Tuesday, April 7, 2015

Jadilah Seorang Bapa, Ganbatte!

Bermula kerja-kerja penyelidikan dengan set komputer 'hadiah' daripada sensei.  
Pengajian saya di Tohoku University, Jepun memasuki semester ke 2. 6 bulan telah berlalu, ada kalanya terdetik untuk merenung dan menilai semula diri ini. Teringat semasa kesibukan bekerja, ada kala terlupa akan peranan dan tugas sebagai seorang bapa semasa di rumah. Pernah juga dek kerana alasan kepenatan, kita lupa untuk melayan anak-anak kecil kita. Lebih teruk lagi ada kala kita seakan 'menghalau' mereka supaya tidak menganggu kita di kala kita keletihan. 

Parents ! you gotta watch this.
Parents must watch it. No matter if you're Muslim or not. Please also share it with others.
Posted by Online Islamic Teachings on Wednesday, April 1, 2015

Video ini sangat baik bagi mengingatkan diri saya sendiri dan bapa-bapa lain dalam meningatkan peranan kita sebagai bapa. Adakala saya terfikir adakah sebagai seorang bapa hanya perlu mencari rezeki dan pulang sewaktu anak-anak sudah tidur dan keluar semula bekerja di kala anak-anak masih belum bangun tidur menjadikan kita benar-benar sebagai seorang BAPA. Video ini secara tidak langsung mengingatkan saya akan peranan yang perlu dimainkan oleh seorang bapa dalam menjadikan anak-anak sebagai 'amalan dan pencen kubur' di kala saya meninggalkan alam fana ini. Adakah dengan hanya melepaskan tanggungjawab anak-anak kepada ibu di rumah sudah memadai dan mendabik dada bahawa kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Tidak kira apa sahaja status kita, ama ada seorang pelajar, pengurus besar, pekerja syarikat, jutawan dan sebagainya. Bila di rumah, perlu sentiasa ingatkan diri bahawa kita perlu menjadi seorang BAPA. 

Biarlah 'video' berbicara!

Semoga bermanfaat. 


Related Posts

Jadilah Seorang Bapa, Ganbatte!
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak