Belanja atau Simpan? |
DANA KECEMASAN
Ramai yang mengamalkan tabiat menyimpan dan cuba asingkan 10% daripada gaji ataupun pendapatan mereka setiap bulan. Namun tanpa diduga, duit simpanan tersebut 'terusik' dan lebih kritikal 'Dana Kecemasan' yang ingin dibina hilang entah ke mana.IDEA 'NAK JADI BENDA'
Itulah yang sering berlaku apabila duit simpanan dilihat mulai bertambah, maka mulalah datang idea 'nak jadikan benda'. Ada yang mula terpandang model telefon bimbit yang baru, ada pula yang berhasrat nak 'up-grade' sport rim, ada yang terdetik di hati nak tukar kereta dan ada juga yang merancang untuk berjoli sakan. Tidak salah untuk membeli, saya juga bersetuju ada kala pembelian tersebut boleh dijadikan pemangkin untuk memotivasikan diri. Namun, setiap kita perlu ingatkan diri bahawa 'simpanan' penting untuk masa hadapan bagi keperluan diri dan keluarga kita.
Berikut 5 cara yang boleh diamalkan agar simpanan kita bertambah banyak dan tidak mudah 'terusik' atau 'terguna' untuk pembelian yang sia-sia.
CARA #1 - KENAL PASTI 'KEHENDAK' DAN 'KEPERLUAN'
Sebelum hendak membeli barang atau apabila datangnya idea 'nak jadikan benda' fikirkan dahulu sama ada pembelian tersebut KEPERLUAN atau sekadar KEHENDAK. Fikirkan semasak-masaknya sebelum bertindak mengeluarkan simpanan yang ada. Jika berupaya, tangguh atau lengahkan lagi masa untuk membeli barang yang dihajati.CARA #2 - UTAMAKAN 'DANA KECEMASAN'
Sentiasa utamakan 'Dana Kecemasan'! Pengalaman saya membaca buku-buku mahupun penulisan berkaitan pengurusan kewangan, seringkali dipesankan agar setiap individu perlu mempunyai 'dana kecemasan' atau 'dana rizab' sebanyak 6 bulan. Ini bermakna, jika gaji kita RM3000, maka dana kecemasan yang perlu ada adalah sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18,000. Lagi banyak dana kecemasan yang anda miliki, adalah lebih baik untuk keperluan masa hadapan.CARA #3 - 'HILANGKAN' BUKU SIMPANAN
Biarlah simpanan terus bertambah di dalam akaun Tabung Haji/ASB. Namun, buku simpanan tersebut perlu 'hilang' daripada pandangan. Sebagai contoh, jika sukar untuk kawal diri mintalah bantuan orang lain yang dipercayai untuk menyimpan buku simpanan kita. Misalnya, minta jasa baik isteri/suami, ibu/ayah atau simpanlah sendiri di tempat yang kita susah untuk menjumpainya. Nampak pelik, tapi percayalah jika buku simpanan sentiasa di tangan akan datanglah penyakit 'gatal tangan' untuk pengeluaran. Turut dicadangkan, bagi simpanan Tabung Haji jika boleh tidak diaktifkan kemudahan ATM. Dikhuatiri akaun Tabung Haji tersebut turut menjadi mangsa penyakit 'gatal tangan'.CARA #4 - TUKAR 'BENDA' KEPADA 'EMAS'
Daripada 'nak jadikan benda' dengan membeli barang-barang yang lebih bersifat KEHENDAK turut dicadangkan untuk tukar 'Benda' tersebut kepada 'Emas'. Beli emas dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan. Emas beli tidak rugi dan bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".CARA #5 - BELILAH HARTANAH
Jika masih muda dan belum ada aset hartanah dicadangkan untuk belilah sebuah rumah. Cari lokasi yang strategik. Jika tidak tinggal di rumah tersebut, ia boleh disewakan. Pembelian hartanah umumnya akan mendapat 3 keuntungan. Pertama, harga rumah sentiasa naik terutama di lokasi-lokasi yang strategik. Kedua, pembelian rumah juga dilindungi Takaful/Insuran dan sekiranya apa-apa berlaku rumah tersebut boleh diwariskan kepada ahli keluarga kelak. Ketiga, rumah juga boleh menjana 'Pendapatan Pasif' jika di sewakan.Semoga dengan cadangan ini boleh memastikan simpanan yang ada tidak 'terusik' atau lebur begitu sahaja.
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.
5 Cara Simpanan Tak 'Terusik'
4
/
5
Oleh
Unknown
10 comments
Write commentsVery good info.
ReplyThank you very much.
ReplySelalu jugak 'gatal tangan'.. terutama tgh bulan.. huhuhu.. adoila..
ReplySaya pun sama asyik gatal tangan aje. Sampai sekarang dana kecemasan tak capai-capai 6 bulan. Terima kasih ingatkan saya.
ReplyAlhamdullilah, perkongsian tersebut memberikan manfaat. Saya tulis untuk ingatkan diri saya juga agar tidak 'gatal tangan'. Moga dapat diamalkan.
ReplySaya terkesan dengan penulisan tuan. Terus ingatkan saya dan yang lain. Huhu, penyakit 'gatal tangan'.
Replyありんがとうございまし いすまさん
Replyどういたしまして。
Replyada duit beli emas kan
ReplyBetul tu Eintan Nurfuzie. Kalau beli emas boleh juga dijadikan simpanan. Terima kasih kerana sudi singgah. Sayonara. Sampai jumpa lagi.
Reply