5 Petanda Kaya Tak Berharta |
INGIN MENJADI KAYA
Menjadi kaya tidak menjadi kesalahan malah sangat-sangat digalakkan. Jika kaya, kita mampu berzakat, boleh menolong orang yang susah, tidak dipandang hina dan pastinya kehidupan lebih selesa. Namun, janganlah mengamalkan kehidupan kelihatan kaya tetapi sebenarnya tidak berharta. Nampak kaya, poket kosong. Sakan berbelanja seakan berduit, tetapi tiap-tiap bulan terasa sempit dan tersepit.Terdapat 5 petanda seseorang itu kelihatan kaya, hakikatnya tidak berharta.
PETANDA #1 - 10% PUN TAK DAPAT SIMPAN
Target Simpan 10 % |
Ramai pakar dan penulis buku-buku pengurusan kewangan mencadangkan agar seseorang itu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan atau gaji yang diterima. Sebagai contoh, jika gaji RM3000 maka simpanan sebanyak RM3000 x 10%=RM300 setiap bulan perlu diterima sebagai ganjaran terhadap diri. RM300 tersebut akan disimpan sebagai 'dana kecemasan' di kala memerlukan.
PETANDA #2 - TIADA 'DANA KECEMASAN' 6 BULAN
Seringkali diingatkan setiap orang tidak kira masih bujang mahupun telah berkeluarga perlu mempunyai 'dana kecemasan' sebanyak 6 bulan. Sebagai contoh jika pendapatan RM3000, maka jumlah simpanan bagi 'dana kecemasan' ini perlu ada sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18,000. Lebih banyak 'dana kecemasan' yang anda miliki adalah lebih baik, terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan ahli keluarga yang ramai. Dana kecemasan ini hanya akan digunakan apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan dan lebih teruk lagi jika seseorang itu menjadi mangsa diberhentikan kerja. Tempoh masa 6 bulan dianggap masa yang bersesuaian untuk bangkit semula daripada situasi-situasi tersebut.
PETANDA #3 - KAD KREDIT PENDAPATAN TAMBAHAN
Oleh kerana gaji telah terlebih digunakan, maka kad kredit pula menjadi alternatif sebagai pendapatan tambahan atau sumber pilihan. Ini merupakan tindakan yang silap dan boleh mengundang seseorang terjebak ke lembah hutang kad kredit. Asyik berbelanja dan bergaya, hakikatnya setiap bulan hanya mampu membuat bayaran minimum daripada penggunaan kad kredit. Saya sentiasa cuba sedaya upaya untuk tidak memiliki kad kredit dan lebih cenderung menggunakan kad debit jika perlu.
PETANDA #4 - ANSURAN BULANAN KERETA TERTANGGUH
Bersedia Untuk Kecemasan |
Memandu kereta baru memang seronok. Namun, jika ansuran bulanan kereta mulai tertangguh walaupun sebulan ia telah menjadi tanda awal bahawa kita kelihatan kaya tetapi sebenarnya tidak berharta. Apalah yang dibanggakan memandu kereta ke sana ke mari, hakikatnya ansuran bulanan kereta sering tertangguh. Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, sebaiknya tangguhkan pembelian kereta sehingga 'benar-benar' memerlukannya.
PETANDA #5 - RUMAH BESAR TERASA SEMPIT
Rumah Kecil Terasa Lapang |
Jika setiap bulan kita mulai mengeluh untuk membayar sewa rumah kepada tuan rumah ataupun telah mendapat notis kelewatan membayar ansuran bulanan rumah di bank, ia menggambarkan 'rumah besar kini terasa sempit'. Apa guna ruang rumah yang besar, namun kita mengeluh untuk membayar sewa atau membayar ansuran di bank. Lebih baik rumah yang kecil, tetapi kita terasa tenang dan lapang. Terdapat pandangan yang menyatakan sebaiknya jumlah bayaran bulanan rumah tidak melebihi 25% pendapatan bulanan seisi keluarga. Sebagai contoh, jika suami sahaja yang bekerja dengan gaji RM3000, maka rumah yang patut di sewa atau bayaran bulanan di bank tidak melebihi RM3000 x 25% =RM750 sebulan.
Seharusnya tanda-tanda awal ini memberikan kita peringatan untuk menyemak semula perbelanjaan harian dan kedudukan kewangan kita. Semoga bermanfaat.
5 Petanda Kaya Tidak Berharta
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsBaru saya seday yang saya juga seakan kaya tak berharta. Terima kasih atas ingatan.
Reply'Sedey' merujuk kepada sedih atau sedar. Ehe, semoga bermanfaat.
Reply