Hari ini berkesempatan membawa keluarga untuk bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia di Tohoku University, Jepun ke Berry Very Labo di Inami Yamadera, Sendai. Disini kami menimba pengalaman memetik sendiri buah strawberi (ichigo). Setiap pengunjung diberikan masa 30 minit untuk memetik sendiri dan makan sepuasnya kesemua strawberi yang terdapat di sini. Bila melihat strategi yang dilakukan oleh pemilik ladang strawberi ini, saya melihat beliau menggunakan kedua-dua strategi iaitu 'menabung' dan juga 'melabur'.
BIJAK MENABUNG DAN MELABUR
Apabila keluarga kami perlu membayar sebanyak 6500 yen (5 orang) saya mula membuat 'kira-kira'. Jika setiap orang membayar 1300 yen seorang, maka rakyat Malaysia sahaja telah menyumbang sebanyak 52,000 yen (1,300 yen x 40 orang = 52,000 yen). Nilai ini bersamaan hampir RM1563.46 nilai semasa pada 26 April 2015. Hanya dalam masa 30 minit, pemilik ladang ini boleh menjana sebanyak RM1563.46 kerana setiap orang diberi masa 30 minit di dalam ladang dan tidak dibenarkan membawa pulang buah strawberi tersebut. Dalam bahasa yang mudah, setiap 30 minit, setiap orang akan memberikan pulangan sebanyak 1300 yen kepada pemilik ladang. Kombinasi strategi 'menabung' dan 'melabur' yang bijak!
4 PELAJARAN ASAS 'MENABUNG' DAN 'MELABUR'
Terdapat 4 Pelajaran Asas yang boleh dipelajari daripada pemilik ladang strawberi ini:
Di dalam asas pengurusan kewangan, yang paling utama adalah amalan menabung atau membuat simpanan. Berdasarkan pembacaan, ramai pakar dan penulis-penulis buku berkaitan pengurusan kewangan bersetuju bahawa amalan menabung menjadi perkara yang paling utama. Dicadangkan sekurang-kurangnya 10% daripada sumber pendapatan atau gaji yang kita perolehi setiap bulan untuk dijadikan tabungan.
Samalah dalam pengurusan kewangan, duit simpanan sepatutnya tidak boleh berada dalam akuan bank yang sama. Sebagai contoh, jika gaji bulanan menggunakan akaun Bank A, maka simpanan perlu diasingkan. Dicadangkan untuk menabung di Tabung Haji atau ASB. Sebaiknya juga akaun Tabung Haji tidak diaktifkan perkhidmatan ATM kerana dikhuatiri akaun tersebut turut menjadi mangsa penyakit 'gatal tangan'. Teknik menabung yang paling baik adalah asingkan dulu 10% dan selebihnya baru dijadikan perbelanjaan bulanan. Sebagai panduan, boleh juga perkongsian saya 5 CARA SIMPANAN TIDAK 'TERUSIK'.
Samalah dalam kehidupan kita, ada kala kita berasa senang dan ada kala kita diuji. Ada masa, perbelanjaan kita sebulan kurang daripada bulan sebelum ini. Ada kala juga kita terbelanja lebih tanpa kita jangkakan. Lebih mendukacitakan apabila kita ditimba musibah atau ujian sehingga memerlukan kita menyediakan kewangan yang besar. Atas sebab itulah perlu adanya 'Dana Kecemasan' dan ramai mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan mencadangkan sekurang-kurangnya mempunyai dana ini menyamai 6 bulan. Sebagai contoh, jika gaji sebulan RM3000 maka dana kecemasan yang perlu ada adalah sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18,000. Lagi banyak dana simpanan yang dimiliki, lebih baik. Bukan itu sahaja, lebih banyak dimiliki, lebih 'mendamaikan' fikiran seseorang itu. Bacalah buku hasil tulisan Azizi Ali, Robert T.Kiyosaki, Hajah Rohani dan tidak lupa juga buku tulisan sahabat saya Mohd Zulkifli Shafie yang turut memperkenalkan saya dengan konsep simpanan dan pelaburan emas. Tahniah juga saya ucapkan untuk penerbitan buku beliau yang bertajuk 'Zero Hutang'. Maklumat lanjut buku tersebut di http://www.mohdzulkifli.com/zero-hutang.
