Friday, April 10, 2015

Keperluan 'Hanko'



Kebanyakan negara termasuk Malaysia kita menggunakan tanda tangan untuk pengesahan rasmi dalam membuka akuan bank atau urusan-urusan lain. Namun, di Jepun mereka menggunakan Hanko untuk menggantikan tanda tangan. 

Dimaklumkan sebelum ini pernah pihak bank tidak membenarkan untuk membuka akaun bank jika tidak menpunyai hanko. Namun di Sendai, kebanyakan pihak bank telah mulai terima dan membenarkan khususnya 'orang luar' untuk membuka akaun bank dengan menggunakan tanda tangan. Walau bagaimanapun, sekiranya hendak membeli kenderaan di Jepun adalah agak sukar sekiranya tiada hanko.



Pengalaman saya sendiri di sini membuka akaun bank hanya menggunakan tanda tangan. Sebaiknya, bagi memudahkan urusan perlu membawa rakan yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Jepun semasa proses membuka akaun. Sekiranya tiada, saya melihat tiada masalah kerana kebiasaannya pihak bank akan cuba sedaya upaya membantu kita sebagai pelanggan di bank mereka.

Saya dimaklumkan Hanko dan Inkan dua perkara yang berbeza walaupun ada yang menyatakan ia adalah sama. Ini kerana, hanko merujuk kepada alat mengecop (cop) manakala Inkan merujuk kepada bentuk tulisan yang terhasil daripada hanko tersebut. Umumnya ia berwarna merah dan kos membuat Hanko berbeza di antara 600 - 1500 yen. Terdapat juga hanko yang lebih mahal dan sebaiknya pilih hanko yang tidak terlalu mahal kerana fungsinya tetap sama. 

Sekadar perkongsian. 

Related Posts

Keperluan 'Hanko'
4 / 5
Oleh

Perkongsian Akan Datang

Anda Suka 'Post' Ini? Anda Akan Lebih Suka 'Post' Yang Akan Datang:).

Menarik Lagi Tertarik! × +

Tudung kanak-kanak