Semasa saya mula-mula hendak memulakan simpanan emas, saya tercari-cari pendekatan atau teknik yang sesuai dengan kemampuan saya. Ini bagi memastikan duit lebihan dari kesan melunaskan pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan isteri saya lebih awal daripada tempohnya tidak 'terbelanja'. Maka, satu pendekatan atau 'hobi baru' dalam ke arah meningkatkan simpanan/pelaburan perlu diusahakan. Sudah menjadi lumrah apabila ada sahaja 'lebihan duit', maka datanglah penyakit 'gatal tangan'. Berdasarkan pembacaan dan pencarian maklumat, terdapat pelbagai konsep simpanan/ pelaburan yang boleh difikirkan antaranya pelaburan hartanah, amanah saham, Initial Public Offering (IPO), bursa saham, emas, perniagaan dan pelbagai lagi.
KONSISTEN & 'MODAL KECIL'
Oleh kerana saya berhasrat untuk membuat simpanan/ pelaburan secara konsisten dengan modal yang kecil, maka saya lihat SIMPANAN/ PELABURAN EMAS FIZIKAL boleh dijadikan permulaan. Selain itu, saya juga tertarik dengan pendekatan 'mengumpul koleksi' benda fizikal yang boleh dipegang, maka saya memilih emas untuk dijadikan simpanan/ pelaburan.
6 TEKNIK
Terdapat 6 TEKNIK atau kaedah bagi mereka yang ingin memulakan simpanan/ pelaburan emas dengan 'modal kecil'. Barangkali, salah satu daripada kaedah ini boleh dipertimbangkan. Namun, sebelum ingin membuat simpanan/ pelaburan emas saya cadangkan untuk membaca terlebih dahulu 7 LANGKAH BIJAK SEBELUM MENYIMPAN EMAS.
TEKNIK #1 - AKAUN EMAS
Sebelum ini, pernah saya kongsikan berkaitan '3 Jenis Simpanan/ Pelaburan Emas' di 7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN. Antaranya, pendekatan simpanan/ pelaburan emas melalui Akaun Emas atau juga dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA). Sebagai contoh, KFH Malaysia dan Al-Rajhi Bank turut menawarkan produk seperti ini. Bagi mereka yang berminat dengan pendekatan ini, digalakkan untuk membaca tulisan Ustaz Dr. Zaharrudin dalam ulasan beliau berkaitan Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia. Menurut beliau, kebanyakan akuan pelaburan emas di Malaysia masih belum patuh syariah. Oleh itu, tulisan dan kupasan beliau dilihat sangat baik untuk memberikan kefahaman kepada kita terhadap GIA ini. Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan/ pelaburan emas secara FIZIKAL barangkali Teknik #2 boleh difikirkan.
TEKNIK #2 - DARI PERAK (SILVER) MENJADI EMAS (GOLD)
Bagi mereka yang mempunyai modal kecil dan masih berminat dengan konsep simpanan/ pelaburan emas fizikal, teknik #2 boleh dimulakan dengan modal serendah RM100. Sebagai contoh, harga silver terkini iaitu 2 Jun 2015 (jam 3:14 waktu Malaysia) bagi nilai 10 dirham (1 keping perak) bersamaan RM85.00. Ini bermakna, dengan modal di bawah RM100 anda masih boleh memulakan simpanan/ pelaburan emas dengan menukarkan silver kepada emas (1 gram) pada masa hadapan. Kebiasaannya, bagi membeli 1 gram emas memerlukan di antara RM150 - RM160. Berdasarkan prinsip "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" anda boleh mengumpul sehingga 6 atau 7 keping perak (mengikut harga semasa) dan menukarkan perak (silver) tersebut kepada 1 keping emas (1 dinar).
Walau bagaimanapun, cara ini agak merugikan sedikit kerana spread value bagi perak (silver) agak tinggi dan terdapat caj RM5 yang akan dikenakan bagi setiap keping perak yang dimiliki jika hendak dijual atau ditukar kepada emas di Public Gold (PG) kelak. Kaedah lain, barangkali boleh menjual kepingan perak (silver) tersebut kepada rakan lain bagi mengurangkan kerugian jika terdapat rakan yang berminat untuk turut memulakan simpanan/ pelaburan emas melalui kaedah ini. Situasi 'menang-menang' kerana rakan anda masih untung kerana dapat membeli silver dengan harga yang rendah dan anda pula tidak terlalu rugi apabila menjual semula silver tersebut.
TEKNIK #3 - PENDEKATAN 'GAP' MEMBELI EMAS
Gold Accumulation Program (GAP) merupakan produk dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG). Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI dan ia juga mirip Akuan Emas (Teknik #1). Melalui kaedah ini seseorang boleh mulakan simpanan/ pelaburan emas fizikal serendah RM150-RM160 bergantung kepada nilai semasa harga emas 1 gram. Bagi memastikan pembelian tersebut mematuhi syariah, sebaiknya pembelian emas berdasarkan nilai 1 gram dan bukannya berdasarkan nilai RM100. Boleh lihat dalam perkongsian saya sebelum ini di 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA.