Selain konsisten dalam menabung, seseorang juga perlu belajar untuk menjana lebih keuntungan atau lebih kenali sebagai pelaburan. Saya ingin mencadangkan untuk melabur dahulu dalam ILMU melalui pembelian buku-buku berkaitan pengurusan kewangan. Ini bagi memastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan. Ada mereka yang berminat dalam pelaburan hartanah, ada yang cenderung kepada saham dan pelbagai lagi. Boleh juga baca 2 perkongsian saya sebelum ini, LEBIH BAIK 'LABUR' DARIPADA 'LEBUR' dan 8 STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN GRADUAN MUSLIM.
PELAJARAN ASAS #1 - UTAMAKAN MENABUNG
Menyedari bahawa pada musim bunga (spring) ladang beliau akan menjadi tumpuan dan tarikan, maka strategi yang dilakukan oleh beliau menjurus kepada menabung sebanyak mungkin. Beliau menggunakan strategi peletakan harga yang berbeza bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Ini bagi mengalakkan pelanggan datang dalam bilangan yang ramai bagi mendapat diskaun. Maka, lebih ramai yang datang dalam tempoh musim bunga ini, lebih banyaklah dia boleh menabung.Di dalam asas pengurusan kewangan, yang paling utama adalah amalan menabung atau membuat simpanan. Berdasarkan pembacaan, ramai pakar dan penulis-penulis buku berkaitan pengurusan kewangan bersetuju bahawa amalan menabung menjadi perkara yang paling utama. Dicadangkan sekurang-kurangnya 10% daripada sumber pendapatan atau gaji yang kita perolehi setiap bulan untuk dijadikan tabungan.
PELAJARAN ASAS #2 - KONSEP 'PENGASINGAN'
Tanah untuk ladang ini agak besar. Namun, kelihatan penanaman strawberi disini seakan menggunakan teknik 'green house'. Ini kerana, kumpulan kami dibahagikan kepada beberapa 'rumah strawberi'. Oleh itu, setiap 'green house' dapat dikawal dalam kumpulan yang kecil. Mudah bagi penjaga di setiap 'green house' untuk memantau dan memastikan setiap pelanggan yang datang hanya berada dalam tempoh 30 minit dan tidak membawa pulang buah strawberi.Samalah dalam pengurusan kewangan, duit simpanan sepatutnya tidak boleh berada dalam akuan bank yang sama. Sebagai contoh, jika gaji bulanan menggunakan akaun Bank A, maka simpanan perlu diasingkan. Dicadangkan untuk menabung di Tabung Haji atau ASB. Sebaiknya juga akaun Tabung Haji tidak diaktifkan perkhidmatan ATM kerana dikhuatiri akaun tersebut turut menjadi mangsa penyakit 'gatal tangan'. Teknik menabung yang paling baik adalah asingkan dulu 10% dan selebihnya baru dijadikan perbelanjaan bulanan. Sebagai panduan, boleh juga perkongsian saya 5 CARA SIMPANAN TIDAK 'TERUSIK'.
PELAJARAN ASAS #3 - PERSEDIAAN KECEMASAN
Saya dimaklumkan, musim sejuk (winter) yang baru berlalu di Sendai tidak sesejuk sepertimana tahun lepas. Begitu juga suasana musim bunga (spring) pada kali ini tidak sedingin pada tahun lepas. Sebab itu saya percaya, hasil jualan tiket yang diperolehi oleh pemilik ladang strawberi ini akan digunakan bagi menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu. Pemilik ladang yang berpengalaman akan bersedia dengan 'Dana Kecemasan' untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku.Samalah dalam kehidupan kita, ada kala kita berasa senang dan ada kala kita diuji. Ada masa, perbelanjaan kita sebulan kurang daripada bulan sebelum ini. Ada kala juga kita terbelanja lebih tanpa kita jangkakan. Lebih mendukacitakan apabila kita ditimba musibah atau ujian sehingga memerlukan kita menyediakan kewangan yang besar. Atas sebab itulah perlu adanya 'Dana Kecemasan' dan ramai mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan mencadangkan sekurang-kurangnya mempunyai dana ini menyamai 6 bulan. Sebagai contoh, jika gaji sebulan RM3000 maka dana kecemasan yang perlu ada adalah sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18,000. Lagi banyak dana simpanan yang dimiliki, lebih baik. Bukan itu sahaja, lebih banyak dimiliki, lebih 'mendamaikan' fikiran seseorang itu. Bacalah buku hasil tulisan Azizi Ali, Robert T.Kiyosaki, Hajah Rohani dan tidak lupa juga buku tulisan sahabat saya Mohd Zulkifli Shafie yang turut memperkenalkan saya dengan konsep simpanan dan pelaburan emas. Tahniah juga saya ucapkan untuk penerbitan buku beliau yang bertajuk 'Zero Hutang'. Maklumat lanjut buku tersebut di http://www.mohdzulkifli.com/zero-hutang.
'Zero Hutang' buku tulisan Mohd Zulkifli Shafie |
PELAJARAN ASAS #4 - KEPELBAGAIAN PELABURAN
Berhampiran ladang strawberi ini terdapat sebuah 'cafe' yang menjual makanan dan hasil daripada strawberi. Pemilik ladang menyedari, buah strawberi tidak boleh bertahan lama. Maka beliau menggunakan strategi dengan mempelbagaikan pelaburan. Tanah yang dimiliki, digunakan sebaik mungkin secara optimum. Bukan hanya ladang, malah turut digunakan sebagai 'cafe' bagi menjana keuntungan lain. Terdapat juga produk-produk yang dihasilkan oleh pemilik ladang atau melalui pembekal yang lain turut diluar disini.Selain konsisten dalam menabung, seseorang juga perlu belajar untuk menjana lebih keuntungan atau lebih kenali sebagai pelaburan. Saya ingin mencadangkan untuk melabur dahulu dalam ILMU melalui pembelian buku-buku berkaitan pengurusan kewangan. Ini bagi memastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan. Ada mereka yang berminat dalam pelaburan hartanah, ada yang cenderung kepada saham dan pelbagai lagi. Boleh juga baca 2 perkongsian saya sebelum ini, LEBIH BAIK 'LABUR' DARIPADA 'LEBUR' dan 8 STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN GRADUAN MUSLIM.
MENABUNG DAN MELABUR EMAS
Oleh kerana saya kini berada di kejauhan, saya merasakan nasihat sahabat saya Mohd Zulkifli untuk menjadikan EMAS sebagai simpanan dan pelaburan lebih praktikal. Saya anggap, beliau sebagai guru saya dalam SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS ini. Jika saya ada kemusykilan, mudah bagi saya bertanya terus kepada beliau. Akhir kata, carilah guru/ sifu/ ustaz/ cikgu/ murabbi untuk mengajar dalam apa bidang yang kita inginkan. Pengalaman dan ilmu mereka miliki ini juga berupaya mengurangkan risiko kita dalam sesuatu pelaburan.Sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman bersama anak-anak yang teruja memetik dan makan sepuasnya ichigo (strawberi). Semoga bermanfaat!
Kisah 'Ichigo': Menabung atau Melabur?
4
/
5
Oleh
Unknown
4 comments
Write commentsMenarik perkongsian En. Isma dari sudut pandangan yang berbeza. Teruskan usaha ingatkan kami sensei.
ReplyTerima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat.
ReplySedapnya strawberry.
ReplySebab untuk masuk dikenakan bayaran. Maka, kami makan sepuasnya. Oishi!
Reply