Sunday, April 5, 2015

100 Yen 1 Surah


100 Yen, 1 Surah
100 Yen, 1 Surah

KEDAI 100 YEN

Anak-anak sudah pandai meminta dan membeli sendiri barang-barang yang mereka suka bila pergi ke kedai. Selalunya anak-anak begitu teruja bila sampai di kedai-kedai 100 yen. Sekiranya boleh, berusaha tidak pergi ke kedai-kedai 100 yen seperti Daiso dan Seria dengan budak-budak ini. Kalau seorang anak dibenarkan untuk membeli barang, yang lain pun turut tuntut nak beli juga. Lebih parah lagi, ibu mereka turut teruja dan tidak ketinggalan untuk memenuhkan bakul belian yang disediakan pihak penjual.

100 YEN 1 SURAH 

Bagi mewujudkan konsep berusaha untuk dapat barang yang dihajati, maka satu pendekatan baru terfikir. Tak tahulah sama ada pendekatan ini sesuai atau dibenarkan dalam Islam. Niat di hati tidaklah memperdagangkan surah atau agama. Tetapi, dengan harapan mendidik dan menggalakkan anak-anak untuk menghafal surah-surah yang dibaca khususnya ayat-ayat lazim yang boleh dibaca di dalam solat. Selain mendidik nilai wang dan usaha, duit yang mereka perolehi boleh digunakan untuk membeli barang-barang yang mereka suka atau hajati.

SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) 

Jika di Malaysia, SRA mempunyai silibus yang memerlukan anak-anak menghafal surah-surah melalui subjek Hafazan. Tetapi disini, terletak pada inisiatif sendiri dalam memastikan anak-anak boleh menghafaz. Dikhuatiri bila dek kesibukan anak-anak bersekolah dan kehidupan sebagai pelajar yang berulang-alik ke universiti di sini nanti, surah-surah lazim ini tidak dikuasai langsung oleh anak-anak.

MENCARI PENDEKATAN BARU 

Pendekatan 100 yen 1 Surah, diakui bukanlah pendekatan yang terbaik. Pendekatan ini terlintas dengan alasan menggalakkan menghafaz dan memahami nilai wang dalam kehidupan. Barangkali, ada lagi pendekatan lain yang boleh dikongsikan untuk menggalakkan anak-anak menghafaz di negara luar dapatlah rakan-rakan kongsikan bersama.

Sekadar perkongsian dari kejauhan. Mohon cadangan juga dan perkongsian rakan-rakan lain.

Yoroshiku onegaishimasu!

Related Posts

100 Yen 1 Surah
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak