Teruja dan 'Happy' Ke Sekolah di Jepun |
8 APRIL 2015
Hari ini 8 April 2015, anak-anak bangun awal daripada kebiasaan. Setelah solat subuh, mereka tak sabar-sabar hendak ke sekolah. Bersiap-siap dengan beg sekolah seawal subuh mengambarkan perasaan terujanya mereka untuk memulakan sesi persekolahan di Kunimi Elementary School, Aoba-Ku, Sendai, Miyagi Japan.
TERUJA DAN 'HAPPY' SANGAT
Bila ditanya kepada Anis, apa perasaan dia untuk memulakan sesi persekolahan di sini? Lantas dia menjawab, "Anis, teruja dan 'happy' sangat nak bersekolah". Mana tak teruja, setelah bercuti hampir 5 bulan inilah masa yang ditunggu-tunggu mereka. Sepanjang tempoh 5 bulan, budak-budak ini dan mama mereka telah menghadiri kelas asas Jepun yang disediakan secara percuma. Masih teringat, kelembutan dan kesabaran Tadakoro sensei dalam melayan kerenah budak-budak ini.
FOREIGN RESIDENT'S CHILD SUPPORT GROUP
Bagi ibu bapa yang memerlukan bantuan sebagai persediaan dan semasa anak-anak ke sekolah bolehlah mendapatkan bantuan daripada Sendai International Center (SIRA). Melalui Foreign Resident's Child Support Group ini kami sekeluaga mendapat persediaan asas khususnya bahasa Jepun dan kehidupan di sekolah. Bukan itu sahaja, mama mereka turut dapat belajar sama semasa anak-anak belajar. Secara umum seminggu 3 hari kelas dan kelas berlangusng selama hampir 2 jam. Kesemua bahan dan sesi pengajaran disediakan secara percuma. Dimaklumkan oleh sensei, Aoba Ward (Sendai City Hall) yang menyediakan perkhidmatan dan dibayar oleh pihak tersebut. Jelas kelihatan, kerajaan Jepun benar-benar mahu 'orang luar' belajar dan adaptasi bahasa mereka. Boleh layari http://www.sira.or.jp/english/school/07.html, untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan dan bantuan yang boleh diperolehi bila kita berada di Sendai nanti.
15 - 20 MINIT
Perjalanan ke sekolah mengambil masa 15 - 20 minit berjalan kaki. April merupakan sesi permulaan sekolah dan juga pengajian di universiti. Sepanjang perjalanan akan kelihatan pokok-pokok bunga sedang mekar. Kami di sini akan sambut Hanami bersama bunga-bunga Sakura pada 12 April 2015 nanti.
Inilah jalan yang akan anak-anak lalui sepanjang belajar di sini. Ganbatte!
Inilah jalan yang akan anak-anak lalui sepanjang belajar di sini. Ganbatte!
Teruja dan 'Happy' Ke Sekolah di Jepun
4
/
5
Oleh
semadi78
2 comments
Write commentsWah bertuah dapat belajar percuma bahasa jepun.
ReplyTerima kasih simplyremedies kerana sudi singgah di blog ini. Saya melihat di sini banyak program yang dianjurkan untuk semua peringkat (kanak-kanak hingga dewasa) untuk belajar Bahasa Jepun secara percuma. Isteri saya pun kini sedang belajar dan program tersebut juga diberikan secara percuma.
Reply