Mereka yang menggunakan pendekatan GAP untuk membeli emas fizikal boleh mengambil emas tersebut di cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Oleh kerana saya kini berada di luar negara, maka saya lebih selesa menggunakan pendekatan GAP. Saya berhasrat untuk mengambil emas tersebut pada tahun hadapan. Sementara itu, emas tersebut akan di simpan oleh pihak Public Gold dan turut dilindungi insurans secara percuma.
TEKNIK #4 - BELI GOLD BAR 1 GRAM
Bagi mereka yang mempunyai budget yang tinggi sedikit, gold bar 1 gram boleh dijadikan pilihan dalam membuat simpanan/ pelaburan emas. Sebagai contoh, harga gold bar 1 gram yang ditawarkan oleh Public Gold sekarang ini sekitar RM180-RM200. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai emas yang menjual 1 gram (gold bar) atau syarikat-syarikat lain seperti Gold Crest Pavilion (GCP), Gold Silver Resources, Power Gold, Kelantan Gold dan syarikat-syarikat lain. Jika boleh cari syarikat yang tidak mengenakan Good & Service Tax (GST).
Bagi memastikan simpanan/ pelaburan emas fizikal anda berbaloi perbandingan nilai emas semasa (harga jual) dan juga spread value (harga beli) yang ditawarkan serta faktor-faktor lain juga perlu dipertimbangkan. Barangkali perkongsian saya dalam 7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN boleh menambah lagi kefahaman anda sebelum membuat sebarang keputusan.
TEKNIK #5 - SYILING EMAS 1/2 DINAR
Untuk mereka yang budget sekitar RM350-RM400 boleh menggunakan Teknik #5 ini. Seseorang boleh membuat simpanan/ pelaburan emas dengan membeli 1 keping (1/2 Dinar) dengan berat 2.13 gram. Terdapat beberapa buah syarikat yang turut menjual 1/2 dinar dengan merujuk laman web syarikat tersebut. Sebagai perbandingan, harga emas 1/2 dinar bagi produk Public Gold adalah sekitar RM380 berbanding 1 dinar bersamaan RM632. Jika dibandingkan berdasarkan harga kelihatan agak ketara perbezaan harga 1 dinar dan 1/2 dinar (RM632-RM380 = RM252). Ini kerana, bagi item yang kecil harga tersebut merupakan harga runcit (retail price) yang telah ditambah (marked up) harga sebenar. Ia membolehkan pihak Public Gold berkongsi keuntungan dengan dealer-dealer Public Gold yang menjual item-item kecil tersebut. Atas sebab itu bagi pembelian item-item kecil di Public Gold adalah digalakkan untuk membeli melalui kaedah GAP yang pernah saya kongsikan dalam 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA.
TEKNIK #6 - SYILING EMAS 1 DINAR
Bagi mereka yang mempunyai budget dalam RM600-RM700 barangkali boleh membuat pengumpulan syiling emas 1 dinar berketulenan 99.99% dan beratnya 4.25 gram. Terdapat banyak pilihan syiling emas 1 dinar di pasaran. Sekali lagi, pastikan harga per gram lebih murah, susut nilai (spread value) juga tidak tinggi dan paling penting ia juga bebas GST! Bagi memudahkan pembelian dan juga penjualan emas tersebut kelak, pastikan juga syarikat tersebut mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Mudah-mudahan, 6 Teknik ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin memulakan pembelian emas bagi dijadikan simpanan/ pelaburan dengan 'modal kecil'. Semoga bermanfaat.
Akaun Emas yang ditawarkan oleh KFH Malaysia |
Sebelum ini, pernah saya kongsikan berkaitan '3 Jenis Simpanan/ Pelaburan Emas' di 7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN. Antaranya, pendekatan simpanan/ pelaburan emas melalui Akaun Emas atau juga dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA). Sebagai contoh, KFH Malaysia dan Al-Rajhi Bank turut menawarkan produk seperti ini. Bagi mereka yang berminat dengan pendekatan ini, digalakkan untuk membaca tulisan Ustaz Dr. Zaharrudin dalam ulasan beliau berkaitan Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia. Menurut beliau, kebanyakan akuan pelaburan emas di Malaysia masih belum patuh syariah. Oleh itu, tulisan dan kupasan beliau dilihat sangat baik untuk memberikan kefahaman kepada kita terhadap GIA ini. Bagi mereka yang berminat untuk membuat simpanan/ pelaburan emas secara FIZIKAL barangkali Teknik #2 boleh difikirkan.
TEKNIK #2 - DARI PERAK (SILVER) MENJADI EMAS (GOLD)
Bagi mereka yang mempunyai modal kecil dan masih berminat dengan konsep simpanan/ pelaburan emas fizikal, teknik #2 boleh dimulakan dengan modal serendah RM100. Sebagai contoh, harga silver terkini iaitu 2 Jun 2015 (jam 3:14 waktu Malaysia) bagi nilai 10 dirham (1 keping perak) bersamaan RM85.00. Ini bermakna, dengan modal di bawah RM100 anda masih boleh memulakan simpanan/ pelaburan emas dengan menukarkan silver kepada emas (1 gram) pada masa hadapan. Kebiasaannya, bagi membeli 1 gram emas memerlukan di antara RM150 - RM160. Berdasarkan prinsip "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" anda boleh mengumpul sehingga 6 atau 7 keping perak (mengikut harga semasa) dan menukarkan perak (silver) tersebut kepada 1 keping emas (1 dinar).
10 Dirham (1 keping perak) |
TEKNIK #3 - PENDEKATAN 'GAP' MEMBELI EMAS
Gold Accumulation Program (GAP) merupakan produk dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Public Gold (PG). Untuk maklumat lanjut berkaitan GAP boleh rujuk DISINI dan ia juga mirip Akuan Emas (Teknik #1). Melalui kaedah ini seseorang boleh mulakan simpanan/ pelaburan emas fizikal serendah RM150-RM160 bergantung kepada nilai semasa harga emas 1 gram. Bagi memastikan pembelian tersebut mematuhi syariah, sebaiknya pembelian emas berdasarkan nilai 1 gram dan bukannya berdasarkan nilai RM100. Boleh lihat dalam perkongsian saya sebelum ini di 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA.
Mereka yang menggunakan pendekatan GAP untuk membeli emas fizikal boleh mengambil emas tersebut di cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Oleh kerana saya kini berada di luar negara, maka saya lebih selesa menggunakan pendekatan GAP. Saya berhasrat untuk mengambil emas tersebut pada tahun hadapan. Sementara itu, emas tersebut akan di simpan oleh pihak Public Gold dan turut dilindungi insurans secara percuma.
TEKNIK #4 - BELI GOLD BAR 1 GRAM
Bagi mereka yang mempunyai budget yang tinggi sedikit, gold bar 1 gram boleh dijadikan pilihan dalam membuat simpanan/ pelaburan emas. Sebagai contoh, harga gold bar 1 gram yang ditawarkan oleh Public Gold sekarang ini sekitar RM180-RM200. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai emas yang menjual 1 gram (gold bar) atau syarikat-syarikat lain seperti Gold Crest Pavilion (GCP), Gold Silver Resources, Power Gold, Kelantan Gold dan syarikat-syarikat lain. Jika boleh cari syarikat yang tidak mengenakan Good & Service Tax (GST).
Bagi memastikan simpanan/ pelaburan emas fizikal anda berbaloi perbandingan nilai emas semasa (harga jual) dan juga spread value (harga beli) yang ditawarkan serta faktor-faktor lain juga perlu dipertimbangkan. Barangkali perkongsian saya dalam 7 PERSOALAN SEBELUM EMAS JADI SIMPANAN/ PELABURAN boleh menambah lagi kefahaman anda sebelum membuat sebarang keputusan.
TEKNIK #5 - SYILING EMAS 1/2 DINAR
Untuk mereka yang budget sekitar RM350-RM400 boleh menggunakan Teknik #5 ini. Seseorang boleh membuat simpanan/ pelaburan emas dengan membeli 1 keping (1/2 Dinar) dengan berat 2.13 gram. Terdapat beberapa buah syarikat yang turut menjual 1/2 dinar dengan merujuk laman web syarikat tersebut. Sebagai perbandingan, harga emas 1/2 dinar bagi produk Public Gold adalah sekitar RM380 berbanding 1 dinar bersamaan RM632. Jika dibandingkan berdasarkan harga kelihatan agak ketara perbezaan harga 1 dinar dan 1/2 dinar (RM632-RM380 = RM252). Ini kerana, bagi item yang kecil harga tersebut merupakan harga runcit (retail price) yang telah ditambah (marked up) harga sebenar. Ia membolehkan pihak Public Gold berkongsi keuntungan dengan dealer-dealer Public Gold yang menjual item-item kecil tersebut. Atas sebab itu bagi pembelian item-item kecil di Public Gold adalah digalakkan untuk membeli melalui kaedah GAP yang pernah saya kongsikan dalam 'BELI DAN SIMPAN EMAS' DARI LUAR NEGARA.
TEKNIK #6 - SYILING EMAS 1 DINAR
Antara Produk Public Gold (PG) |
Mudah-mudahan, 6 Teknik ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin memulakan pembelian emas bagi dijadikan simpanan/ pelaburan dengan 'modal kecil'. Semoga bermanfaat.
6 Teknik 'Modal Kecil' Membeli Emas
4
/
5
Oleh
Unknown