Subarashii! Hebat Tapi Tak Berisi. |
SUBARASHII
Tempohari sewaktu anak-anak pulang dari sekolah, saya terdengar perkataan 'subarashii' dari mulut mereka. Apabila bermain, mereka juga sebut istilah 'subarashii' ini berulang-ulang. Saya tidak pasti sama ada perkataan 'subarashii' tersebut tepat digunakan pada situasi tersebut ataupun tidak. Namun, yang pasti anak-anak lebih banyak menguasai kosa kata dan cepat penguasaan Bahasa Jepun mereka berbanding kami. Kebiasaannya, perkataan 'subarashii' disebut bagi mengambarkan 'hebat' (great, superb). Barangkali istilah ini biasanya digunakan di sekolah oleh guru mereka dalam merangsang dan memotivasikan anak-anak di sekolah. Atas sebab itu istilah 'subarashii' ini turut menjadi kata-kata yang anak-anak saya gunakan di rumah.
RAKAN JEPUN
Pertama kali saya mendengar perkataan 'subarashii' ini daripada salah seorang rakan Jepun yang berkunjung ke Malaysia sebelum kami berhijrah ke Jepun. Beliau menyebut perkataan 'subarashii' apabila saya berpeluang membawanya melihat-lihat pemandangan di Putrajaya. Pada fikiran saya, barangkali apa yang dilihat beliau di Malaysia tidak sama sepertimana beliau fikirkan sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia. Ini kerana, itulah pertama kali beliau berkunjung ke Malaysia!
SUBARASHII (HEBAT)
Sumber: http://joleneeeeeeeeee.tumblr.com |
Jika dilihat dari aspek positif, perkataan 'subarashii' ini boleh mendorong dan memotivasikan diri untuk menjadi lebih baik dan hebat. Anak-anak yang dirangsang dengan perkataan yang positif akan berusaha dengan lebih gigih untuk membuktikan bahawa mereka juga hebat, atau boleh lakukan! Namun, ada perbezaan yang ketara yang perlu difahami untuk jadi 'hebat' iaitu 'tidak mahu kalah untuk menjadi hebat' atau 'tidak mahu kalah untuk mahu kelihatan hebat'.
Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
KELIHATAN HEBAT
Apabila memperkatakan tentang 'kehebatan', ada yang sanggup 'kelihatan hebat' sehinggakan mengamalkan sikap tidak mahu kalah dalam hidup mereka. Sebagai contoh, tidak mahu kalah dengan adik-beradik, tidak mahu kalah juga dengan rakan-rakan sekerja, tidak mahu kalah dengan jiran-jiran dan sebagainya. Disebabkan tidak mahu kalah dan untuk terus 'kelihatan hebat', ada juga yang sanggup terjebak dengan 'hutang mahu'. Saya pernah kongsikan sebelum ini di 'Hutang Mahu' vs 'Hutang Perlu'.KAYA TIDAK BERHARTA
Akhir kata, bersamalah kita berusaha mengelakkan diri daripada mahu 'kelihatan hebat' berbanding orang lain sehingga terjebak dalam 5 Petanda Kaya Tidak Berharta. Apa guna kelihatan hebat, hakikatnya duit gaji atau pendapatan bulanan langsung tidak boleh dijadikan simpanan. Perlukah kelihatan hebat, sehinggakan duit buat orang tua pun beralasan tidak mampu untuk dihulurkan. Apa guna juga kelihatan hebat dan tidak mahu kalah dengan orang lain sedangkan 'kad kredit' dan 'pinjaman peribadi' hanya sebagai 'kosmetik' dan penghias diri untuk kelihatan hebat. Apalah gunanya juga kelihatan hebat, sedangkan rumah yang besar sering terasa sempit. Jika ada mereka yang berada dalam situasi ini, mungkin sesuai kita digambarkan "Subarashii! Hebat! Tapi Tak Berisi".Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Subarashii! Hebat! Tapi Tak Berisi.
4
/
5
Oleh
Unknown
4 comments
Write commentsSalam dari jauh....
ReplyTerima kasih Adi Pradana, salam perkenalan juga dari kejauhan.
ReplyTuan Isma,
ReplyAssalam..saya da email tuan.
Dozo yuroshiku onegaishimasu!
Terima kasih Farhana Muslim kerana sudi singgah dan bertanyakan soalan berkaitan perkongsian blog ini. Saya juga telah membalas email Farhana Muslim.
ReplyArigatou Gozaimasu! Matane.