Thursday, April 16, 2015

Anak-anak Sekolah di Sendai, Japan.


Sekolah di Jepun
Bukan Pakaian Sekolah, Tapi Pakaian Rasmi untuk Acara Rasmi. 

BERSEKOLAH DI JEPUN

Bertuah tengok rakan-rakan yang sambung belajar di luar negara di kala usia muda. Ada yang datang ke sini seakan berbulan madu di negara 4 musim. Ada yang datang di kala anak-anak masih kecil dan belum bersekolah. Maka, dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di luar negara pastinya lebih mudah berbanding dengan mereka yang mempunyai anak yang ramai bersekolah seperti saya.

BAHASA JEPUN

Peringkat awal saya dan isteri seakan gusar bagaimana agaknya persekolahan anak-anak saya di sini. Terdapat situasi yang saya seakan membimbangkan kami. Pertama, anak sulung dan anak kedua saya telahpun memasuki sistem persekolahan di Malaysia. Pastinya sudah biasa dan akan membandingkan sistem persekolahan di Malaysia sebelum ini. Manakala, anak ke tiga saya akan memasuki darjah 1. Ini barangkali satu pengalaman yang manis buat dia kerana baru memulakan alam persekolahn. Sudah pasti, cabaran yang paling utama adalah Bahasa Jepun dan menyesuaikan diri dengan persekitaran serta sistem yang pastinya berbeza.
Anak sekolah di Jepun
Logo Tohoku University
Alhamdullilah dengan maklumat dan bantuan daripada rakan-rakan di sini sebelum ke sini saya merasakan pemilihan Tohoku University yang terletak di Sendai, Japan dapat mengurangkan kegusaran dan persoalan-persoalan lain berkaitan persekolahan anak-anak. Berikut bantuan yang telah kami terima berkaitan isu persekolahan anak-anak di Sendai.

1. Bantuan "Children Support Group"
Oleh kerana kami sampai di sini pada Okt/ Nov 2014 maka kami mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak-anak ke sesi persekolahan lagi. Ini kerana, kami ingin menyediakan anak kami sekurang-kurangnya asas Bahasa Jepun dan komunikasi sebelum memasuki sesi persekolahan yang bakal bermula pada April 2015. Tempoh 4 bulan tersebut, kami memohon untuk mendapatkan bantuan daripada Sendai International Center (SIRA) bagi mendapatkan bantuan "Chidlren Support Group".

2. Pengenalan Silibus Sekolah
Melalui bantuan "Children Support Group" anak-anak di ajar oleh seorang guru (sensei) yang mengikut silibus pembelajaran di sekolah. Peringkat pemulaan, anak-anak di ajar asas dan seterusnya silibus yang hampir sama mereka akan di hadapi di sekolah nanti. 

3. Buku Teks
Sepanjang tempoh ini, anak-anak turut diberikan buku teks yang hampir sama dengan buku teks yang bakal mereka perolehi apabila mereka memasuki sesi persekolahan nanti. Bukan itu sahaja, latihan-latihan yang duberikan hampir mirip dengan bakal mereka hadapi nanti. 

Anak Sekolah di Jepun
Ibu belajar sekali dengan Tadakoro sensei.
4. Ibu Belajar Sekali
Saya bertuah mempunyai isteri yang sangat berminat mempelajari nihongo dan sentiasa bersama sensei yang sangat sabar mengajar anak-anak saya. Maka, isteri saya juga dapat belajar dan memahami subjek-subjek yang bakal diajar di sekolah nanti. Ini bermakna, kelas nihongo isteri saya melebihi jumlah kuliah dan kredit yang perlu saya hadiri sepanjang pengajian PhD saya di sini. 3 hari seminggu dan 2 jam setiap kelas di tambah dengan kelas-kelas lain yang percuma menjadikan isteri saya sangat seronok mengisi masa belajar yang dia minati. Kelas nihongo isteri saya hampir setiap hari. Saya pun gembira sebab sensei saya pernah berpesan sekurang-kurangnya perlu ada seorang yang boleh berkomunikasi asas nihongo. Kini, saya ada 4 orang (1 isteri dan 3 orang anak) yang boleh berbahasa Jepun. Fuh, lega saya!

5. Diberikan DVD asas ke sekolah
Kami juga diberikan DVD yang menceritakan mengenai persekitaran sekolah dan ayat-ayat mudah untuk anak-anak apabila berada di sekolah. Sebagai contoh, ayat untuk berkenalan dengan kawan-kawan, hormat dan salam semasa berjumpa dengan guru dan rakan yang lain, ayat yang sopan untuk ke tandas dan banyak lagi. 

Kesemua bantuan yang diterima ini adalah diberikan secara PERCUMA!

Saya rasa banyak lagi yang boleh dikongsikan untuk mereka yang menghadapi persoalan dan dilema seperti saya semasa hendak membuat keputusan melanjutkan pengajian di luar negara. Isu ini mungkin seakan mudah bagi sesetengah individu. Namun, bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak ramai seperti saya barangkali maklumat ini dapat membantu. 

Perjalanan anak-anak sekolah baru bermula. Jika berkesempatan akan saya kongsikan lagi pengalaman kami di sini. 

Related Posts

Anak-anak Sekolah di Sendai, Japan.
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
Azwan
July 27, 2015 at 11:27 PM

Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian!

Saya ada lima anak dan cadang nak ke Jepun atau New Zealand untuk PhD. Seperti biasa, risaukan pembelajaran anak-anak di Jepun, kini tidak lagi. Terima kasih!

Kalau ada apa-apa lagi nanti saya email saudara.

Reply
avatar
July 28, 2015 at 12:01 AM

Alhamdullilah juga blog saya bermanfaat buat En. Azwan. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya ini. Didoakan perjalanan En. Azwan untuk melanjutkan pengajian PhD dipermudahkan olehNya. Amin.

Reply

Tudung kanak-kanak