Monday, April 6, 2015

Lebih Baik 'Labur' Daripada 'Lebur'


SUKA DAN TERUJA

Suka dan teruja saya melihat dari kejauhan bekas-bekas pelajar saya kini, telah dan sedang melalui fasa bekerja, berkahwin, memiliki cahaya mata, memiliki rumah (hartanah) dan tidak kurang juga yang memilih kerjaya sebagai usahawan. Didoakan perjalanan mereka semua dipermudahkan olehNya. Namun, terdapat juga di kalangan mereka yang diusia yang muda diuji dengan ujian yang agak berat. Ada di antara mereka yang kerugian ratusan ribu ringgit dan ada juga perniagaan yang telah lama diusahakan mengalami kegawatan. Umumnya dalam kehidupan ada kala kita mendapat rezeki yang lebih seperti keuntungan yang berlipat ganda, kenaikan gaji, pemberian bonus, komisen jualan, mendapat gaji yang lebih besar di tempat baru mahupun hutang yang berjaya dilunaskan.

DANA KECEMASAN

Oleh demikian, adalah sangat digalakkan lebihan duit yang diperolehi disimpan atau dilaburkan disaluran yang boleh dijadikan sebagai 'dana kecemasan'. Dana ini boleh digunakan dikala seseorang itu sangat-sangat memerlukan. Hampir kesemua mereka dan penulis yang arif dalam bidang pengurusan kewangan mencadangkan sekurang-kurangnya setiap individu perlu mempunyai 'dana kecemasan' minimum 6 bulan. Sebagai contoh, jika pendapatan dan perbelanjaan seseorang tersebut RM3000, maka seseorang itu perlu ada simpanan sebanyak RM3000 x 6 bulan = RM18000. Lebih banyak simpanan lebih baik.

ASING DULU, BARU BELANJA

Namun, sekiranya jika ada duit lebihan baru hendak menyimpan kebiasaannya sukar untuk seseorang itu menyimpan. Atas sebab itulah, ramai penulis buku pengurusan kewangan dan juga mereka yang berada didalam bidang ini mencadangkan simpan atau asingkan sekurang-kurangnya 10 % daripada gaji atau hasil pendapatan sebagai simpanan tetap. Sebagai contoh jika pendapatan RM3000, asingkan RM300 (RM3000 x 10% = RM300 sebulan) sebagai dana kecemasan.

SIMPANAN PELABURAN

Sebaiknya diperingkat permulaan ini, duit yang telah diasingkan tersebut disimpan dalam bank yang memberikan pulangan yang lebih baik. Sebagai contoh, simpanan di Tabung Haji (TH) adalah lebih baik daripada disimpan di akaun semasa (akaun utama). Tanpa pengasingan dikhuatiri duit tersebut akan 'terguna'. Selain itu, pulangan daripada TH adalah lebih baik selain mendisplinkan diri untuk menabung bagi keperluan di masa hadapan.

LEBIH BAIK LABUR DARIPADA LEBUR

Teknik pengasingan dan jadikan simpanan sebagai pelaburan ini merupakan strategi paling asas dalam pengurusan kewangan dan memastikan kewangan yang dijana tidak 'LEBUR' begitu saja. Oleh demikian, jelaslah 'LABUR' lebih baik daripada terus 'LEBUR'.

Related Posts

Lebih Baik 'Labur' Daripada 'Lebur'
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak