Alhamdullilah, ramai berminat dan mulai tersedar untuk menyimpan setelah membaca artikel saya yang bertajuk 8 Strategi Pengurusan Kewangan Graduan Muslim. Ada yang bertanya secara peribadi di dalam facebook mengenai kaedah terbaik dalam membuat simpanan khususnya simpanan emas. Namun, sebelum membuat simpanan khususnya simpanan emas suka untuk saya berkongsi 7 Langkah Sebelum Menyimpan Emas.
7 LANGKAH SEBELUM MENYIMPAN EMAS
Langkah #1 - Jangan Guna 'Dana Kecemasan' Beli Emas
Jangan tersilap atau tergesa-gesa untuk membeli emas bagi membuat simpanan atau pelaburan. Sebelum melabur dalam mana-mana bentuk pelaburan sama ada emas, Initial Public Offering (IPO), hartanah dan lain-lain seringkali saya ingatkan agar mempunyai simpanan bagi 'Dana Kecemasan' terlebih dahulu. 'Dana Kecemasan' perlu ada sekurang-kurangnya 6 bulan bersamaan dengan gaji atau pendapatan kita. Sebagai contoh, jika gaji kita RM2000 perlu ada sekurang-kurangnya RM2000 x 6 bulan = RM 12,000. Jangan guna dana tersebut untuk simpanan emas dan hanya guna 'Dana Kecemasan' untuk situasi yang benar-benar kita perlukan sahaja.
Langkah #2 - Mulakan Modal Kecil
Langkah #3 - Belajar dan Berguru
Saidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata "ilmu adalah warisan para Nabi dan rasul, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Firaun, Namrud dan lain-lainnya". Oleh itu, suka saya berpesan sebelum mengumpul harta sebaiknya tuntutlah ilmu. Banyakkan membaca dan menuntut ilmu-ilmu pelaburan yang berkaitan. Sebaiknya dapatkan mentor atau guru dalam bidang tersebut.
Langkah #4 - Bukan Duit Pinjaman
Saya secara peribadi tidak galakkan untuk sesiapa yang berminat untuk melabur emas atau mana-mana pelaburan dengan menggunakan duit pinjaman. Sebaiknya, gunakan duit lebihan untuk membuat simpanan emas. Tidak kira sama ada melalui pinjaman peribadi, ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain pendekatan pinjaman. Saya mulai membuat simpanan emas melalui duit lebihan gaji bulanan, duit bonus, pendapatan tambahan dan duit lebihan daripada pendekatan jimat cermat.
Langkah #5 - Emas Pelindung Kekayaan
Terdapat istilah Pelindung Kekayaan (Wealth Protection) yang perlu difahami sebelum membuat pelaburan emas. Melalui simpanan atau pelaburan emas secara kecil-kecilan seseorang akan dapat melindungi duit yang dimiliki daripada terbelanja sendiri, inflasi dan juga kejatuhan mata wang. Sebagai contoh, Ringgit Malaysia (RM) pernah jatuh teruk pada 1997 dan dikaitkan dengan George Soros. Nilai RM jatuh merundum daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1 dan pernah jatuh teruk pada 7 Januari 1998 kepada RM4.70 untuk USD1.
Langkah #6 - Simpanan Jangka Panjang
Simpanan atau pelaburan emas merupakan simpanan jangka panjang. Sebaiknya simpanan emas tersebut perlu dijadikan simpanan yang dilupakan. Jangan salah faham dan lupa pula dimana emas tersebut disimpan. Kini, terdapat pendekatan simpanan emas yang mudah tanpa menyimpan emas secara fizikal. Sebagai contoh, simpanan emas melalui Akaun Bank Kuwait Finance House (KFH) dan simpanan emas melalui pendekatan GAP Public Gold.
Langkah #7 - Cari Syarikat Kukuh dan Berdaftar
Sekarang ini terdapat banyak skim-skim pelaburan yang menjadikan emas sebagai pelaburan. Oleh itu, kaji terlebih dahulu latar-belakang sesebuah syarikat sebelum membuat pelaburan. Jangan terlalu ghairah dengan sesuatu pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang pendek. Ingat, emas simpanan jangka panjang.
Saidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata "ilmu adalah warisan para Nabi dan rasul, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Firaun, Namrud dan lain-lainnya". Oleh itu, suka saya berpesan sebelum mengumpul harta sebaiknya tuntutlah ilmu. Banyakkan membaca dan menuntut ilmu-ilmu pelaburan yang berkaitan. Sebaiknya dapatkan mentor atau guru dalam bidang tersebut.
Langkah #4 - Bukan Duit Pinjaman
Saya secara peribadi tidak galakkan untuk sesiapa yang berminat untuk melabur emas atau mana-mana pelaburan dengan menggunakan duit pinjaman. Sebaiknya, gunakan duit lebihan untuk membuat simpanan emas. Tidak kira sama ada melalui pinjaman peribadi, ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain pendekatan pinjaman. Saya mulai membuat simpanan emas melalui duit lebihan gaji bulanan, duit bonus, pendapatan tambahan dan duit lebihan daripada pendekatan jimat cermat.
Langkah #5 - Emas Pelindung Kekayaan
Terdapat istilah Pelindung Kekayaan (Wealth Protection) yang perlu difahami sebelum membuat pelaburan emas. Melalui simpanan atau pelaburan emas secara kecil-kecilan seseorang akan dapat melindungi duit yang dimiliki daripada terbelanja sendiri, inflasi dan juga kejatuhan mata wang. Sebagai contoh, Ringgit Malaysia (RM) pernah jatuh teruk pada 1997 dan dikaitkan dengan George Soros. Nilai RM jatuh merundum daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1 dan pernah jatuh teruk pada 7 Januari 1998 kepada RM4.70 untuk USD1.
Langkah #6 - Simpanan Jangka Panjang
Gold Accumulation Program (GAP) Oleh Public Gold (PG) |
Langkah #7 - Cari Syarikat Kukuh dan Berdaftar
Sekarang ini terdapat banyak skim-skim pelaburan yang menjadikan emas sebagai pelaburan. Oleh itu, kaji terlebih dahulu latar-belakang sesebuah syarikat sebelum membuat pelaburan. Jangan terlalu ghairah dengan sesuatu pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang pendek. Ingat, emas simpanan jangka panjang.
7 Langkah Bijak Sebelum Menyimpan Emas
4
/
5
Oleh
Unknown
2 comments
Write commentsMaklumat yang baik. Terima kasih atas perkongsian. Mohon share.
ReplySemoga maklumat tersebut bermanfaat. Silakan share. Tiada masalah.
Reply