Wednesday, May 13, 2015

Bebas Hutang: 'Tenang dan Mendamaikan'

Bunga Sakura yang baru mekar

'HANAMI PARTY'

Tempohari berkesempatan untuk menyertai sambutan Hanami bagi kelas nihongo (Bahasa Jepun) isteri. Layanan dan kesungguhan sensei mengajar Bahasa Jepun menjadikan kami tidak sampai hati untuk menolak jemputan sensei kepada kami sekeluarga. Hanami atau maksud lain melihat bunga umumnya merujuk kepada melihat bunga sakura yang sedang mekar. 'Hanami Party' merupakan tradisi masyarakat Jepun yang diadakan sewaktu musim bunga bermula pada April. Bagi masyarakat Jepun bunga sakura mengambarkan lambang kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan setelah menempuh musim sejuk. Selain itu, 'hanami party' juga merujuk kepada sessi berkumpul dan makan-makan bersama rakan-rakan di bawah pohon sakura. 

TENANG DAN MENDAMAIKAN

Bebas Hutang: 'Tenang dan Mendamaikan'
Bebas Hutang: 'Tenang dan Mendamaikan' 
Teringat saya setelah saya membuat bayaran penuh hutang kereta dahulu, pernah saya berazam untuk tidak mahu lagi mempunyai lagi hutang kereta. Terasa lama sungguh tempoh 9 tahun pinjaman kereta yang pernah saya buat sebelum ini walaupun ia hanyalah merupakan sebuah kereta Wira dengan bayaran bulanan hampir RM600 sebulan. Setelah saya membuat bayaran penuh (full settlement) di bank terasa bebanan bayaran bulanan selama ini 'hilang dan mendamaikan'. Dua hutang besar yang sempat saya langsaikan kesemua sekali dalam tempoh lebih awal iaitu hutang kereta dan hutang pendidikan isteri saya. Perasaan yang sama juga iaitu 'ketenangan dan mendamaikan' apabila kami berupaya melangsaikan kesemua hutang tersebut lebih awal. Bayaran hampir RM800 sebulan untuk kedua-dua hutang terasa begitu banyak dan lebihan duit tersebut perlu dibuat sesuatu untuk memastikan ia tidak digunakan bagi membeli kereta lain atau 'terbelanja'.

GATAL TANGAN

Apabila ada duit lebih, maka bermulalah datang dalam fikiran nak beli barang bagi dijadikan benda. Mulalah juga 'gatal tangan' mencari barang-barang yang ingin dibeli sama ada hendak dijadikan hiasan atau sebagai hobi. Peringkat awal, saya mula terfikir untuk membeli perabot di rumah memandangkan rumah kami tiada perabot. Mulalah juga datang idea nak beli karpet yang baik sikit untuk mengantikan tikar buluh yang semakin lusuh. Bila memandu di jalanraya tertanya-tanya juga kenapa tidak membeli kereta yang lebih besar untuk kemudahan keluarga. Lebih-lebih lagi apabila saya minat sangat melihat Proton mulai membuat jualan Proton MPV Exora yang dilihat bersesuaian bagi keselesaan keluarga saya. Entahlah, sudah menjadi kebiasaan bila duit lebih ditangan mulai kepala dok terfikir untuk membeli atau penyakit 'gatal tangan' mula melanda. Tidak termasuk lagi apabila ada rakan-rakan yang bertukar kereta baru walaupun mereka lebih muda dan ada yang baru bekerja di organisasi yang sama. Kekadang terasa teringin dan sedikit 'tergoyang' keazaman dalam diri. 

1 DINAR

Simpan Emas Halang Duit Bocor
Simpan Emas Halang Duit Bocor
Saya mulai membuat simpanan emas secara kecil-kecilan bermula dengan 1 Dinar. Matlamat utama daripada duit lebih terbelanja adalah lebih baik saya gunakan duit itu untuk membeli emas. Namun, untuk membeli emas di kedai pastinya kosnya agak tinggi. Terfikir juga, kalau beli rantai atau gelang tangan berapa banyak isteri atau anak-anak saya nak pakai di badan. Untuk sekadar disimpan di rumah dan 'ditayang' dikala hari raya adalah tidak selamat  lebih-lebih lagi dengan kejadian ragut dan sebagainya. Lagipun, isteri saya tak berapa gemar memakai barang kemas. Akhirnya, saya menemui salah satu alternatif yang membolehkan saya membeli dalam kuantiti yang kecil dan belian boleh dibuat secara konsisten. Kali pertama membeli emas terasa seronok kerana dapat 'lindungi' duit lebihan saya daripada terbeli barang-barang yang tidak diperlukan. Kedua, sifat emas yang menarik perhatian bagi dijadikan koleksi atau hobi baru.

PASTIKAN EMAS FIZIKAL

Risiko Pelaburan Emas
Risiko Pelaburan Emas
Bagi saya dalam simpanan mahupun pelaburan emas sebaiknya adalah dengan memiliki emas secara fizikal. Maksudnya, jika membeli emas atau membuat pelaburan emas pastikan emas dapat ditangan. Janganlah kita terperangkap dengan SKIM PELABURAN EMAS tetapi emas fizikal tidak dapat dipegang ditangan. Sekarang ini terlalu banyak skim yang menggunakan emas sebagai pendekatan menarik perhatian untuk orang melabur. Pelabur dijanjikan pulangan daripada simpanan dan pelaburan emas tanpa kita dapat memegang emas tersebut. Sangat-sangat dikhuatiri apabila emas tiada ditangan, apabila syarikat 'gulung tikar', atau pemilik menghilangkan diri mahupun syarikat tersebut disita kerana disabit kesalahan kita hilang kesemua simpanan yang dimiliki.

SIMPAN EMAS

Saya melihat emas sebagai salah satu pendekatan untuk 'jadikan benda' atau hobi apabila 'gatal tangan' ingin membelanjakan duit lebihan. Dinar emas yang dibeli disimpan dan saya sendiri tidak pernah menjual emas milik saya sehingga kini. Saya hanya pastikan bilangan emas saya bertambah dari tahun ke tahun. Melalui cara ini saya dapat memastikan lebihan duit saya hanya membeli barang-barang yang ada nilai. Saya sendiri tidak peduli sama ada harga emas turun atau naik. Jika saya mengamalkan strategi tunggu harga emas turun baru hendak beli, saya sangat khuatir lebihan duit akan 'terbelanja'. Barangkali perkongsian LEBIH BAIK 'LABUR' DARIPADA 'LEBUR' dan 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MELABUR EMAS boleh dijadikan bacaan santai yang lain. 

Related Posts

Bebas Hutang: 'Tenang dan Mendamaikan'
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak