Friday, April 10, 2015

Omedetou Anisa chan!


OMEDETOU!
Omedetou (tahniah) ucapan yang seringkali diucapkan dalam perjalanan menghantar anak-anak ke Kunimi Elementary School. Jiran depan rumah yang kebetulan bertembung juga mengucapkan Omedetou. 

DARJAH 1
Sepertimana di Malaysia, hari pertama sesi persekolahan khususnya anak-anak yang Darjah 1 pastinya menjadi memori indah buat anak dan juga para ibu bapa. Begitu juga kami, teruja bila menghantar anak-anak kami ke sekolah. Selama hampir 5 bulan, anak-anak kami ini menghadiri kelas persediaan Bahasa Jepun begitu memberikan impak positif. Anak-anak seakan tak sabar dan sangat teruja untuk ke sekolah walaupun dengan persekitaran yang sangat berbeza. 

SALAM PERKENALAN



Satu keunikan yang saya sangat tertarik adalah 'Salam Perkenalan' di antara guru kelas dengan setiap anak muridnya. Ini satu pendekatan yang dekat di hati pelajar kerana guru kelas berinteraksi secara 'empat mata' dengan pelajar. 

ENTRANCE CEREMONY

'Entrance Ceremony' atau Majlis Kemasukan Darjah 1 ini boleh diibaratkan seperti Majlis Graduasi. Pelajar akan masuk ke dalam dewan diiringi guru kelas dan terdapat ucapan daripada Guru Besar sekolah, wakil Parent Teacher Association (PTA), penyerahan buku teks kepada wakil setiap kelas dan persembahan daripada para pelajar. Oleh kerana nama anak bermula dengan huruf A, Anisah Humairah bertuah terpilih sebagai wakil pelajar yang akan menerima buku teks bagi kelasnya.  

Ganbatte anak-anakku!

Related Posts

Omedetou Anisa chan!
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

2 comments

Write comments
avatar
August 24, 2015 at 5:36 PM

Terima kasih sekali lagi Ummul Azkee atas kesudian singgah dan membaca. Semoga bermanfaat. Sayonara, sampai jumpa lagi.

Reply

Tudung kanak-kanak