
Di permulaan tahun baru ini kelihatan ramai yang meletakkan azam untuk melabur sama ada membeli rumah, hartanah, saham dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk keluar daripada 'zon hutang'. Namun, ramai juga yang terlupa asas untuk melabur mahupun keluar daripada 'zon hutang' mestilah bermula dengan membuat simpanan. Ada mereka yang mempunyai hajat yang menggunung tinggi untuk melabur, tetapi hakikatnya tiada simpanan. Kesannya, ada yang sanggup menjerat diri dengan membuat pinjaman untuk melabur. Apalah guna kenaikan gaji diperolehi setiap tahun dan pendapatan yang tinggi pada tahun ini, tetapi terus merungut gaji tak pernah cukup. Pernah saya kongsikan sebelum ini di 6 Sebab Gaji Tak 'Cukup-Cukup'.
Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Semoga berjumpa lagi!

Sumber: http://tokyofashion.com |
Pengajaran #3: Simpan Dulu, Baru Labur
Di permulaan tahun baru ini kelihatan ramai yang meletakkan azam untuk melabur sama ada membeli rumah, hartanah, saham dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk keluar daripada 'zon hutang'. Namun, ramai juga yang terlupa asas untuk melabur mahupun keluar daripada 'zon hutang' mestilah bermula dengan membuat simpanan. Ada mereka yang mempunyai hajat yang menggunung tinggi untuk melabur, tetapi hakikatnya tiada simpanan. Kesannya, ada yang sanggup menjerat diri dengan membuat pinjaman untuk melabur. Apalah guna kenaikan gaji diperolehi setiap tahun dan pendapatan yang tinggi pada tahun ini, tetapi terus merungut gaji tak pernah cukup. Pernah saya kongsikan sebelum ini di 6 Sebab Gaji Tak 'Cukup-Cukup'.
PELUANG BAIK
Akhir kata, bagi mereka yang berada dalam kategori 'biasa-biasa' dan tidak mewarisi harta yang melimpah-ruah, bersamalah kita dalam menambah dan membuat simpanan agar tidak terlepas peluang untuk melabur di kemudian hari. Sentiasalah ingatkan diri, jika kita mempunyai simpanan dan 'berduit', InsyaAllah peluang-peluang baik akan kita temui. Semoga tradisi 'Fukubukuro' ini juga boleh dijadikan panduan dan pengajaran dalam menguruskan kewangan kita.Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Semoga berjumpa lagi!
Fukubukuro: Simpan Dulu, Baru Labur
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsBaru tahu tentang fukuburo...tapi yang saya suka cara packaging di sana. Semua cantik2 dan best2
ReplyBetul tu. Saya pernah berpengalaman, barang yang dibeli dibungkus cantik-cantik walaupun harga barang dibeli agak murah harganya. Terima kasih kerana sudi singgah.
Reply