Monday, April 13, 2015

Hanami 2015 @ Sendai


Bunga Sakura
Di Sebalik Bunga Sakura

HANAMI

Tarikh 12 April 2015 merupakan hari yang cerah dan cuaca yang sangat nyaman untuk menyambut Hanami di Sendai. Ini merupakan pengalaman kami kali pertama menyambut Hanami di sini setelah melalui musim sejuk. Sambutan hanami di sini seakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Jepun. Oleh kerana, tempat sambutan kali ini di Ogawara-machi, Shibata-gun, Miyagi kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menaiki densha (keretapi) daripada Kitayama Station. Ini kerana, kami dimaklumkan di kala sambutan hanami ini pastinya jalan sesak dan kesukaran untuk mendaptkan tempat meletakkan kenderaan.


Bunga Sakura Mekar
Bunga Sakura Mekar

OHANAMI ATAU HANAMI

Perjalanan dari Kitayama Station ke lokasi tersebut menghampir 1 jam perjalanan. Pengalaman yang berbeza apabila perjalanan kali ini menggunakan keretapi dan anak-anak begitu teruja sekali. Hanami atau disebut juga ohanami adalah situasi melihat mekarnya bunga dan kebiasaannya melihat keindahan mekarnya bunga sakura. Dikhabarkan masyarakat Jepun melihat bunga sakura sebagai lambang kebahagiaan dan dikaitkan dengan pertukaran musim baru setelah melalui musim sejuk. Di Sendai, dijangka kembangnya bunga sakura bermula awal April dan sehingga akhir bulan April.

Hanami di Sendai
Menjadi Pesta Menyambut Hanami

Related Posts

Hanami 2015 @ Sendai
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak