Sunday, May 17, 2015

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Malaysia dan Jepun

ELAUN BULANAN ISTERI

Umumnya isteri saya 'agak konsisten' menyimpan di Tabung Haji (TH) untuk matlamat kewangannya bagi menunaikan haji suatu hari nanti. Kesilapan yang saya sendiri tidak perasan dan nasihatkan isteri adalah untuk membuat potongan terus gaji saya ke akaun TH kami. Selain itu juga kami terlupa sangat untuk aktifkan sistem ATM di bank bagi kemudahan TH sebelum berlepas ke Sendai, Jepun. Maka, duit 'elaun bulanan isteri' yang diberikan kepadanya setiap bulan beliau seakan tidak tahu hendak disalurkan ke mana. Sebelum ke sini, duit elaun tersebut bolehlah dia membuat simpanan, beri wang saguhati kepada ibu mertua, beli tudung, jubah dan pelbagai eksesori perhiasan wanita yang saya sendiri pun tidak faham sangat. Rasanya pakaian dan eksesori lelaki lebih 'mudah' dan 'murah'.

BELI DAN SIMPAN EMAS

Suatu hari dia terdetik untuk 'beli dan simpan' emas serta berhasrat untuk mulai menyimpan emas secara kecil-kecilan sebagai permulaan. Kerungsingan isteri saya adalah kaedah pembelian emas dengan selamat dan yang paling penting dia boleh membuat belian secara konsisten dari luar negara. Oleh kerana tahun depan kami merancang untuk pulang ke Malaysia bagi menyambut Aidilfitri disana. Maka, saya cadangkan isteri saya untuk membuat simpanan emas dan pada tahun hadapan simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan bagi tujuan dan matlamat kewangan yang lain.

GAP DAN BELI EMAS

Lantas saya mencadangkan isteri saya untuk menggunakan kaedah Gold Accumulation Program (GAP) yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG). Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI. Peringkat awal saya agak ragu-ragu dengan pembelian emas melalui GAP kerana saya lebih berminat untuk membuat simpanan emas fizikal. Ini kerana, sebelum ini saya telah membeli emas Public Gold dan akan memastikan emas fizikal berada di tangan. Itu yang saya praktikkan sebelum ini iaitu pembelian mesti mendapat emas fizikal! Namun, oleh kerana kami kini berada di luar negara satu pendekatan lain perlu difikirkan. Apabila Public Gold memperkenalkan pendekatan pembelian secara GAP dan syarikat ini sudah lama dalam industri emas maka saya berasa yakin untuk membuat pembelian emas di PG.

6 SEBAB BELI EMAS MELALUI GAP

Terdapat 6 sebab saya mencadangkan isteri saya menggunakan keedah GAP.

Sebab #1 - Mudah
Kaedah GAP memudahkan urusan pembelian emas kerana boleh membeli secara talian (on-line). Pembelian emas melalui GAP mirip kepada Akaun Emas yang ditawarkan oleh bank-bank yang lain. Kemudahan melalui Public Gold (PG) harga boleh dipantau setiap hari melalui laman web http://publicgold.com.my/v1/ dan pembelian minimum serendah 1 gram boleh dibuat. Perlu difahami juga emas yang dibeli melalui Public Gold berketulenan 999 atau 24K dan diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Malah lebih menguntungkan tidak dikenakan Good Service Tax (GST)!

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Emas Public Gold (PG)

Sebab #2 - Selamat
Isteri saya tidak perlu runsing berkaitan tempat untuk menyimpan emas dengan selamat. Ini kerana, pembelian emas melalui GAP akan disimpan oleh pihak PG selagi kita  tidak membuat pengeluaran emas fizikal. 'Gold premium' akan dikenakan semasa untuk membuat pengeluaran kelak. Jika dilihat jadual caj yang dikenakan bergantung kepada jumlah gram yang hendak dikeluarkan. Lebih banyak gram yang dikeluarkan lebih rendah 'gold premium' yang dikenakan kepada pelanggan. Maka, jika kami ingin membeli emas dan disimpan sepanjang kami di luar negara ia dilihat berbaloi. Selain itu, pembelian melalui kaedah GAP akan disimpan di PUBLIC SAFE dan turut dilindungi insurans.

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
Dilindung Public Safe oleh Public Gold (PG)

Sebab #3 - Menyimpan
Konsep GAP juga dapat memupuk kepelbagaian dalam amalan menyimpan. Ini kerana, emas boleh dibeli dalam kuantiti yang kecil dan serendah 1 gram. Jika isteri saya ingin menukar emas yang dimiliki kepada barang perhiasan emas juga boleh dibuat kelak. Selain itu, emas yang disimpan juga boleh dijual semula kepada PG suatu hari nanti jika memerlukan wang tunai. Sebagai contoh, jika isteri saya ingin menjual semula emas tersebut, dia boleh 'lock harga' secara talian (online) dan Public Gold akan membayar terus ke dalam akaun Maybank isteri saya.

Sebab #4 - Konsisten
Pembelian emas melalui PG boleh dibuat minimum sebanyak 1 gram. Maka, ia boleh disimpan secara konsisten kerana nilai pembelian bagi 1 gram di antara RM145 - RM155 boleh dijadikan simpanan yang konsisten setiap bulan. Harga PG juga bergantung kepada harga semasa yang berubah setiap jam 12:00 malam (waktu Malaysia).

Sebab #5 - Syarikat Lama dan Banyak Cawangan
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, saya melihat syarikat Public Gold merupakan syarikat yang lama dan berpengalaman dalam industri emas ini serta mempunyai kepelbagaian produk. Kelebihan Public Gold yang mempunyai cawangan yang banyak di seluruh Malaysia membolehkan pembeli emas mendapatkan emas fizikal dengan mudah. Jika saya di Malaysia, setiap pembelian saya akan segera ke cawangan Public Gold berdekatan untuk mengambil emas fizikal. Ini kerana, secara peribadi saya melihat simpanan atau pelaburan emas sebaiknya adalah dengan mempunyai emas fizikal yang dapat dapat disimpan dan dipegang. Saya cuba mengelakkan diri daripada mana-mana SKIM PELABURAN EMAS yang menggunakan emas sebagai pendekatan menarik perhatian orang melabur. Skim-skim ini biasanya menjanjikan pulangan yang lumayan daripada simpanan atau pelaburan emas TANPA kita dapat memegang emas tersebut. Oleh kerana Public Gold mempunyai cawangan banyak, secara memudahkan urusan 'lock harga' dan ambil sahaja di mana-mana cawangan terdekat untuk mendapatkan emas fizikal.

Simpan dan Labur Emas Public Gold
Senarai Cawangan Public Gold (PG) Seluruh Malaysia
Sebab #6 - Modal Pelaburan Hartanah
Secara peribadi saya tidak menganggap emas sebagai satu-satunya pendekatan pelaburan terbaik. Masih banyak lagi pendekatan pelaburan yang boleh menjana pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, hartanah boleh dijadikan sebagai pelaburan yang baik dalam menjana keuntungan pada masa hadapan. Keuntungan daripada pelaburan hartanah bukan hanya diperolehi melalui penjualan hartanah tersebut pada masa hadapan malah ia berupaya menjana PENDAPATAN PASIF setiap bulan. Namun, perlu difahami pelaburan hartanah memerlukan modal, maka simpanan emas yang kami miliki ini boleh dijadikan sebagai modal untuk kami beralih kepada pelaburan hartanah pada masa hadapan.

4 LANGKAH BELI EMAS MELALUI GAP

Langkah #1 -  Lihat dan Pantau Harga Semasa Emas
Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Contoh Harga Semasa Pada 6 Mei 2015
Sebelum membuat pembelian, harga terkini per gram boleh dilihat dan dipantau melalui laman web Public Gold (http://publicgold.com.my/v1/). Umumnya, harga GAP disemak sehari sekali kerana harga berubah selepas jam 12.00 malam (Waktu Malaysia). Rakan baik saya yang memperkenalkan saya dengan emas iaitu Mohd. Zulkifli Shafie pernah menasihatkan saya agar sebaiknya membayar harga 1 gram dan bukannya mengikut harga RM100. Ini kerana dikhuatiri pembelian mengikut RM100 tidak patuh syariah. Sebagai contoh, jika ingin membuat simpanan 1 gram, 'bank-in' duit genap-genap RM150 dan seterusnya mengikut harga semasa.

Langkah #2 -  'Bank-in' Wang Ke Akuan Public Gold (PG)

Bank in harga 1 gram atau bilangan gram yang yang telah dipersetujui ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) dan pastinya atas nama "PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD".

Langkah #3 -  Email/ WhatsApp/ SMS Maklumat Ke 017-486 6916 (No. Telefon Public Gold)

Untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold, isteri saya hanya menggunakan kaedah email dan WhatsApp. Pendekatan ini lebih mudah dan cepat. Isteri saya hanya menggunakan telefon untuk 'snapshot' bukti bayaran dan menggunakan 'print screen' slip bayaran Maybank untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold.

Maklumat yang diperlukan semasa Email/ WhatsApp

Melalui Email

Norahadiah Binti Badzis (Nama Penuh)
791007-01-XXXX (No. Kad Pengenalan)
013 368 XXXX (No. telefon)
hadiah_7109@yahoo.com (Email)

RM737 (Jumlah pembayaran)
1.5.2015 (Tarikh pembayaran)
10:06AM (Masa pembayaran)

PG053895 Isma Addi Jumbri (Introducer)

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
E-Mail isteri saya kepada pihak Public Gold (PG)
Emailkan slip bayaran dan 'print screen' pembayaran tersebut ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada mana-mana introducer yang boleh membantu jika perlukan bantuan atau follow-up dengan pihak Public Gold kelak. Sebagai contoh, isteri saya meletakkan saya sebagai introducer, maka slip bayaran tersebut turut cc ke ismaaddi@gmail.com. 

Melalui WhatsApp

Saya turut mencadangkan isteri saya untuk membuat 'snap shot' bukti pembayaran dan hantar melalui WhatsApp ke nombor telefon Public Gold di 017-486 6916. Berikut contoh yang isteri yang buat untuk memaklumkan kepada pihak Public Gold melalui WhatsApp.

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Print Screen WhatsApp yang dihantar isteri saya ke Public Gold (PG) di Malaysia

Langkah #4 -  Simpan Bukti/ Slip Pembayaran dan Penyata GAP

Labur dan Simpan Emas di Public Gold
Resit Rasmi Pembelian Emas di Public Gold (PG)
Kebiasaannya dalam tempoh 2 hari bekerja resit rasmi pembelian akan diemailkan kepada para pembeli. Dinasihatkan resit-resit tersebut disimpan baik bagi membuat tuntutan emas fizikal kelak. Kini, isteri saya sudah boleh membuat tambahan bagi pembelian dan simpanan emas di Public Gold melalui 4 langkah mudah. Semoga kaedah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan emas secara kecil-kecilan. Sekarang, tidak kira di mana kita berada sama ada di luar negara pendekatan GAP boleh digunakan  untuk merealisasikan konsep 'beli dan simpan' emas.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan dan pelaburan emas dicadangkan membaca dahulu perkongsian 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS. 
Semoga bermanfaat!

Related Posts

'Beli dan Simpan Emas' dari Luar Negara
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
March 4, 2016 at 1:44 PM

assalamualaikum tuan, saya shafiq..pun tinggal dijepun..since saya kerja kat sini so mainly duit saya kat jepun, ada tak cara-cara untuk saya beli GAP tanpa transfer duit ke malaysia dahulu? senang cakap beli direct dari sini terus (paypal/credit card etc)

Reply
avatar
March 4, 2016 at 6:34 PM

Pertamanya terima kasih Shafiq Ahmad kerana sudi singgah di blog ini. Salam perkenalan dari saya yang kini di Sendai. Terus-terang saya katakan setakat hari ini, pembelian emas melalui GAP dengan kaedah paypal/ kredit kad masih belum dilaksanakan lagi oleh Public Gold. Saya lihat ini merupakan idea yang sangat baik dan pihak PG boleh difikir-fikirkan untuk dilaksanakan. Secara peribadi saya lihat pendekatan paypal sangat baik dan bersesuaian. Namun, pembelian emas melalui kad kredit barangkali perlu diperhalusi dari aspek caj dan yang paling penting sekali dari sudut muamalah Islam. Saya boleh bantu Shafiq jika ingin memulakan pembelian emas PG melalui GAP untuk peringkat permulaan. Idea Shafiq untuk PG memperkenalkan pembelian GAP melalui paypal telah saya bawakan ke atas untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan PG. Shafiq boleh hubungi saya di ismaaddi@gmail.com untuk maklumat lanjut bagi merealisasikan hasrat Shafiq untuk membuat pembelian emas PG melalui GAP. Terima kasih dan salam perkenalan dari saya.

Reply

Tudung kanak-kanak