Doa 'Keluarga Bahagia' |
MAJLIS ILMU
Hari ini saya berkesempatan 'terdengar' majlis ilmu bagi golongan ibu-ibu atau isteri-isteri warga Malaysia di Jepun. Majlis ilmu ini merupakan perkongsian kerohanian dalam ke arah saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain khususnya kaum-kaum ibu yang mengikut suami ke Jepun sama ada si suami bekerja atau melanjutkan pengajian di sini. Saya secara peribadi sangat menggalakkan isteri saya untuk melibatkan diri dengan mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan di sini sama ada dalam meningkatkan keupayaan bahasa Jepun (nihongo) dan lebih-lebih lagi majlis-majlis ilmu keagamaan/ kerohanian. Kini, majlis-majlis ilmu seperti ini juga boleh disertai secara dalam talian (online) melalui media-media sosial.
PENGISIAN BUAT ISTERI
Sebagai contoh, dalam tempoh seminggu jadual isteri saya di sini padat dipenuhi dengan pelbagai majlis ilmu. Seminggu sahaja kelas Nihongo dia hampir 4 hari seminggu, ditambah lagi dengan pengisian ilmu agama hampir 3 hari seminggu dalam selang masa yang berbeza. Hari ini sahaja, dalam perjalanan ke kelas nihongo yang dianjurkan secara percuma di Sendai isteri saya masih boleh mendengar kuliah-kuliah dan pengisian kerohanian yang sangat baik daripada rakan-rakan 'alam maya' dari seluruh Jepun malah ada di antara mereka yang telah pulang ke Malaysia masih mengikuti majlis ini. Kesemua pengisian ini menjadikan kehidupan isteri saya di sini walaupun tidak bekerja penuh dengan pelbagai aktiviti di samping urusan anak-anak dan kerja-kerja di rumah yang pasti tiada hentinya.
TERSENTAP
Hari ini saya agak 'tersentap' apabila 'terdengar' sesi memperkenalkan diri (taaruf) rakan baru dalam kumpulan (group) tersebut. Rakan baru ini tidak sampai sebulan tiba di Jepun bagi menemani suaminya yang melanjutkan pengajian di salah satu daerah di Jepun. Lebih mengejutkan saya, si suami menyambung pengajian di sini bukan kerana mendapat tajaan daripada mana-mana agensi atau universiti di Malaysia. Ini bermakna, si suami tidak terikat untuk pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian PhD nanti. Saya 'terdengar' kerana kebetulan hari ini saya rajin untuk menghantar isteri saya ke kelas nihongo di bandar dan isteri saya pula terlupa membawa earphone telefon bimbitnya. Jadi saya boleh dikategorikan sebagai 'terdengar' dan bukanlah 'curi dengar' dalam situasi ini.
Semasa sesi perkenalan (taaruf), ada ahli group yang bertanyakan mengenai pekerjaan rakan tersebut sebelum ini dan adakah mengikut suami melalui kemudahan Cuti Tanpa Gaji. Namun, dijelaskan rakan tersebut bahawa beliau membuat keputusan untuk 'berhenti kerja' walaupun sebelum ini beliau merupakan seorang guru yang mengajar subjek kritikal dan terpaksa membuat keputusan tersebut setelah permohonan kelulusan bagi Cuti Tanpa Gaji menemui jalan buntu.

BERHENTI KERJA
Sejak permulaan apabila saya 'terdengar' cerita dan nada suaranya, saya merasakan seakan-akan rakan baru isteri saya ini masih tersimpan perasaan 'ralat' dengan keputusannya untuk berhenti kerja. Lebih-lebih lagi orang yang paling hampir iaitu keluarga kandung sendiri yang seakan-akan tidak menyokong keputusan dia untuk berhenti kerja. Ditambah lagi dengan 'dimomokkan' dengan pelbagai cerita yang menakutkan apabila isteri berhenti dan tiada kerja. Tidak kurang juga turut 'dimomokkan' dengan kesukaran mendapat pekerjaan selepas pulang ke Malaysia kelak. Maka, bertambahlah risau dan takutlah si isteri dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Namun, dek kerana amanah sebagai isteri, sayangnya kepada suami dan merasakan tempat isteri adalah disisi suami beliau tetap membuat keputusan untuk berhenti kerja bagi mengikut suami ke Jepun. Rupa-rupanya bukan beliau sahaja yang berada di dalam situasi ini. Hampir majoriti ibu-ibu yang berada dalam group tersebut membuat keputusan yang sama iaitu berhenti kerja kerana mengikut suami ke sini termasuklah isteri saya. Ada di kalangan mereka yang berjawatan tinggi dalam organisasi sebelum ini malah ada juga yang bekerja di sektor kerajaan turut mengambil keputusan yang sama untuk berhenti kerja. Dalam beberapa minit, majlis ilmu sebentar tadi menjadi sesi motivasi bagi ibu-ibu tadi dan mereka saling berkongsi pengalaman serta memberikan semangat buat rakan baru dalam group tersebut.
PENGORBANAN ISTERI
Pengorbanan Isteri |
Begitulah pengorbanan isteri yang bukan hanya sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kita malah ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengikut suami mereka berada di di luar negara dalam tempoh beberapa tahun. Oleh itu, saya berpendapat sebagai tanda penghargaan buat si isteri, suami seharusnya memberikan ganjaran berbentuk 'duit' buat si isteri daripada sebahagian gaji atau pendapatan yang diperolehi suami setiap bulan.
Benar dan tidak dinafikan si suami bukan sahaja telah berikan yang terbaik untuk keperluan di rumah dan juga bukan sahaja berjaya membesarkan 'anak-anak' malah juga turut berupaya 'membesarkan' isteri dengan keperluan makanan dan minuman yang sehinggakan kadang kala melebihi 'kadar cukup'. Namun, apalah yang perlu berkira dengan pemberian 'duit' tersebut sebagai menghargai segala pengorbanan si isteri yang tidak ternilai harganya. Pemberian tersebut boleh dianggap seakan 'gaji bulanan' buat si isteri bagi membolehkan dia tetap terus dapat memberikan pemberian bulanan buat ibu/ayahnya atau setidak-tidak berupaya menghulurkan bantuan di kala adik-beradiknya memerlukan bantuan. Pastinya juga si isteri ada keperluan untuk bergaya dan membeli barang peribadinya sebelum ini. Bayangkanlah setelah isteri membuat keputusan berhenti kerja, maka terputuslah punca pendapatan si isteri yang diperolehi mereka sebelum ini. Sekurang-kurangnya pemberian tersebut akan dapat mengurangkan ralat si isteri.

GANJARAN BUAT ISTERI
Ganjaran 'duit' buat isteri secara konsisten setiap bulan juga mampu mendidik suami untuk HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN. Jika tidak, dikhuatiri si suami 'terbelanja' melebihi daripada kemampuan sebenar. Pengalaman saya memerhatikan rakan-rakan saya yang isterinya membuat keputusan berhenti kerja kerana atas dasar keluarga majoriti mereka tidak hidup melarat. Malah, kehidupan mereka tetap cukup, bahkan lebih sempurna. Tidak kurang juga terdapat situasi si isteri yang sanggup hidup berkejauhan dan tidak sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana suami dan isteri tersebut telah terjebak dalam PERANGKAP HUTANG!
Perangkap Hutang |
Sebagai contoh, ada mereka yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri telah mengambil pinjaman peribadi (personal loan) setiap orang hanya semata-mata untuk melihat majlis perkahwinan bergermelapan dan berprestij. Atas sebab itu dalam tulisan saya sebelum ini mengajak untuk kita fikirkan supaya AZAMLAH KAHWIN TANPA HUTANG! Ada juga mereka yang sebelum berkahwin, setiap orang telah membeli kereta yang 'PALING MAMPU' hanya kerana merasakan perlunya kereta bagi ke tempat kerja. Barangkali perkongsian PILIHAN 2K (KAHWIN ATAU KERETA) boleh dibaca bagi mereka yang dilema dalam membuat keputusan sama ada berkahwin atau pembelian sebuah kereta.
Selepas berumahtangga pula, pasangan tersebut tanpa berfikir panjang terus membuat keputusan untuk membeli rumah impian yang PALING MAMPU atas alasan harga rumah semakin meningkat saban tahun. Apabila rumah yang PALING MAMPU telah dimiliki, rumah tersebut pula perlu dihiasi dengan kabinet dapur yang paling PALING MAMPU. Maka, diteruskan lagi dengan pinjaman peribadi atas dasar untuk mencantikkan rumah dan memenuhi perabot bagi mengisi kekosongan rumah yang PALING MAMPU tadi. Itu tidak termasuk lagi dengan hutang kad kredit atas alasan MAMPU dan BERKEMAMPUAN. Maka, berterusanlah membina hutang atas dasar beli yang PALING MAMPU dan saya juga BERKEMAMPUAN!

ISTERI BEKERJA
Bagi saya, isteri bekerja merupakan SIMPANAN TAMBAHAN buat isteri. Pemberian 'duit' buat isteri daripada gaji bulanan suami ditambah lagi dengan gaji bulanan isteri yang bekerja akan menjadikan simpanan isteri bertambah setiap bulan dan boleh diibaratkan BONUS bulanan bagi isteri. Ajarlah isteri membuat pelaburan bagi keperluan masa hadapan. Sebagai contoh, simpanan emas fizikal boleh dijadikan permulaan sebelum melangkah ke pelaburan yang lebih besar dan berisiko. Baru-baru ini saya mencadangkan isteri saya untuk membuat simpanan emas dalam tulisan BELI DAN SIMPAN EMAS DI LUAR NEGARA. Sebaiknya, duit gaji isteri yang banyak dan berlebihan boleh dijadikan modal dalam menambah HARTA pada masa hadapan dan bukannya menambah HUTANG MUDARAT!
BINA KELUARGA BUKAN BINA HUTANG
Sebagai nasihat buat diri ini, jadikanlah duit gaji isteri sebagai menambah duit simpanan si isteri dan bukanlah menambah HUTANG terutama sekali HUTANG MUDARAT. Sentiasa ingatkan diri agar tidak jadikan gaji isteri sebagai cagaran dalam menangung komitmen kewangan serta menambah hutang dalam kehidupan berkeluarga. Berbelanja dan hiduplah seadanya dalam lingkungan gaji suami. Dikhuatiri sangat apabila suami dan isteri terjebak dengan perangkap hutang menjadikan hutang-hutang tersebut sebagai tali yang mengikat diri (suami dan isteri) dengan pemberi-pemberi hutang. Pada masa itu si suami dan isteri terpaksa untuk terus terbelenggu dengan situasi sukar di antara 'membina hutang dan membina keluarga'. Jika ini berlaku, pastinya sukar untuk si isteri membuat keputusan berhenti kerja jika keputusan tersebut terdesak atau perlu sangat diputuskan. Lebih parah lagi, si suami pula seakan tidak reda dan susah hati apabila si isteri membuat keputusan untuk tidak bekerja. Maka bersamalah meletakkan matlamat ke arah 'MEMBINA KELUARGA dan bukannya MEMBINA HUTANG!".
Sekadar perkongsian dan ingatan buat diri sendiri dan mereka yang sudi membaca. Salam hormat.
'Bina Hutang' vs 'Bina Keluarga'
4
/
5
Oleh
Unknown
4 comments
Write commentsSaya suka membaca tulisan tuan. Ingatkan saya pengorbanan isteri saya. Terima kasih ingatkan saya.
ReplyTerima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Sama-sama mengingatkan. Semoga ia bermanfaat.
ReplySaya pernah mengalami situasi yang sama. Setelah hampir 3 tahun akhirnya setelah berbincang saya yang membuat keputusan untuk berhenti kerja. Allah bantu saya apabila saya buat keputusan dan tak disangka rezeki saya lebih baik apabila mengutamakan keluarga. Satu lagi kena yakin dengan rezeki dan pertolongan Allah swt. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyTerima kasih Musa juga atas kesudian singgah di blog ini. Saya juga tertarik dengan perkongsian pengalaman Musa. Saya doakan perjalanan kehidupan Musa akan dipermudahkan olehNya. Amin
Reply