Motor 'Kapcai' Yang Dijadikan Motor Polis. |
MOTOR 'KAPCAI'
Walaupun kebanyakan motor 'kapcai' yang berada di Malaysia berasal daripada Jepun, namun motor-motor tersebut seakan lebih banyak di eksport daripada digunakan sendiri oleh rakyat Jepun. Ini kerana, jumlah motor 'kapcai' yang mudah kelihatan di atas jalanraya Jepun tidaklah sebanyak bilangan motor 'kapcai' yang mudah kelihatan di Malaysia. Di sini, motor-motor bersaiz kecil biasanya tidak boleh membawa penumpang dan turut direka dengan satu tempat duduk yang hanya boleh diduduki seorang sahaja.MOTOR KRISS
Jika di negara kita, motor 'kapcai' ini menjadi pengangkutan utama menghantar anak ke sekolah, pergi-balik ke tempat kerja, solat jemaah di surau/masjid malah lebih 'hebat' budak bawah umur pun boleh menunggangnya. Boleh dikatakan, hampir setiap rumah di Malaysia memilik motor 'kapcai' ini. Bila sebut motor 'kapcai', terimbas kenangan 11 tahun lalu, apabila kami suami isteri sempat melakar kenangan menaiki 'Motor KRISS' balik ke kampung di Melaka dari Bandar Seri Putra, Bangi. Awal perkahwinan menaiki motorsikal bersama isteri pastinya menjadi nostalgia yang paling sangat manis dan tidak dapat dilupakan. Benarlah apa yang dikata, "pengalaman sewaktu susah lebih mudah diingati berbanding waktu senang".
KERETA DAN KAHWIN
Sebelum ini saya pernah kongsikan 8 Strategi Pengurusan Kewangan Graduan Muslim. Didalam tulisan tersebut pernah saya menyarankan dalam Strategi #4 - Tangguhkan Pembelian Kereta. Bukan jangan beli kereta, tapi tangguhkan dan belilah kereta di kala ia benar-benar menjadi KEPERLUAN dan bukannya KEHENDAK semata-mata. Bagi mereka yang belum bertemu jodoh atau bakal berkahwin dalam beberapa tahun nanti, tempoh yang ada dalam menuju 'gerbang perkahwinan' tersebut sebaiknya tetapkan pendirian teguh untuk terus menangguhkan dahulu pembelian kereta.
Jika ingin sangat membeli kereta, terdapat 3 PILIHAN yang boleh dicadangkan:
PILIHAN #1 - KERETA SEBAGAI 'HADIAH PERKAHWINAN'
Bagi mereka yang sudah bekerja, tetapi belum bertemu jodoh dicadangkan untuk membeli kereta apabila sudah bertemu jodoh dan sudah hampir dengan hari perkahwinan. Lagi baik, jika kereta tersebut hanya keluar dari 'showroom' sehari sebelum hari majlis perkahwinan berlangsung. Alangkah indahnya, bila pembelian kereta itu nanti dibincang dan dikongsi bersama bakal pasangan. Pastinya detik ini akan menjadi kenangan yang indah buat mereka berdua sebelum bergelar suami/ isteri. Bukan itu sahaja, tempoh yang panjang dalam menangguhkan pembelian kereta tersebut membolehkan setiap individu menambahkan simpanan dan mengumpul lebih banyak aset daripada terlalu awal menangung liabiliti kereta.
Keretapi Laju (Shinkansen) Pertama Yang Saya Naiki Dalam Hidup. |
PILIHAN #2 - KERETA 'REZEKI' ANAK PERTAMA
Pilihan ke dua, jadikanlah kereta sebagai 'rezeki' kehadiran cahaya mata yang pertama dalam keluarga. Maksudnya, belilah kereta apabila mendapat khabar gembira yang isteri anda telah mengandung. Persediaan menerima 'cahaya mata' akan turut disambut dengan kehadiran 'kereta baru'. Hasilnya, lebih lama anda menangguhkan pembelian sesebuah kereta, lebih banyaklah simpanan yang boleh dijana. Pastinya juga duit gaji atau pendapatan yang diterima setiap bulan tidak mengalir begitu sahaja untuk pembayaran ansuran bulanan, tukar minyak enjin, penapis minyak, tukar tayar, ganti wiper, cukai jalan, takaful/insuran setiap tahun dan pelbagai lagi perbelanjaan berkaitan kereta.
Jika masih tidak boleh untuk menangguhkan pembelian kereta sebelum perkahwinan ataupun di saat kelahiran anak pertama, sebaiknya pilihlah kereta yang komitmen bayaran bulanan yang rendah. Apa guna bergaya dengan kereta yang mahal, sedangkan langsung tiada simpanan. Perlu diingatkan, kereta yang mahal juga berkadar langsung dengan kos yang perlu ditanggung bagi memiliki kereta tersebut. Bukan sahaja kos 'maintenance', malah kos untuk insurans/ takaful dan cukai jalan juga turut perlu difikirkan. Jika di Jepun kereta kompak seperti Viva yang dikategorikan sebagai 'yellow plates' sering menjadi pilihan mereka di sini khususnya bagi yang baru mulakan kehidupan sebagai suami dan isteri.
Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
PILIHAN #3 - KERETA 'KOMPAK' PUN BERGAYA JUGA
Yellow Plates di Jepun |
DUIT BAKI
Hasilnya, duit baki kesan daripada menanguhkan pembelian kereta yang dihajati akan dapat digunakan untuk kos-kos sebelum dan selepas perkahwinan. Antaranya, membayar hutang pendidikan, kumpul duit untuk kahwin, duit hantaran, majlis kenduri, masuk rumah apabila sudah bernikah, membeli kelengkapan rumah, sambut kelahiran cahaya mata pertama dan pelbagai lagi kos yang bakal dihadapi dalam menempuh 'mehnah dan tribulasi' alam berumah tangga. Lebih bergaya lagi jika beli kereta idaman apabila kunci rumah sendiri sudah berada digenggaman.INGATKAN DIRI
Akhir kata, sentiasa ingatkan diri agar tidak membebankan diri dan membuat kesilapan awal dengan membeli kereta sebagai keutamaan selepas tamat pengajian. Perjalanan kita masih jauh, hindari daripada mengamalkan sikap "biar papa, asal bergaya" dan berpegang teguhlah dengan konsep "sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit".Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Pilihan 2K (Kahwin atau Kereta)
4
/
5
Oleh
Unknown
4 comments
Write commentsSyabas. Saya pilih kahwin.
ReplyTahniah. Didoakan segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.
ReplySaya bersetuju. Saya pilih kahwin sebagai pilihan utama!
ReplyTahniah Azam!
Reply