Saturday, April 18, 2015

Tuah Disebalik Nama



TERKEJUT VS TERUJA

Teringat kenangan apabila Anisah Humairah terpilih untuk mewakili kelasnya bagi menerima pinjaman buku teks di sekolah. Kami agak terkejut dan sedikit dilema sama ada ingin membenarkan ataupun teruja kerana ia pasti merupakan memori indah buat kami semua. 



ANISAH TERPILIH

Guru sekolah bertanya kepada saya dan seakan berharap agar saya membenarkan Anisah terpilih sebagai wakil. Kebetulan pada masa itu, isu Miss Japan 2015 baru sahaja melanda di Jepun. Ini menjadi kontroversi apabila Miss Ariana Miyamoto tidak kelihatan asli Jepun terpilih mewakili negara. Alasannya, rupa paras Ariana Miyamoto tidak mengambarkan sebenar orang Jepun kerana dia merupakan kacukan Jepun (ibu) dan Afrika-Amerika (bapa). 

SKEPTIKAL

Barangkali saya agak skeptikal, lantas saya bertanya soalan sama ada ia merupakan keputusan pihak sekolah dan adakah ia tidak bertentangan dengan persepsi dan penerimaan masyarakat sekitar. Malah saya turut mencadangkan jika ada kalangan orang Jepun (nihonjin) yang layak, perlu diberikan keutamaan kepada mereka dahulu. Mungkin saya kini mulai sensitif dan dapat memahami perasaan 'orang luar' bila di negara orang. Bukan mengalah atau kalah, menyedari siapalah diri ini di tempat orang. 

TUAH DISEBALIK NAMA

Namun, sensei memberikan penjelasan yang sangat baik bahawa pihak sekolah telah membuat keputusan tersebut dan ia merupakan tradisi di sekolah untuk memilih wakil kelas berdasarkan abjad. Turut diijelaskan lagi bahawa terdapat 4 kelas Tahun 1 dan Anisah Humairah terpilih mewakili kelasnya. Oleh kerana Anisah berada di kelas 1 dan namanya bermula huruf A maka dia terpilih sebagai penerima pertama bagi sesi kali ini.

Barangkali ini boleh dikatakan sebagai "Tuah Disebalik Nama". Setiap orang pasti ada memori yang tersendiri. Nama yang diberikan ibu/bapa kepada anaknya akan digunakan hingga ke akhir hayat. Setiap individu membesar dan mempunyai nostalgia tersendiri di sebalik namanya. Jagalah nama yang diberikan oleh ibu/bapa kita kerana imej yang terpancar akan memberikan refleksi kepada diri dan keluarga kita. 

Related Posts

Tuah Disebalik Nama
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak