Monday, April 6, 2015

Menunggu Sesi Persekolahan Di Jepun

Sekolah Bagi Pinjam Beg Sekolah

SEKOLAH DI JEPUN

8 April 2015 ini merupakan detik permulaan pengalaman anak-anak saya yang bakal bersekolah di Jepun. Pastinya perubahan yang ketara bakal dirasai lebih-lebih lagi kesemua anak-anak pernah bersekolah mengikut sistem persekolahan di Malaysia.

NOVEMBER 2014

Kami tiba dalam bulan November 2014, sesi persekolahan di sini bermula pada April 2015. Umumnya, kesemua sesi persekolahan mahupun pengajian universiti bermula pada April bersempena dengan Musim Bunga. Kami disini menanti detik bunga sakura mekar menguntum. Kebanyakan tempat di Jepun sudah mulai. Di sini, di jangka pelajar-pelajar Malaysia akan berkumpul sama untuk menyambut 'Hanami' pada 12 April 2015 ini. Program yang menjadi tradisi bagi bertujuan berkumpul dan mengeratkan ukhuwah di antara satu sama lain khususnya di kalangan warga Malaysia di sini.

TERUJA

Anak-anak begitu teruja sekali untuk pergi ke sekolah. Seharian bergaya dengan beg yang diberi pinjam oleh pihak sekolah. Anak-anak akan bersekolah di Kunimi Elementary School pada 8 April ini. Ibu bapa juga turut teruja menunggu 2 hari lagi tarikh tersebut. Semoga anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekolahan, bahasa, rakan-rakan dan suasana yang pastinya berbeza.

Ganbatte!


Related Posts

Menunggu Sesi Persekolahan Di Jepun
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
July 15, 2015 at 3:08 AM

kemungkinan keluarga saya akan berpindah ke jepun.masih lagi dalam perancangan.saya risaukan pasal anak saya.macam2 soalan ada di minda saya untuk bertanyakan mengenai sekolah di jepun.if you read this message please email me -> ratnadewi13@hotmail.com

tq

Reply
avatar
July 15, 2015 at 9:42 AM

Pertama terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Sememangnya lumrah bagi ibu/bapa memikirkan atau risau akan persekolahan anak-anak khususnya bagi mereka yang tiada pengalaman berada di sesebuah negara. Namun, perlu diingatkan saya berkongsi dalam blog ini berdasarkan pengalaman kami sekeluarga semasa berada di Sendai, Jepun. Saudari Ratna SD mungkin akan berada di Sendai atau boleh juga berada di daerah lain di Jepun. Barangkali pengalaman mereka yang berada di tempat lain berbanding kami yang berada di Sendai. Namun, sekiranya perlukan maklumat dan perkongsian pengalaman kami yang sedikit di sini boleh terus email kepada saya di ismaaddi@gmail.com.

Reply

Tudung kanak-kanak